1.0         
PENDAHULUAN
Persekitaran sekolah yang ceria dan bangunan sekolah yang menarik
akan memberikan aura positif dan ketenangan kepada setiap warga sekolah.
Keceriaan bangunan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan.
Mempunyai saujana mata memandang, ceria, tenang dan selesa penting ke arah
tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana
dan persekitaran  sekolah yang bersih,
ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar yang melahirkan
insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek
2.0     Matlamat
          Mewujudkan persekitaran yang cantik dan memberikan kesejahteraan
minda 
untuk warga sekolah menggunakannya
           
3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :
          15 Julai – 20 Ogos 2023
4.0      SASARAN    
 Semua Warga SMK Seri
Bintang Selatan 
5.0       OBJEKTIF
1            Mencantikkan kawasan sekolah untuk kesejahteraan emosi
2        Menjadikan kawasan
sekolah selesa dan kondusif untuk aktiviti sekolah dijalankan.
6.0       KPI
 
| Output | Persekitaran sekolah
  yang lebih bermakna dalam memotivasikan murid dan meransang suasana
  pembelajaran yang teraputik | 
| Outcome | Keceriaan sekolah
  kekal dalam suasana kondusif yang meransang pencapaian murid sama ada dalam
  bentuk emosi dan jasmani | 
7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
 
          Banner          :
RM 150.00  x 2      = RM 300.00
Cat epoxy
Cat minyak
Berus dan peralatan mengecat
Kerusi batu 2
Batu batu refleksologi
8.0       JAWATANKUASA KERJA 
Pengerusi
                             : Puan Norlela Binti A. Wahid
Timbalan Pengerusi             : Puan Sabidara Binti Mahmud
Setiausaha      
                      : Pn
Nurhaiza Bt Che Mat
AJK                                         : Puan Loh Chin Ying
                                                : Puan Norfaizah
Binti Mohamad
             Landskap taman
           
9.1       URUS SETIA
           
          Unit Bimbingan Dan Kaunseling
          Mengecat mural
          Menyediakan
landskap
10.0     PENGURUSAN RISIKO
 
| Risiko | Punca | Penyelesaian   | Tanggungjawab | 
| Vandalism | Murid melakukan
  kerosakan  | Membuat hebahan
  mengenai proses penghasilan mural kepada warga sekolah | UBK | 
           
Adalah
diharapkan agar usaha pihak sekolah untuk melaksanakan Laman Minda Sihat   ini 
dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan lebih selesa semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Guru dan murid juga diharap agar memberikan
kerjasama yang jitu dalam melaksanakan program-program yang dirancang serta
menjaga keceriaan dan suasana dengan baik bagi memastikan persekitaran sekolah
sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria serta harmonis.


 
   
   
   
   
   
   
  
 
   
   
   
  
 
   
   
   
   
   
  
 
   
  
 
   
   
   
  