Menyahut seruan Jabatan WPKL yang memohon agar murid -murid diberikan suntikan motivasi untuk meneruskan pembelajaran , maka saya merancang aktiviti taklimat operasi pembelajaran tahun 2021 , pembugaran emosi dan sesi motivasi secara dalam talian menggunakan youtube live.
Aktiviti dalam talian ini, jika 100 peratus murid tidak dapat menyertainya secara langsung pada waktu tersebut, maka link youtube itu boleh ditebarkan sekali lagi dalam group whatsapp kelas kelas dan ditonton selepas itu. Yang penting objektifnya agar murid bersemangat untuk memulakan aktiviti pembelajaran walaupun dari rumah. Apatah lagi untuk murid -murid yang mengambil SpM tahun ini yang memerlukan suntikan semangat kembali ke sekolah .
Impaknya jika bukan 100% yang mendapat manfaatnya sekurang -kurangnya ada, walau 50% murid yang mendapat manfaat. Kita ikhtiarkan apa juga cara agar dapat merancang untuk melakukan sesuatu dari tiada berbuat apa -apa langsung kerana menganggap murid sukar memberikan komitmen dalam talian.
Semoga dimudahkan urusan kami dan program berjalan lancar.
Link youtube Hari ini
https://www.youtube.com/watch?v=hKtVMcAYtbo
KERTAS
KERJA
MENINGKATKAN
MOTIVASI MURID
SECARA
DALAM TALIAN
SMK
CHERAS
1.0
PENGENALAN
Dalam
tempoh perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan murid tidak ke sekolah
sejak pertengahan bulan Oktober 2019 lagi dan bersambung dengan cuti sekolah menyebabkan
murid yang kurang memberikan komitmen dalam pembelajaran secara dalam talian
akan semakin kurang bermotivasi untuk belajar. Manakala bagi murid yang dapat
memberikan komitmen dalam talian pula, cuti sekolah dalam sebulan dan
bersambung pula dengan perintah kawalan pergerakan yang menyebabkan
pembelajaran secara dalam talian perlu dibajai dengan motivasi untuk
mengekalkan komitmen belajar secara dalam talian. Oleh itu program motivasi
digiatkan kepada semua murid untuk meningkatkan lagi semangat untuk menghadapi pembelajaran
sebelum bermulanya sesi persekolahan. Program ini dijalankan dalam dua kategori
iaitu slot untuk murid yang tidak mengambil peperiksaan SPM tahun ini dan juga
kategori murid yang mengambil SPM tahun ini agar pengisian ceramah lebih
berfokus. Program pembugaran emosi dijalankan selama 20 minit untuk murid –
murid bersedia menghadapi pelajaran di samping mengesan tahap emosi masing –
masing melalui saringan ringkas dalam google form yang diedarkan dalam group
whatsapp kelas sebelum memulakan sesi persekolahan.
2.0
MATLAMAT
Meningkatkan
motivasi belajar murid untuk kembali ke sekolah bagi menghadapi peperiksaan SPM
bagi murid tingkatan 5 tahun 2020 dan meningkatkan motivasi belajar murid
tingkatan 2, 3 , 4 dan 5 tahun 2021 walaupun secara dalam talian di rumah
masing –masing.
.
3.0
TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 18 Januari 2021 ( Isnin)
: 19 Januari 2021 (Selasa)
4.0
SASARAN
Semua murid ting 2,3,4.5 tahun 2021 dan 2020
5.0 OBJEKTIF
1) Mengenal pasti keperluan murid dalam akademik melalui senarai semak
keperluan murid dalam bidang akademik
2) Murid diberikan bimbingan dan motivasi
agar dapat meningkatkan kematangan kerjaya dan hala tuju kerjaya selepas SPM
6.0 KPI
INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME
Output |
Murid dapat bersedia untuk
menghadapi pelajaran selepas slot |
Outcome |
Peratus murid yang
dapat memberikan komitmen kepada guru subjek semakin baik |
7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
Sumber Kewangan
PCG
Kaunseling : = RM 300
Perbelanjaan
Ceramah RM 150 x 2 orang = RM 300
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi :
Encik Jamil Bin Jamaludin
Pengetua
Naib Pengerusi :Cik
Lee Swee Ching
Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum
Setiausaha : Puan Nurhaiza Binti Che Mat
SENARAI
TUGAS AJK KERJA
Moderator |
Puan Nurhaiza Binti Che Mat |
Bertugas
selaku pengacara majlis |
AJK Teknikal |
Puan Nafsah Binti Mohd Shah |
Menyediakan link dan menjaga teknikal
dalam talian sewaktu bersiaran |
AJK Penilaian |
Puan Rozinani Binti
Awang |
Menyediakan
borang penilaian program dan analisa penilaian |
AJK Laporan |
Puan Nurazlina Binti
Che Omar |
Menyediakan
laporan program |
9.0 STRATEGI
PERLAKSANAAN
9.1 URUSETIA
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 JADUAL PERLAKSANAAN
18 Januari 2021: Isnin
10.00
– 10.30 pagi : Ucapan aluan pengetua
: Slot psikososial kesihatan minda
10.30 – 11.30 pagi : Ceramah Motivasi
11.30 – 12.00 tengah hari : Sesi Soal Jawab
:
19 Januari 2021: Selasa
10.00
– 10.30 pagi : Ucapan aluan pengetua
: Slot psikososial kesihatan minda
10.30 – 12.00 tengah hari : Ceramah Motivasi
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Kelewatan masuk melayari dalam talian |
Disiplin murid |
Rakaman ceramah dalam youtube live diakses
untuk membolehkan murid mendengarkannya selepas slot secara
langsung |
Puan Nurhaiza |
11.0
KAEDAH PEMANTAUAN
PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum
PEMANTAUAN PENCAPAIAN
OUTCOME
Borang Penilaian Program
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai
objektif meningkatkan motivasi murid dengan kesejahteraan minda yang lebih baik
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che
Mat)
Ulasan
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Diluluskan oleh,
(Jamil Bin Jamaludin)