Total Pageviews

4 May 2014

Intervensi Guru Kaunseling Dalam Gerak Gempur Buku Rekod Kawalan Kelas.

Silence
Is my best medicine

Hari ni sambung kerja menyiapkan kajian tindakan. Sepatutnya pukul 11 pagi tadi dah submit by email kat supervisor tapi skrg pukul 8 malam pun tak email lagi. Nak touch up sikit lagi.
Orait baru boleh share sekarang. 

 
GERAK GEMPUR BUKU REKOD KAWALAN KELAS


Oleh
  Nurhaiza Bt Che Mat
Guru Kaunseling
SMK Cheras

Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan kadar ponteng kelas dalam kalangan pelajar dan di kelas – kelas yang berisiko tinggi untuk ponteng kelas. Data pelajar ponteng kelas diperolehi dari buku kawalan kelas bagi setiap kelas sesi pagi. Kajian dijalankan pada Mac hingga Mei 2013. Tindakan diambil untuk mengurangkan kadar ponteng kelas ialah dengan menambahbaik format buku kawalan kelas dengan memasukkan jenis hukuman dan tindakan yang diambil terhadap pelajar ponteng kelas, menubuhkan jawatankuasa guru penyemak buku kawalan kelas yang terdiri dari guru disiplin dan guru kaunseling, mengadakan tindakan susulan oleh guru disiplin dengan mengenakan hukuman dan pelajar menulis surat akuan kesalahan dan intervensi dari guru kaunseling berbentuk sesi kaunseling individu, kelompok, kaunseling keluarga dan melaksanakan modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sewaktu kelas ganti terutama di kelas kelas berisiko tinggi untuk ponteng kelas. Selain itu, sewaktu acara rasmi sekolah juga diadakan slot penetapan sahsiah dan disiplin murid setiap pagi Khamis di tapak perhimpunan oleh guru kaunseling dan guru disiplin. Akhir sekali ceramah dan bengkel penetapan sahsiah dan disiplin diadakan bagi pelajar dan kelas –kelas yang mempunyai masalah disiplin yang tinggi. Hasil dari tindakan yang dijalankan, penurunan bilangan pelajar ponteng kelas dari Mac hingga Mei 2013. Amalan guru kaunseling dalam melindungi masa instruksional lebih dilihat sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan melalui ceramah, taklimat dan sesi kaunseling yang membolehkan murid belajar secara lebih berkesan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam aspek yang lebih menyeluruh bukan sahaja dalam perkembangan akademik tetapi juga peribadi, kemasyarakatan, sosial dan vokasional.  





1.0       PENDAHULUAN

            Masa instruksional bermaksud suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk lain bertujuan membolehkan murid belajar secara lebih berkesan manakala melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid bermaksud pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006) menyatakan bahawa rasional penubuhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah kerana tugas hakiki guru mata pelajaran ialah mengajar dan tumpuan utama mereka menyampaikan pengetahuan atau membina perkembangan minda pelajar sahaja dan tidak banyak masa yang digunakan untuk membantu pelajar secara langsung tentang perkara – perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran . Oleh itu guru kaunseling ditugaskan dengan program yang tersusun untuk membantu pelajar dalam aspek fizikal mahupun psikososial. Suradi Salim (1996) menekankan antara sebab mengapa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diadakan dan dikukuhkan di sekolah ialah membantu pelajar berkembang dalam semua bidang, menolong pelajar membuat penyesuaian yang paling baik di sekolah dan di luar sekolah, mengenal pasti dan memotivasikan pelajar yang kurang bernasib baik dan mengatasi masalah kemerosotan disiplin. Oleh itu guru kaunseling membantu meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dan melindungi masa instruksional di sekolah.

2.0       LATAR BELAKANG DAN KAJIAN LITERATUR
Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras merupakan sekolah menengah harian biasa di Kuala Lumpur. Sekolah merangka masa instruktional yang ideal, namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkesan kerana faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah atau dalam bilik darjah seperti dari guru sendiri iaitu guru mata pelajaran menghadiri kursus atau mesyuarat di luar atau mengiringi murid dalam akademik atau faktor gangguan dari para pelajar sendiri yang mempunyai masalah disiplin.  Oleh itu guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keberhasilan pembelajaran pelajar dengan meningkatkan masa instruksional di antara guru kaunseling dengan pelajar dan membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar terutama bagi pelajar yang ponteng kelas. Zuraimey Ahmad, Mohd Najib Bin Sapari, A Mohamed Sharif Mustaffa (2008) menyatakan kauseling sebagai proses pembelajaran iaitu proses menolong untuk menyedarkan individu tentang dirinya dan satu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui. Kaunseling keluarga sebagai proses membantu individu yang mempunyai masalah yang berpunca dari institusi sebuah keluarga yang mempunyai perubahan sosial yang mendadak serta konflik nilai dan sikap ahli – ahli keluarga. Lorenzo (2004) dalam kajian kes mengenai kejayaan program mengurangkan bilangan pelajar ponteng sekolah menjelaskan bahawa antara penyumbang kejayaan program ialah sesi kaunseling kelompok, pengawasan dari guru kaunseling setiap hari dan kehadiran ibu bapa ke sekolah. Violeta (2009) juga menjelaskan bahawa intervensi berfokuskan motivasi boleh mengurangkan kadar ponteng dalam kalangan pelajar melalui sesi kaunseling berfokuskan intrinsik untuk mengubah tingkah laku dengan melakukan kontrak dengan pelajar dan teknik pengukuhan untuk menggalakkan pelajar hadir sekolah.

3.0       OBJEKTIF

      1) Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu   
           menyumbang ke arah memperkembangkan minda dan menggilap potensi murid        
      2) Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru mata pelajaran.   
      3) Masalah disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas diminimakan agar dapat  
           membantu perlaksanaan masa instruksional yang lebih berkesan bagi memperbaiki imej diri yang  
           negatif.
      4) Memberi atau  memberi jalan agar pelajar dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental, 
           emosi, kerohanian dan tingkah lakunya dan meningkatkan keberhasilan pembelajarannya.


4.0              KAEDAH PERLAKSANAAN AMALAN TERBAIK

Gerak Gempur Buku Rekod Kawalan Kelas

4.1                              Tinjauan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang ponteng kelas. Masalah pelajar yang ponteng kelas dan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah. Pelajar datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran mereka dicatat sebagai hadir pada hari berkenaan oleh guru kelas tetapi kemudian pelajar ponteng kelas. Pelajar bukan sahaja ponteng dan merayau-rayau di dalam kawasan sekolah bahkan keluar dari kawasan sekolah dan melepak di kawasan Medan Selera atau siber kafeteria di Taman Tenaga, Veledrom dan kawasan yang lain. Perkara ini amat merbahayakan mereka kerana ibu bapa percaya pelajar berada di dalam kawasan sekolah . Oleh itu, guru kaunseling ingin menangani masalah pelajar ponteng kelas yang lebih efisyen melalui pendekatan disiplin dan bimbingan dan kaunseling agar dapat mengawal kadar ponteng kelas. Ini kerana bilangan pelajar yang ponteng kelas pada bulan Januari dan Februari 2013 lebih tinggi dari bulan Januari dan Februari tahun 2012. Data ini agak membimbangkan kerana Februari 2013 hanya mempunyai masa persekolahan selama 2 minggu sahaja.
Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar sesi pagi yang ponteng kelas dari
 Januari hingga April 2012
TING/ BULAN
JANUARI
FEBRUARI
MAC
 APRIL
TING 3
12
10
10
9
TING 4
15
15
14
15
TING 5
5
8
8
8

            Data ini menunjukkan tiada penurunan bilangan pelajar yang ponteng kelas dari bulan ke bulan dan statistik lebih membimbangkan apabila Januari dan Februari 2013 bilangan pelajar ponteng kelas juga mempunyai trend yang hampir serupa seperti pada tahun 2012. Dikhuatiri bilngan pelajar ponteng kelas akan meningkat pada bulan – bulan yang berikutnya jika tindakan segera tidak diambil.


Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar sesi pagi yang ponteng kelas dari
 Januari hingga Februari 2013
TING/ BULAN
JANUARI
FEBRUARI
TING 3
13
14
TING 4
9
8
TING 5
8
10


5.2       Analisis Tinjauan Masalah

1.            Analisis bilangan pelajar ponteng kelas berdasarkan buku kawalan kelas
2.            Analisis bilangan pelajar ponteng kelas di kelas –kelas berisiko untuk diberi perhatian

5.3  Tindakan Yang  Dijalankan

Tindakan 1 : Mengadakan format buku kawalan kelas yang lebih baik.

Penambahbaikan format buku kawalan kelas dengan memasukkan waktu masa pelajar yang ponteng dan tindakan susulan yang diambil dari aspek disiplin dan kaunseling. Guru disiplin akan mengenal pasti nama pelajar yang ponteng untuk diambil tindakan dan mencatatkan dalam buku tersebut hukuman telah dikenakan. Guru kaunseling pula akan mengesan nama murid ponteng kelas dan menjalankan sesi kaunseling individu sewaktu masa persekolahan. Ini kerana bagi kes pelajar bermasalah disiplin, masa instruksional yang sesuai untuk menjalankan sesi kaunseling adalah sewaktu masa persekolahan kerana mereka bersedia untuk menerima kaunseling berbanding selepas waktu persekolahan.
Waktu
Nama pelajar
Catatan
Tandatangan
guru
Tindakan susulan
Hukuman
Tandatangan
Guru Disiplin
Tarikh/Masa























Tindakan 2 : Melantik AJK bagi pengurusan buku kawalan kelas.
Melantik ahli jawatankuasa khas untuk menyemak buku kawalan kelas setiap hari yang terdiri dari guru-guru disiplin dan guru kaunseling yang bertanggungjawab menyelia buku kawalan kelas untuk mengenal pasti pelajar-pelajar ponteng yang akan dikenakan hukuman dan menghadiri sesi kaunseling.

TING
GURU DISIPLIN
GURU KAUNSELING
TING 3
GURU A
NURHAIZA
TING 4
GURU B
4S1 – 4K3 : NURHAIZA
4K4 – 4V3 : CHE PADALI
TING 5
GURU C
CHE PADALI


Tindakan 3 : Tindakan Susulan Oleh Guru Disiplin Dan Guru Kaunseling

Guru disiplin atau guru kaunseling memeriksa buku kawalan kelas sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.


 
Hukuman yang berkesan dijalankan keesokan harinya dengan memanggil pelajar tersebut dari tapak perhimpunan ke bilik disiplin.

Pelajar akan diberikan surat pengakuan kesalahan untuk direkodkan kesalahan pelajar oleh guru disiplin

Guru disiplin mencatatkan dalam buku kawalan kelas hukuman yang telah dijalankan
(Bentuk tindakan seperti amaran keras atau di rotan)

Guru kaunseling memastikan pelajar tersebut menjalani sesi kaunseling individu/kelompok

Pelajar menandatangani surat akujanji/ surat kontrak diri di hadapan guru kaunseling

Bagi kes pelajar ponteng kelas yang berulang lebih 3 kali
Ibu bapa dimaklumkan mengenai kes disiplin oleh guru kelas atau guru disiplin
Kaunseling keluarga dengan ibu bapa dan guru kaunseling

Tindakan 4 : Meningkatkan masa instruksional pelajar berisiko dengan guru kaunseling sewaktu kelas ganti

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi akademik, kerjaya, pembangunan diri murid, psikososial, pendidikan pencegahan dadah dapat dijalankan dengan terancang melalui perancangan modul kelas bimbingan kepada pelajar  mengikut tingkatan sewaktu kelas ganti. Guru kaunseling mempunyai masa instruksionalnya tersendiri dan menggunakan modul kelas ganti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Bagi kelas berisiko pelajar ponteng kelas, kelas tersebut diberi perhatian kerana rekod pelajar menunjukkan kelas tersebut mempunyai bilangan pelajar risiko ponteng kelas lebih dari 5 orang dari data ponteng kelas tahun lepas. Kekerapan perjumpaan antara pelajar dengan guru kaunseling akan membantu meningkatkan sahsiah pelajar di samping sesi kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling akan menggunakan modulnya sendiri dan tidak menggunakan bahan dari guru mata pelajaran yang perlu diganti.

Tindakan 5 : Memenuhi masa instruksional semasa acara rasmi sekolah dengan memasukkan nilai murni yang  dapat diterapkan.
Slot untuk guru kaunseling dan guru disiplin diadakan pada setiap hari Khamis sewaktu perhimpunan pagi pada pukul 7.20 pagi. Pada hari tersebut, guru disiplin akan bergilir-gilir dengan guru kaunseling untuk menerapkan sahsiah dan pemantapan disiplin dalam kalangan pelajar.
Begitu juga untuk aktiviti program dan bengkel berkaitan sahsiah dan disiplin kepada pelajar-pelajar bermasalah disiplin, akan diadakan sewaktu masa persekolahan kerana pihak unit bimbingan dan kaunseling percaya bahawa masa instruksional pelajar di dalam kelas akan lebih baik dan berkesan jika masalah dalam diri pelajar itu dapat dibantu terlebih dahulu untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran mereka. Para pelajar di kelas – kelas berisiko ponteng akan dilibatkan dalam aktiviti ini.


5.0       IMPAK  AMALAN TERBAIK
Setelah menjalankan 5 tindakan di atas, didapati bilangan para pelajar ponteng kelas menurun berbanding pada tahun lepas berdasarkan data ponteng kelas.

Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng kelas dari Januari
hingga April 2013
TING/BULAN
JANUARI
FEBRUARI
MAC
APRIL
MEI

SEBELUM
AWAL KAJIAN
SEMASA
KAJIAN
AKHIR KAJIAN
TING 3
14
14
31
14
10
TING 4
8
8
25
15
8
TING 5
7
7
10
8
6


            Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng kelas di kelas    
            berisiko  dari bulan Januari hingga April 2013
TING/BULAN
JANUARI
FEBRUARI
MAC
APRIL
MEI

              SEBELUM
AWAL
KAJIAN

SEMASA
KAJIAN

AKHIR KAJIAN
 3 DEDIKASI
0
3
5
3
2
 3 GIGIH
2
3
5
3
2
4K3
2
2
3
0
0
4K5
4
3
8
7
4
5K4
1
3
5
2
1
52V
1
0
5
0
0

Buku rekod kawalan kelas merekodkan kehadiran murid dan guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Ia mencatatkan nama murid yang tidak hadir dan murid yang ponteng sekolah. Ia juga penanda aras yang penting bagi mengesan kehadiran guru dalam bilik darjah.. Hasil kajian tindakan yang dijalankan menunjukkan buku kawalan kelas adalah satu dokumen penting yang merekodkan kehadiran guru dan salah laku pelajar. Guru mata pelajaran yang prihatin dengan bilangan pelajar, masalah pelajar lewat masuk kelas dan salah laku pelajar akan membantu dari aspek penurunan bilangan pelajar yang bermasalah dan melindungi masa instruksional guru mata pelajaran mengurus disiplin pelajar. Pihak sekolah mengambil tindakan segera kerana sewaktu kajian ini dijalankan data pelajar ponteng Februari agak membimbangkan walau hanya 2 minggu sesi persekolahan dan dijangkakan peningkatan kadar ponteng kelas yang mendadak pada Mac 2014 kerana pelajar yang ponteng kelas telah dapat mempengaruhi pelajar lain kerana pelajar yang ponteng kelas kerap terlepas dari tindakan disiplin.

 Format buku kawalan kelas yang baru yang mencatatkan hukuman kepada pelajar yang ponteng yang menunjukkan pihak sekolah bersungguh menangani masalah ini dan boleh dirujuk oleh pelajar dan guru mata pelajaran dalam kelas tersebut. Apabila bentuk hukuman juga dicatat dalam buku kawalan kelas, pelajar lain bimbang untuk mengulang kesalahan disiplin yang sama. Tindakan yang diambil sebaik sahaja pelajar tersebut ponteng juga merupakan pengukuhan yang baik agar pelajar tidak mengulang kesalahan tersebut. Komitmen dari guru disiplin dan guru kaunseling  untuk menyemak buku kawalan kelas tersebut setiap hari antara faktor utama pengurangan bilangan pelajar ponteng kelas. Sekiranya pelajar masih mengulang kesalahan tersebut, pelajar bimbang apabila guru menghubungi ibu bapa sama ada melalui surat amaran atau telefon. Ini kerana kebanyakan kes pelajar, apabila guru bertemu ibu bapa pelbagai masalah dari aspek akademik hingga disiplin akan dibincangkan antara ibu bapa dengan guru.

6.0       CADANGAN UNTUK AMALAN TERBAIK
1)      Bekerjasama dengan Jawatankuasa Jadual Guru Ganti Sekolah untuk memberikan guru kaunseling kelas ganti bagi memenuhi masa instruksional guru kaunseling dalam perlaksanaan modul. Apabila Jawatankuasa tersebut memahami keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling maka kelas ganti yang diberikan adalah dari kelas yang berbeza atau kelas yang diperlukan oleh guru kaunseling dalam minggu tersebut untuk menjalankan modul dan bukannya menggunakan modul guru mata pelajaran semata-mata. Ini untuk mengelakkan guru kaunseling dieksploitasikan untuk dijadikan guru ganti pilihan pertama semata – mata hingga ada sekolah yang mencecah 10-15 masa seminggu walhal sesi kaunseling individu dan kelompok juga merupakan masa instruksional guru kaunseling di bilik kaunseling.  

2)      Penguatkuasaan buku kawalan kelas juga perlu dilaksanakan oleh semua guru mata pelajaran dengan mengira dengan betul jumlah pelajar yang terdapat di dalam kelas dan memastikan nama pelajar yang dicatatkan tidak dibuat sambil lewa kerana ia akan menggalakkan pelajar untuk ponteng kelas jika tindakan awal dari guru mata pelajaran sendiri tidak dijalankan. Para pentadbir bertanggungjawab juga untuk memeriksa buku kawalan kelas untuk mengenal pasti guru – guru mata pelajaran yang tidak mencatat kehadiran pelajar.


7.0       KESIMPULAN
Guru kaunseling juga mempunyai masa instruksionalnya yang perlu dilindungi mengikut perancangan tahunannya. Kebanyakan guru atau pentadbir hanya memikirkan mengenai masa instruktional adalah di antara masa pelajar dengan mata pelajaran semata-mata. Oleh kerana itu terdapat sekolah yang tidak membenarkan guru kaunseling menjalankan sesi kaunseling bersama pelajar atau mempersoalkan mengenai keperluan menjalankan program ceramah atau taklimat sewaktu masa pembelajaran akademik. Oleh itu diharapkan melalui penulisan artikel ini, amalan guru kaunseling dalam melindungi masa instruktional lebih dilihat sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan melalui ceramah, taklimat dan sesi kaunseling membolehkan murid belajar secara lebih berkesan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam aspek yang lebih menyeluruh bukan sahaja dalam perkembangan akademik tetapi juga peribadi, kemasyarakatan, sosial dan vokasional.





RUJUKAN
Amla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006), Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.  
        Selangor: UKM.

A.       Trujillo L (2004) . School Truancy : A Case Study Of A Successful Truancy Reduction Model In The Public Schools . UC Davis Jounal Of Juvenile Law And Policy Vol 10:1 pages 69-98 . Retrieved 25 April 2014, from http//www.jjlp.law.ucdavis.edu
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,(2013). Sarana Ibu bapa.  Putrajaya: KPM
Mohamed Fadzil Che Din,(2012). Pengenalan Kaunseling. Kota Bharu:  Excellent Mind  
       Resources

Suradi Salim.(1996). Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Violeta (2009). Motivational Solution Focused Intervention For Reducing School Truancy Among Adolescent. Jounal Cognitive And Behavioral Psychotheraphy Vol 9:2 pages 185-198. Retrieve 25 April 2014, from http//www. scipio.ro/7c37f84b-ccc5-4d35-95cd
Zuraimey Ahmad, Mohd Najib Bin Sapari, A. Mohamed Sharif Mustaffa (2008). Amalan Serta   Peranan Dan Tanggungjawab Kaunselor Di Sekolah Dalam Menangani Masalah Kekeluargaan. Seminar Kaunseling Keluarga. Dicapai pada 25 April 2014 daripada http//www.eprints.utm.my








LAMPIRAN FORMAT BUKU KAWALAN KELAS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS KUALA LUMPUR
TAHUN 2013
SISTEM PEMANTAUAN KEHADIRAN DAN DISIPLIN KELAS
GURU TINGKATAN :                                                                                        TINGKATAN:
Hari

Bilangan Pelajar Dalam Buku Daftar

Kehadiran Hari Ini

Bilangan Tidak Hadir

Nama pelajar-pelajar yang tidak hadir
1.
6.
2.
7.
3.
8.
4.
9.
5.
10.

PEMANTAUAN KEHADIRAN MENGIKUT WAKTU MENGAJAR
Waktu
Mata pelajaran/
Waktu Guru Ganti*
Guru
Bil Pelajar
Tandatangan Guru
1




2




3




4




5




6




7




8




9




10





PELAJAR-PELAJAR YANG TIADA DALAM KELAS/ CATATAN DISIPLIN
Waktu
Nama pelajar
Catatan
T/Guru
Tindakan Susulan




Hukuman
T.T Guru
Disiplin
Tarikh & Masa




























# Guru Ganti diminta mencatatkan No Bahan/ Tajuk Latihan yang diberi semasa menjalankan tugas
                                                                                                                                ____________________________
                                                                                                                                T.T Pengetua/ PK HEM/ PK Petang
                                                                                                                                Tarikh :
LAMPIRAN PERLAKSANAAN
MODUL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI KELAS GANTI
BIL
BIDANG
PERKARA
3A
3B
3C
3D
3E
3G
3J
3L
3M
3S
3T
1
A
K
A
D
E
M
I
K
KEPENTINGAN MATA PELAJARAN











2
KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN











3
KEMAHIRAN MENDENGAR











4
KEMAHIRAN MEMBACA











5
PENGURUSAN MASA











6
KEMAHIRAN MENGINGAT











7
PENEMPATAN SELEPAS PMR











8
K
E
R
J
A
Y
A
HALATUJU SELEPAS PMR











9
MENGENALI POTENSI DIRI











10
HALATUJU DAN PERANCANGAN KERJAYA











11
BIDANG YANG DIMINATI











12
MAKLUMAT KERJAYA











13
PSIKO
SOSIAL
PERKEMBANGAN REMAJA











14
KEIBU
BAPAAN
KOMUNIKASI











15
PERKEMBANGAN INDIVIDU











16
KEPIMPINAN











17
KERUKUNAN











18
PEMBANGUNAN DIRI MURID
SALASILAH KELUARGA











19
BIODATA KELUARGA SAYA











20
TEGAS DIRI











21
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
KONSEP KENDIRI/ PENGHARGAAN KENDIRI






















LAMPIRAN PERLAKSANAAN
MODUL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI KELAS GANTI
BIL
BIDANG
PERKARA
4
S1
4
S2
4
S3
4
K1
4
K2
4
K3
4
K4
4
K5
4
V1
4
2V
1
A
K
A
D
E
M
I
K
KEPENTINGAN MATA PELAJARAN










2
KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN










3
KEMAHIRAN MENDENGAR










4
KEMAHIRAN MEMBACA










5
PENGURUSAN MASA










6
KEMAHIRAN MENGINGAT










7
PEMIKIRAN KREATIF










8
K
E
R
J
A
Y
A
MATA PELAJARAN ELEKTIF










9
SISTEM PERSIJILAN










10
MERITOKRASI










11
UJIAN PERSONALITI/
MINAT KERJAYA










12
MAKLUMAT KERJAYA










13
PSIKO
SOSIAL
KEMAHIRAN ASERTIF










14
KEIBU
BAPAAN
KOMUNIKASI










15
PERKEMBANGAN EMOSI INDIVIDU










16
KEPIMPINAN










17
KERUKUNAN










18
PEMBANGUNAN DIRI MURID
HALANGAN KOMUNIKASI










19
KEMAHIRAN KOMUNIKASI










20
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING










21
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
REMAJA DAN WAWASAN


















LAMPIRAN PERLAKSANAAN
MODUL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BAGI KELAS GANTI
BIL
BIDANG
PERKARA
5
S1
5
S2
5
S3
5
K1
5
K2
5
K3
5
K4
5
K5
5
V1
5
2V
1
A
K
A
D
E
M
I
K
KEPENTINGAN MATA PELAJARAN










2
KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN










3
KEMAHIRAN MENDENGAR










4
KEMAHIRAN MEMBACA










5
PENGURUSAN MASA










6
KEMAHIRAN MENGINGAT










7
PEMIKIRAN KREATIF










8
K
E
R
J
A
Y
A
HALATUJU SELEPAS SPM










9
PINJAMAN DAN BIASISWA










10
MAKLUMAT KERJAYA










11
PENULISAN RESUME










12
PANDUAN TEMUDUGA










13
PSIKO
SOSIAL
KEMAHIRAN MENGURUS STRESS










14
KEIBU
BAPAAN
KEMAHIRAN BERFIKIR










15
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN










16
KERUKUNAN










17
PEMBANGUNAN DIRI MURID
PENILAIAN DIRI










18
PENILAIAN MASYARAKAT










19
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
KESIHATAN DAN KESELAMATAN




















LAMPIRAN BORANG KONTRAK MURID
                                                                                                                                                                                SULIT
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS
KUALA LUMPUR
                                                                                                                                                               
BORANG KONTRAK MURID
NAMA   : _______________________________________
TINGKATAN : _________________

1.      Saya seperti nama di atas mengaku telah melakukan kesalahan berikut:
1.1  _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
1.2  _____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
1.3  ____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2.      Melalui sesi bimbingan yang saya ikuti, saya berjanji tidak akan melakukan kesalahan seperti di atas serta akan berusaha mengubah perlakuan saya kea rah yang lebih positif dan lebih baik mulai sekarang.
3.      Saya sanggup, bersedia diselia dan diawasi oleh pihak sekolah.
4.      Saya juga menerima sebarang denda atau hukuman yang ditetapkan oleh pihak sekolah sekiranya saya melanggar perjanjian ini.



_______________________                                      ________________________
    (Tandatangan Murid)                                              (Tandatangan Guru Bimbingan)


Tarikh : ________________                                       Tarikh : __________________



1 comment:

Anonymous said...

I’m not that much of a internet reader to be honest but your sites really nice, keep it up!

I'll go ahead and bookmark your website to come back in the
future. Many thanks