9 August 2020

Intervensi Menangani Tingkah Laku Mencederakan/ Membunuh Diri




Senarai Semak Keperluan Murid yang diedarkan kpd semua murid untuk tujuan mengenal pasti keperluan murid dalam kebiasaan baharu. 

Antara item yg ditanya adalah saya tidak akan mencederakan diri saya walaupun saya kusut dgn masalah yang menimpa saya. 

Bagi soalan ini, ia adalah petunjuk kepada kecenderungan murid untuk membunuh diri. 

Pelbagai idea untuk mencederakan diri. Antaranya yg biasa kita dengar minum ubat batuk , telan panadol berlebihan , mengelar pergelangan tangan. 

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mendedahkan, daripada kira-kira 5.5 juta remaja, seorang daripada 5 anak muda mengalami kemurungan.

Tingkah laku bunuh diri dlm kalangan remaja iaitu 13 hingga 17 tahun iaitu anak anak di sekolah menengah menunjukkan peningkatan prevalen idea nak bunuh diri dari 7.9 % pd 2012 kepada 10% pada 2017.
Prevalen Merancang membunuh diri meningkat dari 6.4% pd 2012 kepada 7.3% pada 2017 dan cubaan membunuh diri 6.9%pada 2017 berbanding 6.8%

Pelbagai cara rupanya murid mencederakan diri jika kusut dgn masalah mereka seperti
1. mengelar anggota bahagian lain dgn pisau kerana pergelangan tangan mudah dilihat
2. ada yg memelihara haiwan dan membiarkan haiwan itu mengigit gigitnya agar rasa sakit 
3. ada yg menumbuk numbuk dinding dan lantai hingga berdarah tangan
4. ada yg menarik narik rambut 
5. ada yg menelan segala jenis ubat berlebihan

Semua aktiviti dilakukan dalam keadaan yg sedar dan ini membimbangkn kerana idea ini ke arah membunuh diri 

Oleh itu kenal pasti simptom murid, ikuti intervensi yang boleh digunakan.  Bpsh mengeluarkan panduan untuk guru kaunseling menangani kes ini



 PANDUAN MENANGANI KES BUNUH DIRI
SEBELUM
a)    Memberi maklumat umum berkaitan kes bunuh diri & kesihatan mental
-                  Brosur
-                  Poster
-                  Ceramah
                                        Contoh
o           Modul Ingat Sebelum Kena
o           Nilai-nilai murni,
o           Keagamaan
o           Kasih-sayang

                     -        Bengkel
                                        Contoh
o   Modul Keremajaan
o   Program Minda Sihat –KKM
o   Program Saya Selamat (PS The Children)

-                  Taklimat
o   Semasa perhimpunan
o   Program Orientasi

-                  Pameran
o    Kebajikan Masyarakat
o    Kesihatan
o    Polis

·                 Mengenalpasti tanda-tanda awal kes
-                  Perubahan fizikal
-                  Perubahan emosi
-                  Perubahan tingkah laku
-                  Luahan perasaan
-                  Saringan minda sihat – Soal Sel

SEMASA
a)          Menenangkan suasana
b)          Menenangkan mangsa
c)          Memberi bantuan awal kecemasan
d)          Hubungi pengurusan sekolah
e)          Hubungi 999 Talian kecemasan
f)            Hubungi penjaga
g)          Kawalan keselamatan tempat kejadian

SELEPAS
a)      Mangsa masih hidup
o        Laksanakan program intervensi
o        Perbincangan dengan ibu bapa
o        Sesi kaunseling dan pemantauan berterusan
o        Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN

b)      Mangsa meninggal dunia
o       Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN
o        Bimbingan kelompok untuk warga sekolah
o       Maklumat sebenar untuk komuniti setempat
o       Ziarah ke rumah keluarga mangsa




 SENARAI SEMAK MENANGANI KES RISIKO BUNUH DIRI
BIL
PROSES KERJA
TINDAKAN
(/)
CATATAN
1
Mengenal pasti  klien  yang  mempunyai  tanda-tanda awal gejala bunuh diri melalui tingkah laku, ekspresi muka, kecederaan fizikal  dan perubahan emosi  luar biasa ataupun maklumat rakan-rakan klien dan warga sekolah


2
Berjumpa dengan klien  berkenaan dan menjalankan Saringan Minda Sihat  untuk mengkategorikan tahap kes klien.


3
Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi terhadap klien mengikut tahap yang telah dikategorikan.


(i) NORMAL
Melaksanakan program pendidikan kesihatan dan tindakan susulan.


(ii) RINGAN
Meningkatkan kemahiran klien dengan Kemahiran Daya Tindak melalui sesi kaunseling
Tangani Stres, Kawal Marah
Penyelesaian masalah
Asertif
Berfikiran Positif
Komunikasi Berkesan


(iii) SEDERHANA
Mendedahkan teknik relaksasi kepada klien melalui sesi kaunseling
Latihan Pernafasan
Senaman Bahu dan Leher
Urutan Bahu dan Leher
Terapi Muzik
Terapi Aroma


(iv) SERIUS
Perbincangan dengan pengetua sekolah berdasarkan analisa yang diperoleh dan memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk dirujuk kepada psikiatri di hospital.



4

Merekod hasil bimbingan dan kaunseling dengan klien dan laporan difailkan.


















 Happy birthday Farietz

Semoga tercapai impian
 

Telegram Channel