Total Pageviews

12 November 2013

Eksplorasi Alam Kerjaya : Doktor Pakar Forensik


Semoga kalian cemerlang
Dalam apa jua bidang

Batch 2011 menjalankan folio kerjaya bertajuk pakar forensik. Masa ini kami pisah dengan geng EAK kerana tajuk forensik sukar divideokan part part yang menarik berbeza dengan projek  folio kerjaya , student hanya perlu merakam gambar dan memberikan maklumat sahaja dengan kreativiti persembahan folio kerjaya. Kalau diikutkan gambar -gambar ini memang macam tak best tapi yang penting pelajar ini dapat menemubual sendiri pakar forensik yang terkenal di HUKM ini yang selalu mengendalikan kes berprofil yang mendapat liputan akhbar. Pengalaman dan cerita dari pakar forensik inilah yang faktor penarik atau faktor penolak pelajar untuk menceburi bidang ini kerana mereka  benar-benar dapat menyelami spesifikasi kerja doktor forensik.

Pelajar menemubual doktor forensik di HUKM dan oleh kerana kami tahu beban kerja doktor forensik yang sentiasa sibuk kami sempat pergi bergambar sekali sahaja. Folio kerjaya ini mendapat johan dengan pengisian yang menarik tetapi tidak dapat disimpan oleh UBK kerana menjadi hak milik penganjur.

Peserta folio kerjaya: Zhafran, Mashmera, Azanah dan Adlina







No comments: