8 July 2022

Ikrar Hentikan Buli Peringkat Sekolah Dan Teks Pengacara





TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM KESEDARAN HENTIKAN BULI PERINGKAT SEKOLAH

 

Aturcara

Teks

 

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

 

Terima kasih diucapkan kepada pengawas bertugas.

 

Merah pakaian berseri indah,

Bertemu saudara, sahabat lama,

Ucapan aluan pembuka madah,

Di dataran ceria kita bersama.

 

Assalamualikum w.b.t dan selamat sejahtera.

 

Yang dihormati Encik Ahmadi bin Ab Ghani

Yang Dipertua PIBG SMK Seri Bintang Selatan

 

Yang dihormati Tuan Inspektor Muhamad Firdaus bin Eber

Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Cheras

 

Yang berusaha

 

Puan Salina binti Abdul Manaf

Penolong Kanan Pentadbiran

 

Puan Hamimah Binti Shamsuddin

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Encik Seow Cheng Piang

Penolong Kanan Kokurikulum

 

Guru-guru ketua bidang

 

Guru-guru kaunseling

 

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul pada pagi yang indah lagi ceria untuk bersama-sama menjayakan Program Kesedaran Hentikan Buli Peringkat SMK Seri Bintang Selatan Tahun 2022.

 

 

 

 

 

 

BACAAN DOA

 

Hadirin yang dihormati sekalian,

 

Bagi menambah keberkatan majlis, majlis mempersilakan saudara Muhammad Azim bin Khadir dari 5 Meranti untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

 

Selesai bacaan doa

 

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Muhammad Azim atas bacaan doa itu tadi.

 

 

UCAPAN YDP PIBG

 

Sidang hadirin sekalian,

 

Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Encik Ahmadi bin Ab Ghani, YDP PIBG SMK Seri Bintang Selatan untuk menyampaikan sepatah dua kata buat warga SMK Seri Bintang Selatan.

Majlis mempersilakan.

 

Selesai ucapan

 

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmadi bin Ab Ghani atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

 

 

CERAMAH

 

Agenda majlis diteruskan lagi dengan perkongsian Program Kesedaran Hentikan Buli tahun 2022 yang akan disampaikan oleh Yang dihormati Tuan Inspektor Muhamad Firdaus bin Eber selaku Pegawai Perhubungan Sekolah dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras.

 

Dipersilakan.

 

Selesai ceramah

 

Terima kasih diucapkan kepada Inspektor Muhamad Firdaus Bin Eber atas perkongsian itu tadi.

 

 

IKRAR HENTIKAN BULI

 

Kini, majlis menjemput Saudara Low Jun Yan untuk naik ke pentas bagi mengetuai bacaan ikrar Hentikan Buli. Dipersilakan.

 

Hadirin dipersilakan berdiri.

 

 

PENUTUP

 

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi, maka tamatlah sudah Program Kesedaran Hentikan Buli Peringkat Sekolah. Semoga semua hadirin mendapat manfaat.

 

Sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada Inspektor Muhamad Firdaus Bin Eber, dipersilakan Puan Salina untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan.

 

Sekian sahaja dari kami.

#Hentikan Buli

 

 


Ikrar 





Something to ponder


 

Telegram Channel