Total Pageviews

13 October 2013

Hi Tea - Menara Kuala Lumpur

Hi- tea up..up..up...up to the sky.

Hari ni attend hi -tea di Menara kl pula bagi meraikan pengawas sekolah ting 5 yang bersara. Pada mulanya kami merancang pakej lunch dengan harga lebih kurang rm88 seorang tetapi oleh sebab terlalu penuh dan padat, maka kami terpaksa memilih hi -tea which cost cheaper than lunch rasanya rm 66 itupun menyelit dengan event lain.

Dengan pakej tu, kami boleh berjalan jalan dan melawat anjung tinjau dan menikmati pemandangan alam Kuala Lumpur. Dan bermula 3.30 petang kami mula dibenarkan masuk ke kawasan restoren berputar Menara Kuala Lumpur. 

Apa yang menarik ialah tempat meja makan diputarkan agar kita dapat menikmati pemandangan Kuala Lumpur. Pada mulanya saya terasa pening..tak sure sebab gayat ke atau sebab terasa cam berpusing, but then after 20 minutes ok dah. 

Makanan dihidang ala buffet seperti nasi goreng Cina, mee goreng mamak yg superb, roti jala dan kari ayam, mee rebus, kupang..huhu the best. Aneka kuih muih , dessert biasala tu. Memang kurang variety dari hi tea restoren atau hotel di bawah sana dengan harga yang sama tetapi yg penting kelainan dan keistimewaan nya ialah nun jauh di langit membiru restoren ini terletak.

Susunatur restoren ni memang sangat eksklusif. 20 minit pertama group kami sampai dulu then kami boleh mengambil makanan dan makan dengan tenang. but then bila 2 group lagi datang maybe jamuan akhir tahun dengan cabutan bertuah dan hamper hamper memangla suasana eksklusif jadi kureng skit dan ruang buffet mula dipenuhi dan berbaris panjang.
Suara juruacara dari dua event ..satu group sebelah kanan dan satu group sebelah kiri masing masing dari sekolah juga sudah cukup membayangkan betapa happeningnya restoren ni ketika ini.

Yang menarik bab toilet yg canggih hingga toilet bowl ada 6 jenis punat untuk ditekan..dan student perempuan berbisik pada cikgu nak tanya camne nak guna niii..huhu kenala cikgu masuk toilet buat eksperimen dulu nak bagi info camne guna. 2 jam di sini memang berbaloi untuk menikmati pemandangan yang mengasyikkan dahla cuaca berubah dari panas-mendung- hujan renyai - lebat.

Hopefully yang diraikan iaitu senior pengawas sekolah gembira dan enjoy makan di sini.

No comments: