20 March 2024

Majlis Berbuka Puasa AJK MGKK

20 Mac AJK MGKK berbuka puasa bersama sama sempena 3 hari berkampung di Cyberjaya untuk Mesyuarat Penyelarasan Program Bersama BPSH di samping penerangan dari UPU, MMU dan 
TalentCorp selaku penyumbang utama. Berbuka di Aldar Lounge, Dengkil makanan menu nasi Arab 🙂

Berbuka puasa tajaan dari TalentCorp bersama rakan strategik MMU juga. Semalam MMU sponsor makanan berbuka di MMU menu masakan kampung dan mee kari peegh sedap.  Selesai berbuka puasa di sini, rombongan kami ke rumah mantan YDP Putrajaya Kak Lazidah di Sunsuria.

 Kami buat majlis penyerahan cenderamata dari MGKK kerana sumbangannya sepanjang menjadi YDP MGK Putrajaya. Terima kasih kak. 

Kak Lazidah Sangat aktif dan sentiasa menjadi org tgh antara MGKK dgn BPSH untuk runner bagi kertas kerja ke...runner minta dokumen atau sijil ke dan mmg sentiasa menjadi antara pegawai perhubungan terbaik MGKK untuk berurusan dgn IPT . Diuji dgn masalah kesihatan punca utama mengundur diri dari MGKK, kami mengadakan bacaan yasin dan pulut kuning doa selamat. Semoga sihat kak...love you


9 Ramadhan
Ya Allah Sediakanlah untukku padanya  habuanku daripada rahmatMu yang luas dan berikanlah aku petunjuk bagi memperolehi bukti bukti Mu yang terang , serta bimbinglah aku menuju kepada keredaanMu yang penuhdemi kecintaanMu, wahai Zat yang diharapkan oleh orang yg rindu
 

Telegram Channel