Total Pageviews

12 November 2013

Eksplorasi Alam Kerjaya Juruterbang: Asia Pasific Flight Training



http://www.apft.edu.my/www.apft.edu.my

Projek tahun lepas untuk para pelajar menikmati pengalaman dan kursus yang perlu diceburi sebelum layak menjadi juruterbang. Rombongan UBK seramai 4 cikgu, seorang bekas pelajar dan 8 pelajar iaitu 4 untuk projek folio kerjaya dan 4 lagi untuk projek EAK Karnival Kaunseling Kerjaya. Kami ke Kelantan dengan mendapat tajaan dari PIBG dan menggunakan duit kokurikulum dan PCG Kaunseling. Maklumlah cecah beribu juga perbelanjaan apabila menyewa van selama 3 hari 2 malam. Kami menumpang penginapan di rumah bekas guru kaunseling iaitu Jawahir Abdullah yang telah berpindah ke Kelantan. Menikmati makan malam di rumah Rozinani guru kaunseling sekolah huhuhu sebenarnya dari 4 guru kaunseling sekolah ini hanya saya sahaja yang bukan orang Kelantan....maka teruja nak ke Kelantan tu sama naik dengan student. 

Pengalaman yang menyeronokkan apabila dilayan dengan baik. Saya mendapat nombor telefon personalia untuk dihubungi melalui sepupu saya yang sedang menjalani kursus juruterbang. Yang menariknya, apabila pegawai yang dihubungi memaklumkan bahawa jika pelajar berminat untuk merasai pengalaman simulasi dibenarkan di kampus Kelantan. Apalagi adjust tarikh terus ke Kelantan sewaktu cuti sekolah bulan Jun 2012. 

Dari ramai -ramai student yang mencuba simulasi kapal terbang itu, hanya seorang sahaja yang dapat memandu dan mendarat dengan baik iaitu Aizad dan kini dia berada dalam kursus juruterbang..;) menarik bukan....apabila pengalaman itu hampir menjadi kenyataan. Melalui temubual, pelajar sangat seronok bertanya lebih lanjut mengenai gaji dan keistimewaan menjadi juruterbang. Juruterbang melayan dengan baik setiap pertanyaan dan membuka mata kepada pelajar dalam bidang penerbangan ini lebih banyak kerjaya sebenarnya yang ditawarkan seperti trafic airport, dan sebagainya. Pengalaman yang berbaloi selama 3 hari 2 malam....memang penat yang penting kepuasan pelajar merasai sendiri dan bertanya dengan terus tentang isu -isu yang mereka ingin tahu lebih mendalam. Mereka juga dibawa ke hangar dan melihat operasi dijalankan dan apa yang perlu prosedur pilot lalui dari A hingga kenderaan diterbangkan. Pihak pengurusan di sini juga melayan dengan baik dan sabar setiap pertanyaan student. Dari kemudahan yang terdapat di sini, ia adalah antara tempat terbaik latihan penerbangan di Malaysia.
























No comments: