Total Pageviews

3 October 2013

Ceroboh pagi hari

Selamat malam!

Nak bercakap tentang perkara yang mencemaskan berlaku ! 

Sewaktu bersiap nak ke pagar untuk mengawasi sambutan pelajar di pintu pagar sekolah, tiba - tiba seorang lelaki  bermotorsikal datang dari pagar sekolah sambil press minyak motor dengan sangat kuat . Semakin kuat motorsikal itu datang sehingga berani ke kolam air di hadapan pejabat sambil terus press minyak motorsikalnya. 

Saya terkejut melihat motorsikal itu bergerak sehingga memasuki ke kawasan tapak perhimpunan yang dipenuhi oleh para pelajar yang sedang beratur untuk menunggu masa perhimpunan! Penunggang motorsikal itu masih press minyak motornya dengan kuat sambil merenung pelajar - pelajar di situ.
Bimbang sesuatu buruk berlaku, saya terus menjerit agar semua pelajar bersurai dari tapak perhimpunan dan terus beredar ke tepi kaki lima. Saya terus meminta seorang guru yang berhampiran untuk meminta bantuan staf pejabat yang berhampiran untuk mengawal keadaan. 

Saya terus berlari ke dalam kawasan tapak perhimpunan dan meminta semua pelajar keluar dari kawasan tapak perhimpunan dengan segera. Tidak lama kemudian, ahli RELA dan pengawal keselamatan datang membantu dan membawa lelaki itu keluar dari tapak perhimpunan. Pengetua hadir tidak lama kemudian dan saya menjelaskan mengenai kelakuan pelik lelaki itu. Pengetua tidak mahu lelaki itu dilepaskan begitu sahaja dan ingin membuat laporan polis. Oleh kerana saya mempunyai tugasan di luar pagi ini, maka seorang guru lagi perlu membuat laporan polis.

Saya masih lagi dapat merasakan degupan jantung saya yang berdegup kencang dengan peristiwa cemas itu. Selesai tugasan di luar, PK HEM memaklumkan bahawa lelaki itu adalah bekas pelajar sekolah ini juga. Hasil ujian dadah mendapati negatif bahawa ia tidak berada di bawah pengaruh dadah sewaktu menceroboh masuk ke dalam sekolah. Lelaki itu dibawa ke balai polis dan hati keibuan PK HEM sangat sayu kerana ia adalah bekas pelajar sekolah ini. Memandangkan ia adalah kes polis sekarang, maka saya kena mengorek dokumen dokumen lama yang bersangkutan dengan lelaki ini untuk mendapatkan latar belakang yang jelas mengenai lelaki tersebut.

Ibu lelaki itu telah hadir ke sekolah dan memohon agar kes ditarik balik dengan memberikan alasan bahawa anaknya mempunyai masalah. Walau bagaimanapun pengetua masih mengekalkan keputusannya untuk membuat laporan polis kerana bimbang apabila membayangkan tindakan lelaki itu yang boleh membawa kecederaan dan kemudaratan kepada para pelajar. Pihak sekolah percaya sekiranya benar lelaki itu mempunyai masalah mental, pihak hospital akan mengesahkannya. 

Walaubagaimanapun syukur kerana tidak ada perkara buruk yang terjadi...and hopefully student PMR tidak terjejas emosi kerana terkejut melihat peristiwa yang mencemaskan itu tadi. Nampaknya tugas saya selepas ni berjumpa dengan adik beradik kepada bekas pelajar itu yang masih berada di sini untuk make sure sejauh mana tempias tindakan abang mereka memberi kesan psikologi kepada mereka.


No comments: