21 March 2024

MGKK dan Rakan Strategik MMU

3 hari di MMU untuk mesyuarat penyelarasan prigram MGKK tahun ni bersama BPSH. Bertempat di MMU sebagai penaja tempat mesy dan makanan berbuka kami hari pertama  Diselitkan juga dgn rakan strategik UPU dan Talent Corp serta taklimat JPA. 

Terima kasih pengurusan tertinggi MMU menyantuni kami sepanjang 3 hari di sana.  Di bawa tour kampus yg moden, sofistikated mmg wow. Fakulti Seni dgn bilik galeri yg besar dan seni persembahan pula mempunyai teater umpama trater wayang sebenar. Sangat kodusif dan kami dibawa menonton tayangan Kantoi dan satu lagi  Juga diperkenalkan alumni fakulti ini yg bekerja untuk beberapa movie dan drama yg hebat. 

Haa the power of green screen sempat kami ambil rakaman hari raya tapi pakai baju korporat je hahahaha




Terima kasih Prof hadiah iringan dari MMU
Studio green screen mcm pembaca berita

Ada stesen podcast juga

Di hadapan pejabat Prof
Fakulti Seni Lukis

10 Ramadhan
Ya Allah jadikanlah aku padanya hari ini di kalangan orang yang bertawakkal kepadaMu dan jadikanlah aku dikalangan org yang menang di sisiMu , serta jadikanlah aku orang yang dekat kepada Mu, dengan ihsanMu, wahai Zat yang menjadi matlamat orang yang memohon



 

Telegram Channel