4 August 2013

Minit Mesyuarat UBK 2/2013

DRAF  MINIT MESYUARAT 
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KALI KEDUA  2013
SMK CHERAS

Tarikh           : 30 Julai 2013
Masa            : 1.10 tengah hari
Tempat         : Bilik Mesyuarat
Pengerusi     : Puan Sapura Bt Amat
Kehadiran     :
1)    En. Mohamed Jamil Bin Abdul Samad               Pen. Kanan Tadbir & Kurikulum
2)    En Abdul Halim Bin Musa                                 Penolong Kanan Kokurikulum
3)    En. Raheman Bin Ahmad                                 Penolong Kanan Petang
4)    Pn Helen Merlyn Dodampe                              Guru Kanan Bahasa
5)    Pn Latipah Bt Ibrahim                                      Guru Kanan Teknik & Vokasional
6)    Pn Norasyikin Ho Bt Abdullah                           Guru Kanan Teknik & Vokasional
7)    En Pua Ah Nge                                               Guru Kanan Kemanusiaan
8)    Pn Noor Aini Bt Ibrahim                                   Guru Kanan Sains & Matematik
9)    Pn Nurhaiza Bt Che Mat                                  Guru Kaunseling
10) Pn Rozinani Awang                                         Guru Kaunseling
11) En Che Mohamad Padali B Che Mat                Guru Kaunseling
12) Pn Lee Wan Yee                                             Penyelaras Peralihan
13) En Chen For Loi                                              Penyelaras Tingkatan 1
14) Pn Haslina Hashim                                          Penyelaras Tingkatan 1
15) Pn Umizam Zaharah Bt                                   Penyelaras Tingkatan 2
16) Pn Tan Nyok Mooi                                           Penyelaras Tingkatan 5
17) Pn Roszita Bt Md Toff@ Zulkefli                       Penyelaras Tingkatan 4
18) Pn Farah Hanum Bt Ramli                               Penyelaras Tingkatan 3
19) En Mohd Noor B Mat Deris                                        Ketua Guru Disiplin Pagi
20) En Masrizal B Abu Bakar                                 Ketua Guru Disiplin Petang
21) Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh          Guru Kebajikan
         
Urus Setia     : Puan Nurhaiza Bt Che Mat

1.0           PERUTUSAN PENGERUSI
1.1           Puan Sapura Bt Amat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK.
1.2           Puan Sapura Bt Amat mengucapkan tahniah di atas aktiviti yang dijalankan oleh Unit Bimbingan Kaunseling.
      Tindakan : Makluman
2.0     PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1     Minit mesyuarat diterima dan disokong oleh Pn Rozinani Bt Awang.

3.0     Perkara Berbangkit
3.1     Perkara (4.4.2 ) muka surat 8 : Penyelaras Tingkatan 2 menyediakan senarai nama pelajar yang bermasalah kepada ketua disiplin sesi pagi untuk tindakan susulan.
          Puan Umizam melaporkan yang senarai nama telah diserahkan kepada En Mohd Noor.
                                                                                      Tindakan: Makluman
3.2     Perkara (4.4.4 pada 4.4.41 minit) muka surat 8 : Surat daripada ibu bapa kepada pengetua jika anak ingin bertukar kelas bagi Tingkatan 4.
          Puan Norhaniza memaklumkan bahawa pelajar yang bertukar kelas mempunyai surat dari ibu bapa.
                                                                                       Tindakan: Makluman



4.0 Laporan oleh Pn Nurhaiza Bt Che Mat

4.1 Laporan Sesi Kaunseling
Pn Nurhaiza membentangkan mengenai 303 pelajar telah menjalani sesi kaunseling individu dengan 432 sesi telah dijalankan manakala kaunseling kelompok sebanyak 258 sesi kaunseling dengan 633 pelajar . Sesi kaunseling perkhidmatan psikososial banyak dijalankan bagi sesi kaunseling individu manakala perkhidmatan akademik bagi sesi kaunseling kelompok.
         Tindakan: Makluman

4.2     Projek Guru Penyayang
4.2.1        Projek Guru Penyayang terbahagi kepada 3 bahagian. Sambutan guru di pintu pagar mendapat kerjasama yang baik dalam kalangan guru mengikut rumah sukan masing-masing. Projek Sambutan Perayaan juga berjalan lancar dengan sambutan Tahun Baru Cina disambut meriah dengan hiasan dan jamuan makan pelajar bersama mentor masing- masing di dalam kelas.
                                                                                        Tindakan: Makluman
     4.2.2        Isu guru yang menyambut pelajar di pintu pagar diminta menegur pelajar secara berhemah sewaktu masuk ke kawasan sekolah. Tindakan disiplin akan dikenakan oleh guru disiplin.
                                                                                     Tindakan : Semua guru
4.2.3         Projek mentor mantee Guru Penyayang akan dijalankan setiap bulan. Pada 24 Ogos 2013, projek mentor mantee berbentuk sambutan perayaan Hari Raya akan dijalankan. Pada 23 September dan 21 Oktober 2013 projek mentor mantee akan dijalankan pada hari Isnin mengambil masa waktu perhimpunan sekolah berdasarkan modul yang diberikan. Pada 6 November 2013, mentor mantee Sambutan Deepavali akan dijalankan.
                                                          Tindakan : PK Tadbir Kurikulum/ PK HEM

4.3     Projek Minda Sihat
4.3.1   Projek Minda Sihat, pada tahun ini pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 2 terlibat dengan saringan Ujian DASS. Saringan pertama seramai 28 pelajar Tingkatan 4 dan  38 orang Tingkatan 2 yang mendapat Ujian DASS teruk dan sangat teruk. Manakala bagi saringan kedua, peningkatan terhadap bilangan pelajar yang mendapat Ujian DASS yang teruk dan sangat teruk iaitu 44 orang Tingkatan 4 dan 50 orang Tingkatan 2.
                                                                                Tindakan : Makluman
4.3.2   Aktiviti Minda Sihat telah dijalankan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Cheras iaitu bengkel Minda Sihat untuk pelajar sasaran yang mendapat saringan teruk di Klinik Kesihatan Cheras pada 21 Mac 2013. Kemudian aktiviti riadah iaitu 1000 langkah dijalankan pada 6 April 2013. Aktiviti mendaki Bukit SAGA dijalankan dengan 40 pelajar Tingkatan 4 sahaja yang merupakan pelajar sasaran Ujian DASS teruk dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya.
                                                                                Tindakan : Makluman
4.3.3 Program Minda Sihat membantu guru kaunseling menyaring tahap stress pelajar dan membantu guru mengetahui lebih cepat untuk membantu pelajar. Ujian DASS membantu mengenalpasti tahap stress pelajar untuk pelajar yang normal sahaja. Bagi pelajar yang memang mempunyai masalah psikologi, ujian ini tidak releven dijalankan. Bagi guru kelas merujuk pelajar yang bermasalah psikologi, guru – guru mata pelajaran perlu membuat laporan tingkah laku pelajar tersebut sewaktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan laporan dari guru kelas sendiri. Laporan tersebut akan dikumpulkan oleh guru kaunseling dan diserahkan kepada ibu bapa bersama laporan kaunseling untuk dibawa bersama sewaktu ibu bapa berjumpa doktor untuk tindakan lanjut.
Tindakan: Puan Nurhaiza
4.3.4   Puan Sapura mencadangkan agar guru kaunseling menyediakan format borang untuk laporan kesihatan mental dan diletakkan di bilik PK HEM atau di luar kawasan sekolah.
                                                                                Tindakan:Puan Nurhaiza

4.4     Program Mentor Mantee Projek Permata
4.4.1   Pada tahun ini, projek ini telah dijalankan melibatkan 50 pelajar PMR dan 50 pelajar SPM. Bagi pelajar fasa 1, merupakan pelajar cemerlang yang disasarkan oleh pihak sekolah memperolehi keputusan 6A ke atas bagi PMR dan SPM. Manakala fasa 2, di atas permintaan nazir agar pihak sekolah menambahkan sasaran kepada 50 orang PMR dan SPM. Pemilihan mantee berdasarkan kepada senarai 50 pelajar terbaik berdasarkan peperiksaan akhir tahun lepas.
                                                                              Tindakan: Makluman
4.4.2   Program Mentor Mantee Projek Permata Sekolah telah dijalankan. Seramai 4 orang pelajar Tingkatan 5 yang memperolehi keputusan 6A ke atas  dan seramai 2 orang pelajar PMR yang memperolehi 6A ke atas dalam peperiksaan pertengahan tahun mendapat insentif wang tunai dari pengetua. Bagi pelajar Tingkatan 5, kebanyakan mantee lemah dalam Kimia dan Matematik Tambahan. Manakala 2 pelajar gagal dalam Sejarah.
                                 Tindakan: KP Kimia/ KP Matematik Tambahan/KP Sejarah
4.4.3   Perjumpaan pentadbir dengan ibu bapa mantee projek Permata Sekolah berjalan lancar. Kehadiran ibu bapa adalah baik. Bagi fasa 1 dijalankan pada 9 Mac 2013 dan fasa 2 perjumpaan ibu bapa dijalankan pada 27 April 2013.
       Tindakan: Makluman
5.0      Laporan Oleh En Che Mohamad Padali B Che Mat

5.1 Bengkel Kepimpinan Pengawas
Bengkel ini telah dijalankan pada 19 Januari 2013 yang melibatkan 45 orang pengawas mengikut modul Kepimpinan Pengawas. Melalui bengkel ini, pengawas belajar mengenai kepentingan dan kepimpinan agar dapat berfungsi sebagai pengawas yang berkesan. Bilik pengawas juga telah dinaik taraf dan menjadi bilik pengawas yang lebih kondusif dan berfungsi dengan baik.
Tindakan: Makluman

5.2 Program Penetapan Matlamat PMR dan SPM

Program Penetapan Matlamat ini telah dijalankan pada 21 Januari 2013 bagi
pelajar SPM manakala bagi pelajar PMR pada 22 Februari 2013. Ceramah motivasi dijalankan oleh penceramah luar. Pada 19 Julai 2013, borang akujanji antara pelajar dengan ibu bapa dengan surat akujanji ditandatangani oleh ibu bapa di hadapan guru dan pelajar sewaktu Hari Terbuka sekolah. Manakala bagi fasa 3 pada 20 September 2013 akan dijalankan secara berfokus kepada kumpulan pelajar projek mentor mantee Permata. Pengisian bagi fasa 3 berbentuk ikrar  dan ceramah pecutan akhir PMR dan SPM.
                                     
  Tindakan:Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat

5.3 Program PPSDM
Program ini telah dijalankan terhadap 2 kelompok iaitu kelompok pelajar bermasalah disiplin dengan sekolah dan kelompok pelajar bermasalah sahsiah diri. Pengisian dijalankan berdasarkan modul PPSDM dalam kaunseling kelompok yang dikendalikan oleh guru kaunseling.
                                                                           Tindakan:Makluman

5.4 Minggu Kerjaya
Minggu Kerjaya dijalankan pada 8 – 12 April 2013 dengan aktiviti pameran kerjaya, ceramah kerjaya dan lawatan kerjaya.
                                                                                          Tindakan: Makluman
5.5 Program Penghayatan Taman Laut
Program ini melibatkan ahli Pembimbing Rakan Sebaya yang dijalankan pada 1 – 3 Jun 2013 di Pulau Redang, Terengganu  yang melibatkan 40 peserta program.
                                                                           Tindakan: Makluman
5.6 Kem Kepimpinan Sekolah
Kem dijalankan pada 22-23 Jun 2013 di Nur Bukit Unggul, Selangor. Peserta terdiri 120 pelajar dari AJK badan beruniform sekolah, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, dan AJK koperasi sekolah.
                                                                           Tindakan : Makluman

5.7 Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu
Dijalankan di SM Sains Alam Shah pada 2-3 Julai 2013. Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan dan pihak sekolah mendapat johan untuk pertandingan Eksplorasi Alam Kerjaya, johan multimedia Eksplorasi Alam Kerjaya, johan folio kerjaya, johan sketsa kerjaya, ketiga membina Media Maklumat dan sekolah terbaik bagi pencapaian keseluruhan sekolah Zon Pudu.
                                                                           Tindakan: Makluman

5.8 Latihan Dalam Perkhidmatan
Latihan Dalam Perkhidmatan yang pertama telah dijalankan pada 18 Mei 2013 di Kolej Reliance mengenai Pengurusan Kurikulum Menggunakan Aplikasi Frog oleh Puan Norliza Borhan dan APDM oleh Puan Sapura Amat. dan Latihan Dalam Perkhidmatan kedua pada 19-20 Oktober 2013 dan jamuan akhir tahun sekolah juga akan diadakan yang akan dianjurkan oleh Kelab Guru SMK Cheras di kawasan Port Dickson iaitu di Permaisuri Resort.
                                                                            Tindakan : Makluman
6.0       Pembentangan oleh Pn Rozinani Bt Awang

6.1  Minggu Suaikenal
Program Orientasi Tingkatan 1 dan Peralihan telah dijalankan pada 2-4 Januari 2013 pada pukul 1.10 tengah hari  – 4.30 petang. AJK Minggu Suaikenal memberikan cadangan penambahbaikan iaitu menggunakan kertas A4 untuk menampal maklumat pelajar yang mendaftar supaya maklumat yang dikehendaki lengkap dan tidak tercicir.
Tindakan : Puan Rozinani

6.2  Program Guru Penyayang
Pencalonan Guru Penyayang daripada setiap pelajar untuk guru yang mereka sukai. Penyampaian anugerah dijalankan pada 15 April 2013 dan 9 April 2013.
Tindakan : Makluman
6.3  Bengkel PPSDM
Bengkel ini dijalankan pada 17 April 2013 untuk pelajar sesi petang yang telah dikenalpasti melalui surat amaran dan laporan ponteng sekolah.
        Tindakan : Makluman
6.4 Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah
Pameran PPDa telah dijalankan di dewan sempena Minggu HEM. Agensi yang terlibat ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, Jabatan Kesihatan WPKL dan Jabatan Kesihatan DBKL.
       Tindakan : Makluman

6.5 Aktiviti Minda Sihat Sesi Petang
     Aktiviti Minda Sihat melibatkan pelajar tingkatan dua yang telah terpilih di     
     dalam Ujian Dass Saringan 1. Seramai 38 pelajar telah terlibat dengan aktiviti
     Aqua Aerobik yang diadakan di Kolam Renang DBKL di Desa Tasik.
        Tindakan : Makluman
6.6 Kempen Nafas Baru Bermula Ramadhan
Kempen Nafas Baru Bermula Ramadan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Setiap minggu pelajar akan berkongsi maklumat  rokok/dadah/inhalan diperhimpunan sesi pagi.
        Tindakan : Makluman

7.0   Laporan Penyelaras Tingkatan

7.1 Pn. Lee Wan Yee  memaklumkan mengenai masalah bahasa yang dihadapi para pelajar peralihan dan  aduan dari ibu bapa mengenai masalah peras ugut yang berlaku di kawasan tandas sekolah.
    Tindakan: En Masrizal/Puan Rozinani
7.2  Puan Haslina Hashim memaklumkan ibu bapa banyak memberikan komen mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan masalah peras ugut di kawasan tandas sekolah.
                                                               Tindakan: En Masrizal/Puan Rozinani

7.3  Puan Umizam mencadangkan agar pihak sekolah memilih sama ada untuk  
 menjalankan peperiksaan atau tidak agar tidak timbul masalah atau isu berkaitan PBS
                                                            Tindakan: Pengetua





















4.4.4     Puan Sapura Amat meminta agar masalah PBS dipanjangkan kepada pengetua untuk tindakan lanjut supaya tidak menimbulkan masalah kepada ibu bapa, pelajar dan guru.
      Tindakan: Puan Sapura

4.4.5     Puan Farah memaklumkan ada ibu bapa yang memberikan cadangan agar salinan penetapan target PMR dibuat salinan untuk ibu bapa.
                                                                   Tindakan : Encik Che Mohamad Padali

4.4.6     Puan Farah memaklumkan mengenai simbol TMTPM yang tidak difahami
oleh ibu bapa. Ia bermaksud tidak menguasai tahap pencapaian minima yang diperlukan atau gagal. Puan Farah memaklumkan bahawa nama penuh bagi singkatan TMTPM itu telah dinyatakan untuk perhatian guru kelas.
                                                                                 Tindakan: Makluman

4.4.7     Puan Roszita Mohd Toff memaklumkan aduan ibu bapa mengenai anak  
mereka yang leka dengan gajet di rumah dan permainan internet di kafe siber.
                                                          Tindakan : Unit Bimbingan Kaunseling

4.4.8     Pn Tan Nyok Moi memaklumkan mengenai ibu bapa yang risau dengan mata pelajaran Matematik anaknya kerana kelas tersebut telah lama tidak mempunyai guru yang mengajar Matematik.
                                                     Tindakan ; Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum


5.0 Hal-Hal Lain
     Tiada

6.0 Penutup
     Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.


Disediakan oleh,                                                       


( Puan Nurhaiza Che Mat)                                        
Guru Kaunseling                                                      







 

Telegram Channel