3 hari berderet iaitu dari 5 hb Sept hingga 7hb Sept saya ke Novotel Hotel betul betul mengadap pavillion mall yang terkenal tu.
Mesyuarat pembangunan Sistem Rujukan Murid Dengan Masalah Kesihatan Mental Di Bawah program Minda Sihat Sekolah .
Fokus utama untuk mengenal pasti ujian saringan yang sesuai untuk murid sekolah rendah bagi digunakan oleh guru bimbingan sekolah rendah. Saya ditugaskan di kumpulan dua iaitu kumpulan membina instrumen untuk murid sekolah rendah.
Fokus kedua mengenal pasti carta alir rujukan murid dengan masalah kesihatan mental antara KPM dan KKM. Pelbagai isu diutarakan untuk kedua-duanya memahami skop tugas antara satu sama lain. Dan ada satu tools yang disarankan sebelum merujuk murid ke KKM.
Hasil bengkel ini kami mendapat banyak jaringan kerana peserta adalah doktor pakar psikiatrik, pakar kanak-kanak. ahli psikologi dari Tanjung Rambutan, pakar perubatan, pakar kecemasan dan trauma, JAKIM, JKM, NGO yang mengendalikan masalah murid
Wah...sambil menyelam minum air. Boleh dijadikan sumber untuk bertanya tentang apa sahaja soalan.
di kemudian hari.
Ini baru pertemuan pertama, dan kami pasti ada perjumpaan seterusnya untuk pemurnian. Yang penting draf pertama telah ditebarkan dan berjaya disediakan.
To HKL with keinsafan
Semoga dipermudah oleh Allah urusanmu
Tuhan tidak menduga seseorang di luar kemampuannya.