26 December 2013

Kedinginan Nuwara Eliya, Sri Lanka

Kedinginan dan kesejukan
Di tanah tinggi Nuwara Eliya

Selamat pagi semua. 
Jam baru pukul 5 waktu tempatan dan cuaca macam semalam dengan hujan yang turun menambahkan kesejukan pagi hari. Pagi ni kami breakfast di Glenn Falls Inn seperti breakfast semalam tapi dengan air teh. Kami bertolak ke pekan Nuwara Eliya untuk membeli sarung tangan dan sarung kaki kerana tidak tahan dengan cuaca dingin di tempat ini. Setelah memborong jaket, sarung tangan dan kaki kami memulakan perjalanan ke ladang teh Mackwoods . Disini kami melihat kaum perempuan mula memetik daun teh dari lereng lereng tanah tinggi. Kami juga berposing ala ala memetik daun teh... huhuhu dan bergambar bersama mereka. Dari sini kami dapat melihat keindahan Nuwara Eliya dari atas. Kami dibawa melawat kuil yg tertinggi di Nuwara Eliya iaitu kuil Single Tree Temple. Kemudian kami ke pusat rawatan Ayuverda Thilaka dan mencuba urutan Ayuverda badan, kepala, leher, kaki dan akhir sekali masuk ke dalam bekas stim selama sejam dengan bayaran 30,000  rupee. Berlumba lumba mengeluarkan angin badan dengan Ida sambil tergelak gelak apabila diurut. Kami difahamkan yang pekerja yang mengurut kami beragama Kristian tetapi mereka tidak bercuti dan dari perbualan dengan mereka, mereka tidak pernah bercuti kerana gaji mereka dibayar harian. Kemudian kami menuju ke Oak Ray Tree Bush Ramboda kira kira 40 minit perjalanan. Wow sewaktu menuruni ke bawah seperti diduga, mabuk selok belok saya datang balik..apalagi cara paling selamat tidur jelarr. Apa yang menarik untuk saya ceritakan mengenai pengalaman sewaktu menuruni tanah tinggi ini ialah kecekalan seorang budak lelaki yg asyik mengekori kereta kami untuk menjual bunga bungaan dari atas ke bawah. Bayangkan kami membelok sahaja budak lelaki itu akan muncul dan akhir sekali setelah 4 kali dia muncul dihadapan kami kerana bersungguh sungguh mengejar kami, akhirnya kami berhenti dan membeli bunganya sebanyak 400 rupee untuk 5 kuntum bunga. Actually budak lelaki ini menjual sejambak bunga dengan harga 500 rupee tetapi mana mungkin untuk kami membawa bunga itu ke sana kemari. Kami membeli sebagai tanda penghargaan atas kecekalan budak ini mencari rezeki. Bayangkan dia mengejar kami dari atas tanah tinggi hingga ke bawah yang memakan masa 20 minit perjalanan kereta. Akhirnya kami tiba juga di Restoren Oak Ray Tree Bush Ramboda yang mana saya difahamkan yang pemilik restoren ini ialah pemilik yang sama iaitu Isani Gems patutla macam confuse kenapa restoren ini menjual gems. Sempat lagi saya muntah sebaik sahaja turun kereta. Kat sini terlalu banyak peminta sedekah yang mengekori kami terutama peminta sedekah perempuan. 
Pemandangan menikmati makanan di sini ialah wow!! dengan gunung ganang yang cantik, air terjun dan kehijauan alam. Bayaran 1200 rupee untuk buffet sangat berbaloi dengan pilihan makanan India dan western. Saya mencuba makan nasi merah dengan pilihan ayam kurma, ikan. Sup ginger yang perghhh terasa sungguh kesegaran halianya. Menu biji jagung yang digaul dengan ikan tuna juga agak menarik untuk dicuba. Setelah itu kami pun berposing di restoran ini berlatarbelakangkan pemandangan indah. Setelah itu kami ke Ramboda Waterfall yg terletak 10 minit dari restoran ini. Wahhhh pemandangan sangat cantik apalagi kami berposing sakan di Ramboda Waterfall. Untuk ke Ramboda Waterfall kami perlu melalui restoran Ramboda.  Sejam disini kami terus menuju ke pekan Nuwara Eliya dan singgah di Masjid Al Kabeer Grand. Masjid ini kelihatan moden dan bangunan besar. Kemudian kami singgah di kedai runcit untuk membeli biskut. Label halal mudah didapati dan tidak sukar mencari makanan halal. Kemudian kami ke Taman Tasik Gregory di pekan Nuwara Eliya. Bayaran masuk untuk ke taman tasik ini ialah 200 rupee sahaja dan sewa basikal hanya 100 rupee. Saya dan Wati menyewa basikal tetapi route basikal hanya pendek sahaja bukannya mengelilingi sekeliling tasik. Berbasikal dalam taman tasik dengan udara sejuk yg bertiup memang best dari waktu petang hinggalah gelap walaupun baru pukul 7 malam waktu tempatan.Kami berpeluang menikmati pemandangan matahari terbenam. Udara semakin sejuk dan kami pulang ke rumah penginapan.
Tiba di Glenn Falls Inn cuaca bertambah sejuk sehingga saya memakai 3 lapis pakaian, setokin dan sarung tangan. Tempat ini memang cantik tetapi saya benar benar suffer kat sini...huhuhu dahlah turun naik dengan jalan yang sangat berbelok belok hingga saya muntah dan mabuk teruk. Bila berhenti di sesuatu tempat pula,hidung saya sakit tiap kali menyedut udara sejuk. Sebab tu saya tak sabar sabar nak tinggalkan tempat ni cukuplah 2 hari sahaja berada di sini. 
 

Telegram Channel