Total Pageviews

4 November 2013

Cuci mata Travel To Ao Nang , Krabi,Thailand


Hotel kami Krabi Heritage Hotel terletak di Ao Nang berdekatan dengan pekan yang sangat happening especially pada waktu malam mengingatkan saya kepada Batu Feringgi di Penang. Cuma kat sini terlalu banyak pusat rumah urut dari depan hotel sepanjang berjalan kaki ke pantai Ao Nang dengan pelbagai pakej urutan yang ditawarkan. Apalagi hampir setiap hari kami mengurut bayangkan dengan pakej serendah RM30 sahaja dapat urut satu badan selama sejam lebih dan ada yang serendah RM 10 untuk part badan yang kita nak.
Kami menyewa teksi bermotorsikal untuk mengelilingi pekan Ao nang ni. Perkhidmatan motorsikal juga disediakan untuk disewa tetapi oleh kerana minyak perlu diisi sendiri entah kat mana stesen minyaknya dan yang paling berat hati kena tinggalkan pasport jugak tu yang rela sewa teksi bermotorsikal jer untuk pusing keliling pulau sambil bergambar sakan.
Gerai pancake yg menjual beraneka pancake buah seperti pisang, nanas mesti dicuba sebab memang sedap dan boleh didapati di gerai sepanjang jalan sahaja. Minuman shake buah buahan juga boleh didapati dengan mudah dan di sini memang terkenal dengan buah yang fresh dan buah nanas merupakan buah yang wajib dicuba di sini kerana terkenal dengan kemanisan dan kesegarannya. Hampir semua makanan di hotel dan restoren yang kami pergi akan menjamu nanas sebagai pencuci mulut yang utama.

Kebanyakan kedai menjual pelbagai barang cenderamata yang boleh tawar menawar so macam macam karenah penjual menarik pelanggan. Tapi harga di pasar malam yang kami pergi semalam lagi murah dan boleh ditawar lagi ke harga lantai. Mujurla banyak cenderamata yang dah diborong di sana.







No comments: