Total Pageviews

3 May 2014

Kajian Tindakan: Sistem Buku Kawalan Kelas 2012

Sabtu yg tak bekerja
Tak ke sekolah mcm biasa
Setelah sekian lama


Kajian mengenai keberkesanan buku kawalan diteruskan untuk mengawal kadar ponteng kelas sesi 2014. Hari ni nak share hasil kajian tahun 2012 yang saya jalankan untuk mengetahui sejauh mana sistem buku kawalan kelas ini dilaksanakan dan penambahbaikan yang pihak pentadbir sekolah akan lakukan untuk memantapkan lagi sistem buku kawalan kelas ini.



1.0         Refleksi Yang Lalu



Peratus kehadiran pelajar ke sekolah bagi tahun 2011 adalah lemah kerana hanya 85% sahaja pelajar yang hadir setiap hari. Dengan jumlah kehadiran yang lemah, peratus pelajar yang ponteng kelas juga meningkat . Statistik dari data SSM iaitu salah laku pelajar menunjukkan pelajar yang ponteng kelas bagi tahun 2011 seramai 62 orang. Dari buku kawalan kelas juga menunjukkan kes pelajar yang ponteng kelas berlaku  setiap hari, sama ada pelajar yang pertama kali ponteng kelas atau pelajar yang sama dan mengulangi kesalahan yang sama. Kesalahan ponteng kelas adalah satu kesalahan yang serius kerana pada hari tersebut guru kelas akan mencatatkan kehadiran pelajar sebagai hadir dalam jadual kedatangan . Oleh itu, jika berlaku musibah kepada pelajar yang ponteng kelas itu di luar sekolah, maka pihak sekolah juga yang akan menerima implikasi yang teruk.



2.0       Fokus Kajian

Fokus kajian ialah terhadap guru mata pelajaran yang akan melaporkan mengenai kedatangan pelajar pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.



3.o      Objektif Kajian

             

Objektif Umum



              Agar dapat mengurangkan kadar ponteng kelas pelajar SMK Cheras



              Objektif Khusus:



1)    Agar guru-guru lebih peka untuk mengira bilangan pelajar sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

2)    Agar guru-guru mencatat jumlah pelajar di dalam buku kawalan kelas dan mengenal pasti bilangan pelajar yang ponteng kelas.

3)    Agar guru-guru mata pelajaran bagi kelas tersebut dapat mengenal pasti nama pelajar yang ponteng kelas untuk diambil tindakan.





4.0       Kumpulan Sasaran

            Semua guru SMK Cheras



5.0       Perlaksanaan Kajian

5.1       Tinjauan Masalah

                        Masalah pelajar ponteng kelas dan merayau-rayau di dalam kawasan  sekolah. Pelajar datang ke sekolah seperti biasa dan kehadiran mereka dicatat sebagai hadir pada hari berkenaan oleh guru kelas tetapi kemudian pelajar ponteng kelas. Pelajar bukan sahaja ponteng dan merayau-rayau  di dalam kawasan sekolah bahkan keluar dari kawasan sekolah dan melepak di kawasan Medan Selera atau siber kafeteria di Taman Tenaga, Veledrom dan kawasan yang lain. Perkara ini amat merbahayakan mereka kerana ibu bapa percaya pelajar berada di dalam kawasan sekolah . Ditambah lagi dengan sikap tidak peka guru –guru mata pelajaran untuk mencatat jumlah pelajar yang semakin kurang di dalam kelas atau mencatat nama pelajar ponteng, menyebabkan sekiranya sesuatu kemalangan berlaku melibatkan pelajar tersebut maka implikasi terhadap pihak sekolah bertambah buruk. Ini kerana pada ketika itu dicatatkan pelajar berada di dalam kawasan sekolah kerana kehadirannya di sekolah. Oleh itu, pihak pentadbir ingin menangani masalah pelajar ponteng kelas agar dapat mengawal kadar ponteng kelas kepada yang paling minimum atau penurunan kes dari Januari hingga April 2012 . Oleh itu kajian kes akan dijalankan bagi bulan Januari – April 2012 untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan program dapat mengurangkan pelajar ponteng.

           

5.2       Analisis Tinjauan Masalah

1.         Analisis bilangan masa pelajar ponteng kelas berdasarkan buku kawalan kelas.

2.         Analisis bilangan masa guru yang gagal mencatat dalam buku kawalan kelas     dengan betul.

3.         Analisis bilangan guru yang tidak mencatat langsung dalam buku kawalan         kelas.









5.3       Tindakan Yang Akan Dijalankan

Tindakan 1 : Mengadakan format buku kawalan kelas yang lebih baik.

Penambahbaikan  format buku kawalan kelas dengan memasukkan jadual masa pelajar yang ponteng dan tindakan yang diambil dari aspek disiplin dan kaunseling.

Oleh kerana terdapat kes kehilangan buku kawalan kelas, maka hanya guru masa pertama atau guru kelas sahaja yang dibenarkan mengambil buku kawalan kelas dari pejabat manakala guru masa terakhir akan memulangkannya ke pejabat.

Buku kawalan kelas juga dibuat dalam 2 versi iaitu versi pertama dari Januari – Mei. Manakala versi kedua dari Jun- November.



Tindakan 2 : Melantik AJK bagi pengurusan buku kawalan kelas.

Melantik guru-guru disiplin yang bertanggungjawab menyelia buku kawalan

kelas untuk diambil tindakan seterusnya.



Tindakan 3.  Mengenal pasti guru-guru yang tidak mencatat data bilangan pelajar dengan betul.

Melalui pemantauan buku kawalan kelas, maka pemantau dapat mengenal pasti guru – guru yang tidak mencatat bilangan pelajar dengan betul. Ini kerana pelajar lebih peka untuk hadir sentiasa pada setiap masa pengajaran dan pembelajaran kerana mengetahui bilangan pelajar dikira di dalam kelas.













5.4       Refleksi Kajian

Setelah menjalankan 3 tindakan di atas, didapati bilangan para pelajar ponteng kelas tidak menurun kerana mereka masih cenderung untuk ponteng kelas memandangkan setiap masa pengajaran dan pembelajaran masih terdapat guru-guru yang tidak peka terhadap kiraan bilangan pelajar di dalam kelas sama dengan bilangan pelajar yang hadir pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, pelajar yang sama ponteng kelas akan ponteng dalam beberapa masa pengajaran dan pembelajaran yang lain. Bukan sahaja data dikira, bahkan nama pelajar yang ponteng juga akan ditulis di dalam buku kawalan kelas untuk tindakan guru disiplin.

Oleh itu dari data yang ditunjukkan di bawah menunjukkan sistem buku kawalan kelas sekolah perlu dimantapkan lagi.

Jadual di bawah menunjukkan bilangan masa pelajar ponteng kelas dari Januari hingga April.

TING
 JAN
 FEB
 MAC
 APR
PERALIHAN
0
0
0
0
TING 1
2
10
5
15
TING 2
24
16
25
52
TING 3
48
77
132
88
TING 4
22
90
101
70
TING 5
15
23
27
45



            Berikut merupakan kelas yang mempunyai kadar masa ponteng tertinggi:

            Sesi petang

            1) 2 Luhur dengan 29 masa ponteng

            2) 2 Setia dengan 21 masa ponteng

3) 2 Makmur dengan 18 masa ponteng



Sesi pagi

Tingkatan 4:

1)         4K5 dengan 164 masa ponteng

2)         42V dengan 61 masa ponteng



Tingkatan 3:

2)         3 Efisien dengan 78 masa ponteng

3)         3 Makmur dengan 70 masa ponteng

4)         3 Tekun dengan 54 masa ponteng



Tingkatan 5:

1)         5S2 dengan 41 masa ponteng

2)         5V1 dengan 31 masa ponteng



Jadual di bawah menunjukkan bilangan pelajar yang ponteng kelas dari Januari hingga April.

TING
JAN
FEB
 MAC
 APR
PERALIHAN
0
0
0
0
TING 1
1
3
3
3
TING 2
9
8
10
10
TING 3
12
10
10
9
TING 4
15
15
14
15
TING 5
5
8
8
8

Jadual di bawah menunjukkan bilangan masa guru yang tidak mencatat langsung dalam buku kawalan kelas dalam bulan Januari hingga April.
TING
 JAN
 FEB
 MAC
APR
PERALIHAN
22
8
10
5
TING 1
173
173
109
160
TING 2
127
93
82
185
TING 3
107
51
61
100
TING 4
96
102
126
137
TING 5
92
120
127
192


Berdasarkan jadual di atas, di dapati kelas – kelas tersebut mempunyai kadar tertinggi bilangan masa guru tidak mencatat langsung dalam buku kawalan kelas dalam bulan Januari hingga April iaitu :

Sesi petang

Tingkatan 1

1)         1 Jujur dengan 83 masa

2)         1 Tekun dengan 67 masa



Tingkatan 2

1)         2 Tekun dengan 94 masa

2)         2 Dedikasi dengan 79 masa



Sesi pagi
Tingkatan 3

1)         3 Setia dengan 60 masa

2)         3 Tekun dengan 54 masa



Tingkatan 4

1)         42V dengan 87 masa

2)         4ST dengan 55 masa



Tingkatan 5

1)         5K3 dengan 96 masa

2)         5S2 dengan 87 masa

Jadual di bawah menunjukkan bilangan masa guru yang tidak mencatat dengan lengkap  dalam buku kawalan kelas dalam bulan Januari hingga April.

TING
JAN
 FEB
 MAC
APR
PERALIHAN
6
1
1
12
TING 1
29
22
23
49
TING 2
143
131
109
217
TING 3
29
9
12
9
TING 4
5
10
16
15
TING 5
4
8
7
9


6.0    Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

            Kajian seterusnya mendapati adalah lebih baik jika penguatkuasaan buku disiplin ini dimantapkan dengan melengkapkan data kehadiran pelajar  dengan lengkap terlebih dahulu oleh guru kelas atau ketua kelas. Penguatkuasaan sistem terhadap guru-guru mata pelajaran yang tidak melengkapkan buku tersebut dengan menegur secara lisan atau bertulis. Buku kawalan kelas juga perlu diperbaharui setiap bulan. Tindakan disiplin juga hendaklah dilaksanakan sebaik sahaja pelajar tersebut ponteng kelas dan guru disiplin perlu menulis di dalam ruang buku kawalan kelas tersebut komen sama ada pelajar tersebut telah dikenakan hukuman atau tidak bagi menunjukkan kepada pelajar bahawa tindakan ponteng adalah serius dan tindakan segera akan diambil.




















No comments: