Selamat pagi
Highway PLUS
Kajang-Kluang
Highway PLUS
Kajang-Kluang
Apabila boss baru call tanya pasal program mentor mantee permata so mengadapla dia face to face semalam dan bentang pasal program ni. Program permata mentor mantee ialah satu program di bawah kaunseling berfokus. Apabila pengetua Pn Sity Rohane sewaktu 2010 dulu minta agar cream of the cream student dijaga agar dapat membantu peningkatan keputusan akademik PMR dan SPM peringkat sekolah, saya hanya jadikan salah satu dari aktiviti kaunseling berfokus cemerlang ni iaitu projek mentor mantee permata. Projek ini memerlukan pelajar mempunyai mentor kaunseling untuk menjaga psikososial mereka dan mentor akademik yg terdiri dari guru mata pelajaran yg student belum memperolehi A dalam subjek tersebut. Dan saya gabungkan lagi projek keibubapaan UBK dengan memanggil ibu bapa projek mentor mantee permata ini untuk diberikan taklimat. Well pakej tiga dalam satu. Projek ini berjaya untuk sasaran akademik meningkat.
Ni paperwork sepanjang tahun untuk projek ini.
1.0 PENGENALAN
Program
Mentor Mantee merupakan program yang julung kalinya dijalankan untuk
meningkatkan prestasi akademik pelajar.Ia perlu dilaksanakan bagi mewujudkan
satu suasana harmoni di kalangan
komuniti sekolah menengah khususnya antara guru dan pelajar. Kerjasama
yang padu antara guru dan pelajar amat diharapkan untuk kejayaan program ini. Sistem
mentor terdiri dari komponen sistem bimbingan di mana mentor bertindak sebagai
seorang ibu/ bapa angkat yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar serta
bimbingan berguna kepada sebilangan pelajar. Menerusi program ini, pelajar akan
didampingi dengan lebih rapat oleh mentor mereka.
Mentor
terdiri dari kalangan guru mata pelajaran yang dilantik untuk membimbing
meningkatkan perkembangan potensi diri murid dalam mata pelajaran yang agak
lemah. Manakala mantee terdiri dari pelajar yang telah dikenal pasti yang akan
dibantu oleh mentor dalam proses diberikan bimbingan dan sokongan secara profesional untuk melonjakkan markah akademik pelajar
dalam mata pelajaran.
Mentor
juga terdiri dari kalangan guru bimbingan dan kaunseling agar pelajar dapat
dibimbing untuk membina keyakinan yang teguh kepada setiap pelajar supaya dapat
belajar dengan sempurna dalam suasana kekeluargaan. Pelajar juga digalakkan dan
dipupuk perkembangan nilai-nilai murni dalam hidup pelajar dan diberikan
bimbingan dan sokongan secara
profesional yang memerlukan bantuan
untuk pembangunan kendiri seorang
pelajar.
2.0 OBJEKTIF
1)
Mewujudkan budaya penyayang
di kalangan guru dan murid dengan menerapkan sifat bertolak ansur serta saling
percaya mempercayai antara satu sama lain
2)
Agar pelajar berusaha
mempertingkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum.
3)
Pelajar dan guru bekerjasama
untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek.
4) Membimbing pelajar agar
menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat.
3.0 SASARAN
25 pelajar yang
berpotensi cemerlang dalam PMR
25 pelajar berpotensi cemerlang dalam SPM
4.0 TARIKH
PMR : April – Oktober
2014
SPM : April – November 2014
5.0 MATLAMAT
Bagi keputusan SPM sebenar:
Pelajar
memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A dan C bagi mata pelajaran lain
Bagi
keputusan PMR sebenar:
Pelajar
memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A dan B bagi mata pelajaran lain
6.0 AHLI JAWATANKUASA
AJK Induk
Pengerusi : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
Naib
Pengerusi : Encik Mohamed Jamil
Bin Abdul Samad
Setiausaha PMR
: Pn Nor Asyikin Ho Bt Abdullah
Setiausaha SPM
: Puan Looi Li Eng
Naib Setiausaha
: Pn Nurhaiza Bt Che Mat
7.0 TENTATIF PROGRAM UNTUK 2014
TARIKH
|
AKTIVITI
|
SASARAN
|
13-
22 Februari
|
Pemilihan
mantee dan mentor oleh AJK
|
Pelajar
cemerlang akademik Ting 3 dan Ting 5
|
28
Januari
|
Penetapan
Matlamat PMR
|
Pelajar
mantee permata
|
29
Januari
|
Penetapan
Matlamat SPM
|
Pelajar
mantee permata
|
1
April
|
Pengedaran
surat jemputan kepada ibu-bapa mantee
|
Mantee
|
5
April
|
Perjumpaan
dengan ibu bapa mantee
|
Pentadbir,
PIBG, Ibu bapa
|
10
April
|
Taklimat
kepada mentor terpilih
|
Mentor
|
15 April
- November
|
Perjumpaan
mantee dengan mentor
|
Mentor
dan mantee
|
15
April 2014
|
Lawatan
ke IPT
|
Mantee
Ting 5
|
7
Julai
|
Bengkel
Motivasi
|
Mantee
Ting 3 dan 5
|
23
September 2014
|
Pecutan
Akhir PMR
|
Mantee
Ting 3
|
15
Oktober 2014
|
Pecutan
Akhir SPM
|
Mantee
Ting 5
|
31
Oktober
|
Memulangkan
kad laporan mentor mantee Ting 3 kepada penyelaras.
|
Mantee
|
5
November
|
Memulangkan
kad laporan mentor mantee Ting 5 kepada penyelaras.
|
Mantee
|
Kepada:
_______________________
Tuan/Puan,
JEMPUTAN
MENGHADIRI TAKLIMAT PROGRAM MENTOR MANTEE
Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan __________________________
terpilih untuk program mentor-mantee anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling.
Program bertujuan untuk membimbing murid-murid yang berpotensi cemerlang untuk
mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang.
2. Pihak sekolah menjemput ibu bapa untuk meluangkan masa hadir ke
taklimat ini kerana hanya 50 pelajar SPM sahaja yang bertuah terlibat dengan
program ini. Kerjasama dari ibu / bapa / penjaga untuk program ini sangat
diperlukan.
3. Satu
taklimat berkaitan program tersebut akan diadakan:
Tarikh : 5 April
2014
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Cheras
4. Segala
pertanyaan dan maklumat lanjut , sila kemukakan kepada setiausaha program Pn
Nurhaiza Bt Che Mat 012-2362046. Sekian.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
__________________________
(KAMARIAH BT ABU)
Pengetua SMK Cheras
Pengetua
_______________________________________________________________________________
Kepada :
Puan Pengetua
JEMPUTAN
MENDENGAR TAKLIMAT PROGRAM MENTOR MANTEE PERMATA
Merujuk kepada perkara di atas, saya ibu/bapa/penjaga
_________________________
kepada _________________________________ dari Tingkatan
________
hadir/ tidak dapat hadir ke taklimat ini pada tarikh
____________.
Yang benar,
___________________________
(NAMA: )
Nombor Telefon: