20 November 2020

Penetapan Matlamat SPM Fasa 2

Penetapan Matlamat SPM Fasa 2



Sepanjang minggu ini saya mengatur perjumpaan untuk murid ting 5 secara berglir-gilir. Antara aktivitinya ialah penetapan matlamat fasa 2 berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM yang lalu. Saya mennganjurkan aktiviti ini untuk murid menganalisa semula penetapan target mereka dan berusaha mencapai target sebenar SPM mereka.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa
Ucapan aluan pengetua
Taklimat keputusan peperiksaan oleh setiausaha peperiksaan SPM 
Pembentangan analisa mata pelajaran untuk menganalisa kelemahan murid dalam beberapa topik subjek yang disampaikan sendiri oleh guru subjek masing - masing.

Akhir sekali selepas analisa post mortem dijalankan, murid perlu menetapkan target mereka


Alhamdulillah Rozi..
Segalanya dimudahkan
Doa dikabulkan
















19 November 2020

Inspirasi MGKKL Siri 2: Intervensi Dan Pelaporan Murid Berisiko Cicir

Inspirasi MGKKL Siri 2: Intervensi Dan Pelaporan Murid Berisiko Cicir


Slot Siri Ke2/2020 Inspirasi MGKKL saya bimbing bagaimana intervensi murid berisiko cicir ini dijalankan. 

Cara Pelaporan yang ditulis dan borang impak ditulis .
Boleh guna bahan slaid saya ini untuk memahami dengan lebih baik isu murid berisiko cicir ini. Walaubagaimanapun tentulah tidak sama antara mengikuti bengkel dalam talian dengan membaca slaid ini sahaja. Anda boleh bertanya melalui email atau telegram jika inginkan maklumat lanjut

Sila klik link di bawah


Terima kasih atas penilaian yang baik untuk saya menilai keberkesanan bengkel yang telah dijalankan

My precious experience vs
painful moment to loss
 




18 November 2020

Slot Motivasi : Tuisyen Online Percuma TOP PPD Bangsar Pudu

Slot Motivasi : Tuisyen Online Percuma TOP PPD Bangsar Pudu

Selaku Timbalan Pengerusi MGKKL saya terpanggil untuk menghulurkan tenaga sukarelawan saya apabila PPD sendiri ingin sukarelawan guru kaunseling bagi memenuhi slot motivasi kaunseling setiap pagi sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula. Dah bagi nama rupanya tidak ramai dalam kalangan guru kaunseling yg mendaftar. Maka dari hanya dua slot sesi motivasi bertukar menjadi setiap minggu giliran yg perlu saya muncul di live youtube Sektor Pembelajaran PPD Bangsar Pudu. Okey saya share link ye untuk tontonan di bawah 

PdPc ini berfokus kepada aspek pemahaman KOMSAS  dan novel dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.  Perkongsian ini akan membolehkan murid-murid mendapat pendedahan tentang teknik menjawab yang betul dari segi penggunaan kata kunci aspek sastera dan cara menjawab soalan KBAT.

Saya menjalankan aktiviti motivasi selama 5 hingga 6 minit tajuk Bicara Diri Yang Positif. Boleh rujuk link di bawah
Click the link to join https://youtu.be/nSKFQ7PTx6g




PdPc ini berfokus kepada penguasaan murid-murid untuk menerangkan tindak balas dalam sel kimia dan menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tindak balas redoks.

Cikgu Mahani guru kaunseling berkongsi topik Tanya Diri

Click the link to join:https://youtu.be/cvJRVfjCJ8k



PDP akan dimulakan dengan pengenalan kepada Kata Tugas/Kerja.
Objektif PDP
1. Murid dapat menggunakan kata kerja/tugas JELASKAN dengan betul semasa menjawab soalan dengan kaedah Kaedah KKM (Kata kunci, Kata Tugas, Markah).

2. Murid dapat menggunakan kata kerja/tugas TERANGKAN dengan betul semasa menjawab soalan dengan kaedah Kaedah KKM (Kata kunci, Kata Tugas, Markah).

Guru Kaunseling Cikgu Rasean berkongsi topik Teknik Mendengar
Click the link to join: https://youtu.be/PfG7UnovVIM


When anxiety attack lead to stress 
Take a deep breath
Calm...




16 November 2020

Bimbingan Kelompok Murid Juara Permata

Bimbingan Kelompok Murid Juara Permata


Isnin yang masih lagi dalam mood bercuti Happy Deepavali, saya membuat perjumpaan dengan kelompok murid Juara seramai 20 orang yang terpilih. Saya menghubungi mereka untuk memaklumkan persediaan dari segi fizikal dan mental untuk projek ini. 

Saya menjemput tuan pengetua untuk kata kata aluan dan selebihnya saya memberikan bimbingan dan motivasi untuk murid murid ini mengejar impian mereka. Saya juga memalumkan bahawa saya akan menjaga kebajikan mereka dan maklumkan kepada saya untuk  perubahan emosi negatif dan saya akan membantu . perjumpaan untuk sesi bersama guru kaunseling akan dijalankan setiap minggu bermula minggu hadapan sebanyak dua kali sebelum mereka memulakan kelas Brilliant.  

Orait perkenalkan top 20 murid Juara Permata saya . Misi kami target 3 orang straight A tahun ini. Percubaan SPM baru seorang sahaja straight A. Manakala 20 murid lagi target 6A dan 0 gagal. In sha Allah permudahkan urusan kami. 
Kami susun murid murid ini dengan jadual tambahan guru guru untuk membantu merealisasikan murid ini memperolehi skor A. Terima kasih kepada guru guru yang menyambut tugasan ini. 

Secret Recipe Jusco
To Starbuck Cofee
Bonding with bestie


13 November 2020

Sumbangan Kepada Murid Sambutan Deepavali

Sumbangan Kepada Murid Sambutan Deepavali

Hari ini seperti yang dirancangkan dalam rancangan bulan Nov kami, kami team UBK mengadakan agihan sumbangan Kepada Murid murid India berupa angpow dan makan hasil dari Gerobok Kasih Cherasian  dengan kerjasama dari ketua unit kebajikan ustazah tengku laila . 
Bagi murid yg tidak dapat hadir, kami cuba ke rumah mereka. 

Terima kasih pibg atas sumbangan angpow dan guru guru yg telah menyumbang. Kami sebagai pengantara sahaja . 
Semoga sumbangan kecil ini memberikan senyuman yang bermakna. 
Saya sempat jugak snggah ke rumah seorang murid yg kematian bapa utk menyerahkan sumbangan.


Bonding with my team



Adik abang dan Ibu dari satu keluarga
Untuk abang dan adik dari satu keluarga
sumbangan pibg dan warga sekolah utk murid kematian bapa. 

12 November 2020

Keputusan SPM SMK Cheras 2020

Keputusan SPM SMK Cheras 2020




Keputusan tahun ini agak mendung sikit. 

Gred purata sekolah membesar menunjukkan kemerosotan dengan 5.56 pada tahun 2018 kepada 5.83 pada tahun 2019. Untuk makluman semakin kecil nilai gred purata sekolah, semakin bagus keputusan. 

peratus lulus/layak dapat sijil 2018 sebanyak 80 peratus tetapi menurun kepada 78.80 peratus pada tahun 2019. 

Orait kerja keras tahun hadapan ye. 

Tahniah ye !
Fatin Nabihah Bt Zulkefli 5 Al.Farabi
Nurul Fatihah Bt Azman 5 Alpha
Muhammad Aiman Hakim B Syahrulnizam 5 Gamma

Status whatsapp
For the first time :)










Tahniah Muhammad Aiman Hakim B Syahrulnizam dari 5 Gamma mendaat 5A




Tahniah Nurul Fatihah Bt Azman  5Alpha 5A




Tahniah Fatin Nabihah Bt Zulkefli 6A

















Tahniah Aiman . My PRS


 

Telegram Channel