Berpeluang untuk up entri blog hari ini, saya ingin berkongsi link youtube tentang seminar dan forum sepanjang Konvensyen Guru Cemerlang Kebangsaan Tahun 2020.
Sangat berinspirasi, bermotivasi mendengar setiap slot yang disampaikan sepanjang 3 hari 2 malam di sini di Kelantan selaku tuan rumah pada 5 - 7 September 2020. Jom dengar..
Saya tertarik dgn model kepimpinan di atas. Bagaimana setiap guru perlu berperanan dalam gred tertentu. Semakin naik gred is bukan bermakna gaji sahaja yg naik dan kerja semakin sikit kerana menjadi org yg semakin berpengalaman. Tetapi tanggungjawab menjadi semakin besar menjadi peneraju perubahan atau pemikir strategik. Semakin tinggi gred semakin perlu membantu pemimpin sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Klik link berikut Bicara Profesionalisme 1 : Yang Berbahagia Datuk Dr Habibah Abdul Rahim
Tengok graf ini bagaimana beza antara guru berpengalaman yg sama gred dgn guru cemerlang dapat meningkatkan prestasi murid.
Kriteria guru cemerlang yang layak dipanggil sebagai guru cemerlang
1) kualiti penyampaian
bagaimana handle setiap murid bukan handle kelas . Kandungan pengetahuan adalah basic dan tidak bezakan
kumpulan guru cemerlang atau tidak. Yang banyak bezakan ialah bagaimana aplikasi pengetahuan dalam
intervensi dengan murid. Penyampaian berlaku dengan sebaiknya dan berimpak bagi guru cemerlang.
2) pakar rujuk dalam bidang
dalam bentuk ilmiah dan perkongsian dalam pelbagai medium seperti dalam talian dan boleh dicontohi oleh rakan -rakan.
3)mempengaruhi keberhasilan murid
Bila letak target tinggi sangat akan menyebabkan murid stres. Jila letak target rendah akan menyebabkan murid tidak berkembang. Kembangkan potensi murid ke arah yang lebih baik bersama -sama murid meletakkan sasaran pencapaian dan memastikan pencapaian tercapai
4) Jadi fasilitator kepada rakan sekerja . Bukan sahaja menjadi role model dan meningkatkan impak murid tapi perlu menjadi mentor kepada guru di sekolah sendiri atau di komunitinya sendiri.
5) Guru cemerlang bantu pemimpin sekolah gunakan data untuk pentaksiran. Guru banyak merancang dan urus pentadbiran tetapi kena tahu sebab bukan secara trial and error. Tindakan perlu dari data eviden tertentu dan kajian tindakan adalah perlu untuk memahami tindakan berasaskan data. Guru berpengalaman berbeza dengan guru cemerlang kerana guru cemerlang memahami masalah dan isu. Dan dari situ memahami masalah untuk diambil tindakan.
Yang pastinya BANTU Murid tamat sekolah dengan penguasaan minima
Aktiviti kesarjanaan ada 13 aktiviti dalam PBPPP untuk latihan profesional guru.
Ada kajian tindakan , penyelidikan, inovasi dan membuat pembentangan, penulisan dan penulisan kreatif
Buat aktiviti ini kerana tidak ramai yang membuat aktiviti bahagian kajian atau inovasi dan hanya beratus sahaja dan bukan beribu yang menjalankan ativiti ini.
Maka aktiviti ini galakan cikgu -cikgu di sekolah buat, bimbing cara jalankan, cara bentang dan guru cemerlang boleh membantu rakan -rakan di sekolah.
Jangan ada perkataan yang NEGATIF untuk anak -anak murid.
Give penghargaan segera seperti senyum, ucap tahniah untuk beri galakan dan pandang murid...tabiat dan kelakuan seseorang yang segera. Jangan bagi ganjaran tertangguh !
2 comments
Salam sis,
Yup setuju sepanjang berada di Kelantan. Sangat berinspirasi dan motivasi .
Semoga pengetahuan berinspirasi dan motivasikan Kita ini kekal sepanjang perkhidmatan .