Total Pageviews

4 February 2021

Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina : Guru Penyayang






Bermula suasana Tahun Baru Cina...kehangatan mula terasa dengan iklan dan mercun di kawasan kejiranan saya. 

Biasanya waktu ini team JK Sambutan Perayan akan menghias pentas sekolah dengan hiasan Tahun Baru Cina untuk perhimpunan sepanjang dua minggu , maklumlah dengan 40% murid sekolah ini berbangsa Cina maka sambutan memang agak meriah .

Tarian singa juga diadakan di sekolah dan hiasan pentas , bilik guru juga bermotif sambutan Tahun Baru Cina.  

Namun tahun ini dengan kehadiran murid ting 5 batch 2020 sahaja dan kehadiran guru ke sekolah pun dengan jumlah yang terkawal maka kami UBK dan JK Kebajikan Sekolah di bawah team Guru Penyayang sekolah, masih menjalankan aktiviti agihan sumbangan dan ang pow raya tetapi dengan format kebiasaan baharu.  Kami UBK juga dalam persiapan untuk sambutan secara dalam talian pada 17 Feb nanti di bawah program Guru penyayang sambutan perayaan dengan agihan tugas kepada jawatan kuasa untuk menjayakannya.
 






Stay safe...stay calm...in sha Allah ...

No comments: