4 August 2020

Pertandingan CAKNA Keselamatan Siber Nasional 2020

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA ) dianjurkan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi (BSTP), KPM dan memasuki tahun ketiga pada 2020.

Murid tingkatan 4 & 5 Sekolah Menengah Harian KPM boleh mencungkil bakat dalam pengucapan awam. Tahun ini Bertemakan Fasih Digital - Kepentingan Fasih Digital dalam Kalangan Murid pada Abad ke 21.

Objektif CAKNA ialah

  • memupuk dan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal mengenai isu-isu semasa berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) , keselamatan siber dan penggunaan internet secara positif;
  • merapatkan jurang murid antara bandar dan luar bandar dalam konteks keselamatan siber;
  • menggalakkan penggunaan teknologi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT); dan
  • menggalakkan keyakinan diri melalui pengucapan awam dan kemahiran interpersonal
Dah tahun ketiga, saya baru perasan mengenai tajuk ini kerana tahun ini pengetua meletakkan pertandingan ini di bawah Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Sekali jeling tajuk surat macam Cakna program kaunseling. Belek lagi baru perasan Cakna ini akronim untuk Cabaran Keselamatan Siber Nasional. Kami memilih Ketua pengawas SMK Cheras iaitu Halimatun untuk menjadi peserta pertandingan.

pertandingan ini mewajibkan peserta menghantar video durasi 3 minit mengenai topik tema iaitu Fasih Digital. Kepentingan Fasih Digital dalam Kalangan Murid pada Abad ke 21.

Memang rezeki juga untuk menghantarnya kerana saya menghantar pada sejam sebelum tamat pertandingan kerana peserta perlu merakam video semula kerana terdapat kesilapan pada rakaman pertama.

Bagi peringkat KL, dari video ini maka sekolah telah terpilih untuk saringan ke peringkat akhir negeri bersama 4 buah sekolah lagi iaitu SBS, SBU, SAB dan BTS . Kami diberi taklimat melalui google meet pada pukul 10.00 pagi dan giliran untuk bahagian 2 iaitu kotak cabaran memerlukan murid untuk berhujah secara spontan dalam masa 3 minit. Hanya dua minit masa diberikan untuk murid merangka jawapan dari soalan yang ditunjukkan. Murid bebas memilih mana-mana dari 5 tajuk pilihan dalam kotak cabaran tersebut.

Sudah tentulah murid saya memilih tajuk yang familiar untuk dibentangkan secara spontan dalam masa 3 minit.

Orait selamat menonton

Klik link youtube ini https://youtu.be/U7vBndYGJj8
 

Telegram Channel