5 December 2020

Bengkel Pengenalan Forensic Art Therapy: Investigation And Intervention

 


Sabtu yang menyenangkan..

Saya mendaftar untuk bengkel ini untuk mempelajari ilmu dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam sesi menolong saya di sekolah. 

Pensyarah ini Dr Azizah sejak dari tahun lepas sewaktu KL menjadi tuan rumah untuk Simposium tahun 2019 saya didedahkan dengan kemahiran menolong menggunakan art terapi dan play terapi. Jadi bila ada modul ini dikongsikan, saya terus mendaftar. 

Hasilnya saya mempelajari tentang sesuatu kaedah yang akan saya gunakan dalam sesi saya yang seterusnya nanti. 
In sha Allah saya akan follow rapat rapat modul seterusnya sepanjang tahun hadapan. Jom kawan kawan kita join bengkel ini. 

Pengalaman saya sendiri dengan aktiviti pertama nampak simple seperti melukis gambar pokok . Kami diminta melukis apa yang terlintas mengenai pokok. 
tangan saya spontan melukis gambar pokok paku pakis bawah pokok mangga kat luar pagar rumah saya. Tak pasti kenapa saya melukisnya tapi saya rasa nyaman sewaktu melukis sebab pokok tu menggambarkan survival yang tinggi takyah siram takyah jaga hidup je menghijau subur lak tu..ahaks

Kami diajar bagaimana memproses gambar tersebut dengan soalan soalan yang membina 

Aktiviti kedua tentang melukis jalan . Hmmmm waktu saya melukis saya rasa sebak pula saya melukis gambar jalan raya di tengah tengah antara sawah padi sebab ia menggambarkan kawasan belakang rumah ibu bapa saya. Ya.....saya dah rindu tahap maksima untuk balik kampung. Sabarlah wahai hati

Dari gambar -gambar kami diajar bagaimana memproses soalan soalan untuk ditanya kepada klien. Lukisan menggambarkan life experience.

Soalan memproses
antaranya what you want to do differently to changes or delete...why
what you can repair and changes about your life
what your road map to shift direction of your life
what you see differently now
your new division

Terima kasih semua

PKPB dilanjutkan 20hb
Rentas negeri dibenarkan...






 

Telegram Channel