2 October 2013

Sambutan Hari Warga Emas Negara (DWEN)

Salam Oktober! 

October,
Will always be my favourite month
I will cherish day by day
In this beautiful month
To keep positive aura around me
& continously october
Will and always
Still my number one.

1 Oktober  merupakan Hari Warga Emas Kebangsaan.  Malaysia telah mengisytiharkan 1 Oktober setiap tahun sebagai Hari  Perutusan mengenai Dasar Warga Emas Kebangsaan sejak 1992 lagi, tetapi tidak ramai yang aware dengan tarikh ini. Warga Tua diiktiraf sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai warga tua di Vienna pada 1982. Menjelang 2020 Malaysia mempunyai 12 % warga emas.

Apabila Kementerian Pendidikan meletakkan projek Dasar Warga Emas Negara atau dengan istilah ringkasnya DWEN untuk panitia Sivik dengan kerjasama Unit Kaunseling sekolah dan laporan disediakan oleh guru kaunseling pada tahun ini, barulah usaha nak mempromosikan dan menggalakkan pelajar dan warga sekolah mengetahui mengenai Dasar Warga Emas ini dengan lebih baik. 

Antara projek yang dijalankan di bawah DWEN ini ialah :
1) Membaca perutusan Ketua Setiausaha KPM sempena Hari Warga Emas pada 1 Oktober
2) Menjawab soal selidik yang disediakan oleh pihak KPM 
3) Mengadakan lawatan amal ke rumah orang - orang tua
4) Memberikan penghargaan kepada warga tua

Memetik kata-kata perutusan KSU KPM yang dibacakan oleh Fatinah AJK PRS di tapak perhimpunan semalam:

Sebagai anak kita perlu mematuhi , mentaati dan berbuat baik kepada orang tua terutama sekali kedua ibu bapa kita yang menjadi amalan wajib dan mulia serta harus berterusan. Anak-anak perlu menjaga ibu bapa semasa ibu bapa sihat atau ketika mereka sakit seperti menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal selesa dan sebagainya. Ia bukan tanggungjawab sosial tetapi tuntutan agama.

Sebagai generasi muda, murid-murid menjadi harapan dan pewaris negara di masa hadapan. Oleh itu, ambillah peluang dan kesempatan yang ada sekarang untuk menyematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan negara. Murid - murid, jadilah generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan.  Ingatlah! usia muda tidak kekal selama-lamanya, akan tiba masanya kita juga menjadi tua. Dan pastinya , tiada seorang pun daripada kita yang mahu diabaikan apabila usia mencecah tua. Kerana itu, hormatilah dan berbuat baiklah kepada orang tua sepanjang hidup kita, nescaya semua orang di sekeliling kita juga akan menghormati dan berbuat baik kepada kita.

Hargailah warga emas!!

 

Telegram Channel