17 January 2021

Kertas Kerja Suaikenal Murid Ting 1 2021 Secara Dalam Talian


hari ini mesyuarat guru yang pertama. Bertugas selaku pengacara majlis secara dalam talian. Rasa macam fit rupanya lontaran suara pun tak boleh kuat sangat dan cakapun satu satu tak boleh laju sangat hihi . Semoga kesihatan bertambah baik minggu hadapan. 

Dalam mesyuarat ini, part saya bentangkan kertas kerja yang disediakan oleh partner saya ini selepas melalui pelbagai siri edited. Final saya yang murnikan apabila 100 peratus secara dalam talian. 


PROGRAM SUAIKENAL PELAJAR TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN 2021

SECARA DALAM TALIAN


1.0       PENGENALAN

 

Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan perbezaan  dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Murid-murid ini akan merasakan perbezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut, program hari dan minggu orientasi telah dirangka untuk membantu murid lebih mengenali mata pelajaran yang akan dipelajari, aktiviti kokurikulum, kemudahan – kemudahan yang terdapat di sekolah, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui dengan pendekatan pelbagai aktiviti pelajar yang telah dirancang untuk mereka. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan sekolah yang baru dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum

 

2.0       OBJEKTIF

 

1.     Memberi pendedahan kepada murid-murid baru tentang alam persekolahan sekolah

menengah.

2.     Memastikan murid-murid baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran  dan persekitaran sekolah menengah.

 

 

3.0       TARIKH

 

28 – 30 Disember 2020                        - Pendaftaran Tingkatan 1/2021

 

20 Januari 2021 (Rabu)                      - Taklimat Orientasi Pelajar tingkatan 1/ Peralihan

bersama ibu  bapa / penjaga melalui Youtube  Channel

 

21 -  22 Januari 2021                         - Orientasi Pelajar tingkatan 1/ Peralihan melalui Youtube Channel

 

 

4.0       TEMPAT

 Di lokasi masing –masing


5.0       SASARAN

 Semua pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 2021

 

6.0       KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

 

Output

 

100% murid dapat input mengenai persekitaran dan budaya sekolah menengah.

 

Outcome

100% murid peralihan dan tingkatan 1 tahun 2021 bersedia untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.

 

7.0       IMPLIKASI KEWANGAN

           

SUMBER KEWANGAN        

BIL

PERKARA

SUMBER

JUMLAH

1.

Banner

PIBG

RM    100.00

JUMLAH

RM    100.00

 

ANGGARAN PERBELANJAAN

           

BIL

PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH

1.

 

    Backdrop Orientasi      

RM 100 x 1 Backdrop

RM  100.00

                                                                                JUMLAH

RM   100.00

 

 

8.0      JAWATANKUASA PENGELOLA

 

Pengerusi                                 : En. Jamil Bin Jamaludin (Pengetua)

Timbalan Pengerusi                   : Pn.Marhaniza Bt Mahmud (PK HEM)

Naib Pengerusi 1                       : Cik Lee Swee Ching (PK Tadbir dan Kurikulum)

Setiausaha                                : Pn. Nurazlina Bt Che Omar (Guru Kaunseling)

 

Jawatankuasa Kerja

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

Moderator Majlis

Pn. Nurhaiza Bt Che Mat

    - Mengendalikan majlis semasa taklimat melalui yuotube channel mengikut aturcara yang telah ditetapkan.

Teknikal

 

 

 

Bacaan Doa

Pn. Nafsah Bt Mohd Shah

 

 

 

En Muhammad Bukhari Bin Saripuddin

    - Mengendalikan bahagian teknikal dan paparan maklumat dan slaid semasa taklimat.

 

-     Menyediakan teks doa yang sesuai untuk majlis dan memimpin bacaan doa.

Dokumentasi

Pn. Nurazlina Bt Che Omar

Pn. Rozinani Bt Awang

-        Menyediakan dokumentasi sepanjang taklimat berlangsung dan mengambil gambar.

 

8.1       JAWATAN KUASA KERJA TAKLIMAT IBU BAPA MELALUI YOUTUBE CHANNEL

 

            20 JANUARI 2021 (ISNIN)

 

Taklimat

-Kurikulum

Hal Ehwal Murid

Kokurikulum.

 

Semua Penolong Kanan

--- - Menyediakan maklumat dan slaid taklimat untuk dibentang oleh pengetua

Taklimat Kelas Muzik

Pn. Umi Salbiah bt. Abd. Rahman

 

- - Menyampaikan taklimat mengenai kelas Muzik dan tayangan video aktiviti kelas Muzik.

 

Taklimat UBK

Pn. Nurhaiza Bt Che Mat

 

M  - Menyampaikan taklimat mengenai UBK

Persembahan Multimedia

Pn. Naimah Bt Ibrahim (K)

Cik Aida Azlina Bt. Ramli

  - Menyediakan multimedia untuk ditayangkan kepada ibubapa.

 

 

8.2       JAWATAN KUASA KERJA TAKLIMAT ORIENTASI MURID MELALUI YOUTUBE CHANNEL

 

            21 JANUARI 2021

 

Taklimat Unit Disiplin

En Amiruddin Bin Mohd Yusuff

   Menyampaikan taklimat disiplin sekolah kepada murid dan cara pemilihan pengawas dijalankan

 

Taklimat Unit Kokurikulum

Pn Hufaidah Bt Zakaria

   Menyampaikan taklimat mengenai ko-kurikulum, iaitu persatuan/kelab badan beruniform, sukan dan permainan.

Taklimat Pusat Sumber Sekolah

Pn. Rodiyah bt. Mohamad

  Menyampaikan taklimat pusat sumber sekolah kepada murid dan NILAM dan cara pemilihan pengawas pusat sumber dijalankan

 

Taklimat Koperasi

Pn. Aziyanti bt. Abu Khanipah

   Memberikan taklimat mengenai operasi koperasi sekolah. dan cara pemilihan AJK Koperasi Murid dijalankan

 

 

 

 

22 JANUARI 2021

 

Taklimat Kantin

Pn. Amira Bt Mamat

   Menyampaikan taklimat mengenai disiplin semasa murid berada di kantin dan SOP yang perlu dipatuhi

Taklimat Biasiswa

Pn Haslina Hashim

   Menyampaikan taklimat biasiswa Baitulmal dan BKP kepada murid.

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pn Aisyatul Nazliah binti Abdul Rani

    Menyampaikan taklimat kepada murid tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar-agar murid memahami dan bersedia untuk menghadapi PBS

Taklimat UBK  dan Ujian Psikometrik

Pn. Nurazlina Binti  Che Omar

   Menyampaikan taklimat kepada murid tentang UBK dan Ujian Psikometrik  

Latihan Nyanyian

Pn. Norshahizan binti Baharum

 

   Menyediakan video atau lagu nyanyian sekolah

 

8.3       JAWATAN KUASA KERJA SAMBUTAN HARI PERTAMA MURID HADIR BERSEMUKA DI SEKOLAH ( DEWAN & GIMNASIUM)

 

AJK

NAMA AJK

BIDANG TUGAS

Pendaftaran /Kehadiran Murid

Semua Guru Tingkatan 1 dan Peralihan

   Mengambil kehadiran murid setiap pagi untuk kehadiran murid dalam APDM mengikut kelas yang telah ditetapkan.

          

Persiapan Dewan, Peralatan  

 

En. Mohd Ikhwan Bin Che Muda

En.Mohd.Nidzam b. Mohd. Yusoff

En. Yahya b. Mat Yasin

-   Membuka, mengemas dan menutup dewan .

   Menggantungkan banner yang telah disediakan di hadapan pentas.

Persiapan Gimnasium, Peralatan 

 

En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ya

En.Masrizal Bin Abu Bakar

En. Hazmer b. Mamat

   Membuka, mengemas dan menutup  gimnasium.

     

Back Drop

En. Abdul Azis b. Arbi

    Menyediakan back drop yang sesuai untuk majlis orientasi.

Siaraya

En. Balasegar a/l Muniandy (K)

En. Nik Rahmat b. Nik Mood

    Menyediakan sistem siaraya yang lengkap di dewan dan gimnasium.


 

8.4       SENARAI GURU KELAS  TINGKATAN 1  & PERALIHAN TAHUN 2021

TINGKATAN

NAMA GURU YANG BERTUGAS

GURU TINGKATAN

PERALIHAN 1

Cik Tuong Loy Mui

1 AMANAH

Atirah Bt Mohd Riduan

1 BESTARI

Nurdalila Bt Yahya

1 IMTIYAZ

Muhammad Bukhari B Saripuddin

1 GIGIH

Laili Azuwa Bt Tamrin

1 JUJUR

Maizatul Akma Bt Mamat

1 LUHUR

Sharihan Bt Shaari

1 MAKMUR

Zuhaida Bt Mohammad

1 GAMELAN

Noor Shaheerah Bt Hamdan

1 SAPELELE

Nor Haizad Bt Mohd Taharim

 

 

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

 

9.1       URUS SETIA/PENCERAMAH

          

            AJK Hari Orientasi 2021

 

 

9.2       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

 

TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (IBU /BAPA) – Melalui Youtube Channel

 

Tarikh                : 20 Januari 2021

 

 

Masa

       

        Atur cara

 

9.50 – 10.00 pagi             :         Ibu bapa dan penjaga terlibat memasukki ruangan menggunakan link yang telah diberikan

10.00  - 11.00 pagi               :           Ucapan Aluan Moderator Majlis

                                             :           Bacaan Doa

                                             :           Ucapan dan taklimat dari Pengetua

                                                         Ucapan Aluan YDP PIBG ( En. Abdul Razak Bin Tain)

   11.00 – 11.15 pagi               :           Taklimat Kelas Muzik (Pn. Umi Salbiah bt. Abd.Rahman)

11.15 – 11.30 pagi               :           Persembahan Multimedia

   11.30 -  11.45 pagi               :          Taklimat dari guru kaunseling

   11.45 - 12.00 tgh hari          :          Penutup

 

 

TENTATIF MAJLIS ORIENTASI MURID – Melalui Youtube Channel

 

Tarikh                :  21 Januari 2021

 

 

Masa

       

        Atur cara

 

9.50 – 10.00 pagi                : Murid masuk menggunakan link yang telah diberikan

10.00  - 10.05 pagi               : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

                                             : Bacaan Doa

10.05 – 10.35 pagi               : Taklimat Disiplin                                :          

   10.35 – 11.05 pagi               : Taklimat Kokurikulum

11.05 – 11.30 pagi               : Taklimat Pusat Sumber Sekolah

   11.30 -  11.50 pagi               : Taklimat Koperasi Sekolah

   11.50 -  12.00 tgh hari         :  Sesi Soal Jawab

 

 

 

 

Tarikh                :  22 Januari 2021

 

 

Masa

       

        Atur cara

 

9.50 – 10.00 pagi                : Murid masuk menggunakan link yang telah diberikan

10.00  - 10.05 pagi               : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

                                             : Bacaan Doa

10.05 – 10.25 pagi               : Taklimat Biasiswa Dan Kebajikan                                         :          

   10.25 – 10.45 pagi               : Taklimat Kantin

10.45 – 11.00 pagi               : Taklimat PBS

   11.00 -  11.20 pagi               : Taklimat  Psikometrik dan Perkhidmatan UBK

   11.20 – 11.30 pagi               : Taklimat Pemantapan Sahsiah

   11.30 – 11.40 pagi               : Nyanyian Lagu Sekolah

   11.40 – 11.50 pagi               : Memperkenalkan barisan guru tingkatan untuk tingkatan 1

   11.50 -  12.00 tgh hari         : Sesi Soal Jawab

 

 

 

10.0     PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid baru di SMK Cheras, khasnya semua murid tingkatan 1 dan kelas peralihan.  Dalam setiap usaha murni  ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya.  Strategi dan perancangan yang kemas, membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. 

 

Disediakan oleh,        

 

 

(PN.NURAZLINA BT CHE OMAR)         

Guru Kaunseling

SMK Cheras

 

Ulasan :

______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

 

Diluluskan/ Tidak diluluskan oleh:

 

 

(EN JAMIL BIN JAMALUDIN A.M.P)

Pengetua

SMK Cheras

Tarikh:

 

 First meeting 2021                                                                                               Hi guru guru Cherasian                                                                                          Semoga urusan kita dimudahkan..


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Telegram Channel