Total Pageviews

15 April 2014

Penghakiman Bilik Kaunseling Tercantik Zon Pudu

Lega...
Raikan di Restoran Murni
Cawangan Sri Permaisuri
Pada hari pertama operasi

Penghakiman bilik kaunseling tercantik peringkat Zon. Bagi tahun 2014 ni mmg banyak ubahsuai yg kami jalankan dalam bilik kaunseling seperti entri blog saya sebelum ni. Memang tahun ni nak all out apa sahaja pertandingan nak masuk. Hasilnya dua kali Sabtu kami bergotong royong membersih, menyisihkan barang yang tak diperlukan, menyusun balik barula dapat sebuah bilik kaunseling yang lebih teratur dan teraputik. Hikmah yang saya dapat apabila masuk pertandingan ni. 
Kami mengikut garis panduan penghakiman dan cuba memenuhi garis panduan tersebut. 
Antara cadangan hakim untuk bilik kaunseling kami ialah menampal poster motivasi dalam bilik kaunseling kelompok, menceriakan peti cadangan kami yang usang tu huhu, melabel borang borang kaunseling pada rak borang tersebut, melabel kotak inventori pada bahagian sisi fail untuk memudahkan rujukan dari luar almari cermin, pergerakan guru kaunseling di luar bilik kaunseling untuk memudahkan rujukan pelajar. 
Alhamdulillah banyak juga kekuatan kami dan semua teguran membina itu akan diusahakan. Terima kasih kepada semua hakim yang memberi cadangan yang membina. 


No comments: