20 October 2020

PANDUAN PENULISAN KAJIAN KES


 Assalammualaikum

Hari ini hari huru hara hehe. Handle slot untuk bengkel komPetensi guru kaunseling rendah di Beserah Pahang dan dalam masa yang sama yang lama dah rancang untuk pembentangan kajia kes isu murid mencederakn diri dengan PERKAMA . Satu sesi perkongsian yang win win sama-sama belajar untuk mengetahui lebih baik bagaimana intervensi kepada murid yang menjadi isu mencederakan diri . Menambahkan huru hara hari ini ialah pemantauan program pendidikan dadah di sekolaha saya untuk penarafan hari ini.

Akibatnya time kawan kawan JU yg lain dok buat setting saya dok cari line internet dan duduk diam disk dlm bilik rehat sementara tunggu giliran sebagai pembentang ke4. 

Saya Tak boleh share slaid kerana ada byk unsur sensitive dlm slaid tersebut dan penulisan jugs tidak boleh dishare sblm diluluskan oleh PERKAMA. Maknanya...share format sahaja


1.0 Diskripsi Demografi Klien (Client’s Demographic Description) 

2.0 Isu yang dinyatakan (Presenting Issue) 

3.0 Matlamat Intervensi (Intervention Goal/s) 

4.0 Pelan Intervensi (Intervention Plan) 

5.0 Kerangka Teoritikal (Theoretical Framework) 

6.0 Kesimpulan 

7.0 Refleksi Kaunselor 


Panduan asas (penulis boleh tambah mengikut kesesuaian)

 

Bil

Tajuk

Perihalan

1.0

Deskripsi Klien

 

(pastikan identiti klien dirahsiakan. Butiran maklumat terperinci perlu guna samaran)

a.               Diri klien – seperti jantina, umur, bangsa, agama, bilangan adik beradik, turutan       kelahiran

b.              Fakta sokongan yang signifikan  – seperti pencapaian akademik, kes       keberhutangan, rekod kesihatan diri dan keluarga, pretasi kerja,  kewangan atau      sebarang fakta yang boleh memberikan  gambaran jelas diri dalaman dan       luaran klien.

c.               Nyatakan aspek semasa klien dari aspek kognitif, emotif dan tingkahlaku       seperti menggunakan penilaan BASIC ID atau FESTIVAL atau sebarang      format penilaian yang telah digunakan.

 

2.0

Isu yang dinyatakan (presenting problem)

a.               Samada klien datang sendiri atau dirujuk. Jika rujuk siapa yang merujuk?

b.              Apa isu awalan yang dinyatakan klien.  Nyatakan apa yang dikongsi oleh klien      dan siapa yang terlibat. Adalah melibatkan isu intra atau interpersonal.

c.               Jumah sesi keseluruhan. Jika belum tamat nayatakan jumlah sehingga pelaporan      ini dilaksanakan.

 

3.0

Matlamat

a.               Nyatakan isu utama yang telah dikenalpasti

b.              Jelaskan matlamat intervensi kes secara keseluruhan. Nyatakan apa yang ingin       dicapai bersama diakhir setiap sesi ie penamatan sesi dan juga penamatan       hubungan.

c.               Penyataan matlamat boleh mengandungi perubahan terhadap sikap,        kepercayaan atau tingkahlaku. 

d.              Apa respons klien terhadap matlamat intervensi yang telah dikenalpasti (secara       bersama)

 

4.0

Penilaian dan

Pelan intervensi

a.               Penilaian status klien mengunakan skala piawai – seperti kesejahteraan mental       sekiranya guna skala tertentu seperti DASS21, PHQ9, GAD7 dll.  Nyatakan       nama skala dan skor yang diperolehi serta interpretasi.

b.              Penilaian lain – penilaian aspek kognitif, emosi dan tingkahaku samada secara       pemerhatian atau  alat seperti genogram, AHTP, seni ekspresif dll.

c.               Ringkasan pelan intervensi bagi mencapai matlamat seperti item 3.0.  Jelaskan      juga dari aspek jangkamasa atau tempuh sesi terlibat.  Perihalkan setiap sesi       yang telah dilaksanakan secara ringkas.

d.              Kemajuan klien – perihalkan kemajuan klien yang dapat disimpulkan dari awal,       tengah dan akhir proses kaunseling serta hubungan kaunseling yang terjalin.  e.  Nyatakan penilaian keseluruhan berdasarkan matlamat yang telah dibina      dengan mengambil kira faktor rsisko dan faktor pelindung.

f.   Bagaimana dayatindak klien meningkat kearah lebih baik dan dapat membina       peribadi yang lebih positif.

 

5.0

Kerangka Teoritikal

a.               Nyatakan kerangka teoritikal yang dipilih bagi memandu pelan intervensi.

b.              Bincangkan konsep utama teori dan berikan saranan kearah mengatasi isu klen.

c.               Perbincangan patologi dan penilaian DSMV sekiranya relevan.

d.              Kaitkan konstruk model atau teori dengan penaksiran ujian psikologi yang        telah diadakan (sekiranya relevan)

 

 

 

6.0

Kesimpulan

a.               Berikan tiga poin utama yang dapat disimpulkan sepanjang intervensi terhadap        klien ini dilaksanakan.

b.              Poin pertama adalah merujuk kepada klien dan peribahan dirinya

c.               Poin kedua terhadap proses yang telah dilakukan.

c.   Poin ketiga memfokus kepada kemahiran kaunseling dalam mengurus intervensi berkenaan.

 

7.0

Refleksi Kaunselor

a.               Cabaran kaunselor dalam proses membantu klien melalui intervensi kaunseling        yang telah dilaksanakan.

b.              Pengalaman professional dan peribadi sepanjang membantu klien ini

c.               Cadangan kaunselor untuk proses membantu yang lebih berkesan (pada masa       akan datang)

 

8.0

Rujukan

a.   Senaraikan sekurang-kurangnya tiga rujukan terkini mengikut format APA 7.0.

 

Good night Beserah Pahang

 

Telegram Channel