13 April 2014

Peranan Kaunselor Bagi Kes Polis

Day 3
Insomnia

Pagi ni ke sekolah mengemas bilik UBK dan menceriakan bilik kaunseling persiapan next week 15 April untuk penghakiman bilik kaunseling tercantik dan 16 April untuk lawatan penanda aras guru kaunseling seramai 80 orang dari PPD Hulu Selangor dan bila dah nak balik pukul 1 tgh hari tu, saya  mendapat panggilan telefon dari kakak student meminta saya ke Ibu Pejabat Polis untuk membantu siasatan kes yang saya handle semalam. Baru nak balik...it means kena stay lagi.

Bertugas sebagai guru kaunseling ni memang direct terus dengan ibu pejabat polis Jalan Hang Tuah bukan sekadar balai polis lagi. Sekiranya student terlibat dengan kes polis saya meminta waris mereka untuk membuat report dan membawa student ke balai polis. Maka saya terus mengambil fail sulit pelajar kes polis itu dan menyediakan laporan untuk pihak polis. Kemudian drive ke balai polis dan berjumpa dengan pegawai penyiasat.

Berhadapan dengan kes apabila yang dituduh ialah ahli keluarga sendiri memang sukar. Sukar dari aspek kerjasama dengan ahli keluarga dan perlu mencari waris yang boleh dipercayai dan memberi kerjasama. Menyakinkan student dan memberi mereka harapan mengenai perlindungan mereka selepas itu adalah satu proses kaunseling yg  memerlukan student merasa selamat. Itu tugas saya agar student melaporkan kes kepada polis dengan rela hati tanpa tekanan..Saya hanya ke di Ibu pejabat polis jika diminta atau menunggu di bilik kaunseling apabila polis ingin statement dari saya. Memang satu perkara yang biasa.

Berada di ibu pejabat polis sampai pagi ke 2 pagi..pernah! Waktu pagi ke tengah hari ke time cuti sekolah ke tak cuti ke memang pernah! Bersedia la mental pulak lepas ni kalo family yang dituduh tu datang marah marah atau nak kena turun naik mahkamah.

Pukul 3.30 ke ibu pejabat polis dan habis statement pukul 6 petang kerana pegawai penyiasat menaip terus laporan soal siasat bersama saya dan meminta saya membacanya dan jika ada dari aspek kesalahan maklumat, laporan akan diedit sehinggalah laporan yang disediakan menepati seperti mana yang saya ceritakan barulah tandatangan laporan tersebut. Selesai je..Redah jem dan tiba di rumah pukul 7.15 malam..well seharian urusan kerja macam hari bekerja pulak.
-My life my choice-
 

Telegram Channel