10 December 2013

Perasmian Lorong Minda Sihat 2013


Remember your bad day
Not bad life !

Perasmian Laluan Minda Sihat disempurnakan oleh Dr Nazeerah dari Klinik Kesihatan Cheras pada awal tahun 2013. Dengan adanya laluan Minda Sihat ini, warga sekolah dapat menjadikan sumber rujukan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pentingnya menjaga kesihatan mental, teknik relaksasi yang betul dan info mengenai teknik IDEAL. Sebelum pelancaran, aktiviti ceramah Minda Sihat dan teknik relaksasi ditunjukkan oleh SN Najmi yang keletah dan berjaya menarik minat pelajar. Terima kasih kepada ahli PRS saya batch 2012/2013 yang bertungkus lumus menceriakan laluan ini dan membuat hiasan reben untuk acara potong reben perasmian laluan. Melalui pelancaran ini, warga sekolah sedar wujudnya info di laluan strategik tersebut. gambar yang diambil awal tahun 2013...dan sekarang saya tengah memikirkan untuk perasmian wakaf Minda Sihat pula.







 

Telegram Channel