Awan yg hitam pekat
Hujan yg turun lebat
Tercari cari kelibat
Semoga selamat
Hujan yg turun lebat
Tercari cari kelibat
Semoga selamat
Hari ni mesyuarat HEM ..tercari cari mana pula PK HEM ni.. Setiausaha HEM Kak Haizad dah siapkan minit mesyuarat dan sebagai naib setiausaha HEM saya membantu mengeditkannya.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
CHERAS
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
KALI KE- 2 / 2014
Tarikh : 5 hb Mei 2014
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , SMK Cheras
Pengerusi : Pn Hajah Kamariah Bt Abu
Nama yang hadir :
- Hajah Kamariah Bt Abu Pengetua
- En. Mohamed Jamil Bin Abdul Samad PK Tadbir dan Kurikulum
- En. Raheman Bin Ahmad Penolong Kanan Petang
- Pn. Looi Lin Eng Ketua Bidang Bahasa
- Pn. Nur Asyikin Ho Bt Abdullah Ketu Bidang Teknik & Vokasional
- Pn. Che Ma Rabitah Bt Hj Kamaruddin Ketua Bidang Kemanusiaan
- Pn. Hajah Noor Aini Bt Ibrahim Ketua Bidang Sains & Matematik
- En. Mohd Noor Bin Mat Deris
- Pn. Noraida Bt Mohamad
- Pn. Nurhaiza Bt Che Mat
- En. Che Mohamad Padali Bin Che Mat
- Pn. Norliza Bt Rafie
- Pn Chua Gek Imm
- Pn. Tg Laila Sari Bt Tg. Jusoh
- Pn. Azimah Bt Ibrahim
- Pn. Nor Azlinda Bt Abdul Razak
- Pn. Zalilah Bt A. Jalil
- Pn. Kogilam A/P Subramaniam
- Cik Hufaidah Bt Zakaria
- Pn. Nor Haizad Bt Mohd Taharim
- Pn. Raudzah Bt A. Rahman
Tidah Hadir
1. Pn. Sapura
Bt Amat ( Bersebab )
2. En. Abdul
Halim Bin Musa ( Bersebab )
3. En. Masrizal
Bin Abu Bakar ( Bersebab )
1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pn. Hajah
Kamariah Bt Abu merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir pada
mesyuarat HEM kali yang kedua. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat HEM perlu
diadakan sebanyak tiga kali setahun bagi memastikan perancangan dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
Tindakan : Makluman
2. 0 Pengesahan Minit
Mesyuarat
2.1 Minit Mesyuarat Bil 1 / 2014
dicadangkan pengesahannya oleh En. Che Mohamad Padali Bin
Che Mat dan disokong sebulat suara
oleh ahli mesyuarat
Tindakan : Makluman
3.0 Perkara
Berbangkit
Tiada
4.0 Pelaporan
4.1- Program Amalan
Guru Penyayang
4.1.1
Dimaklumkan bahawa program hanya dilaksanakan oleh guru sesi pagi sahaja.
Tindakan : Makluman
4.2 -Pengurusan Kelas
4.2.1 Mesyuarat memutuskan bahawa guru masa pertama yang
masuk ke kelas perlu mencatat
maklumat kelas
dan kehadiran murid pada sebelah kanan
papan putih. Perkara ini akan
dipantau oleh
guru kebersihan dan jika tidak dicatat guru bertugas boleh menolak markah
kebersihan.
4.2.2 Pengetua
meminta jawatankuasa ketua kelas iaitu Pn. Norliza Rafie untuk memaklumkan
perkara
ini kepada murid-murid semasa dalam perhimpunan.
Tindakan : Pn
Norliza Rafie
4.3 - Jawatankuasa Kesihatan
4.3.1
Pengetua memaklumkan bahawa syarikat pembersihan yang akan membayar
denda jika
di sekitar kawasan sekolah
terdapat jentik-jentik
4.3.2
Pengetua meminta supaya dimaklumkan kepada murid-murid yang mengidap
penyakit
berjangkit supaya tidak hadir
ke sekolah bagi mengelakkan daripada berjangkit kepada
murid-murid yang lain.
Tindakan:
Makluman
4.4 - Jawatankuasa Keselamatan
4.4.1 Pengetua meminta jawatankuasa keselamatan
memantau dan mengenal pasti kawasan yang
berbahaya, laluan yang berbahaya
dan punca elektrik yang membahayakan keselamatan
murid-murid dan guru-guru.
4.4.2 Pn Zalilah memaklumkan bahawa terdapat besi
yang terjuntai di pusat sumber yang
membahayakan semua orang.
4.4.3 En Mohd Noor memaklumkan bahawa di kelas 3L
terdapat besi lampu yang hampir jatuh.
4.4.4 Pn Noor Aini memaklumkan bahawa terdapat
atap yang bocor di kelas 4V1 dan di 5S1.
4.4.5 Pengetua meminta guru-guru yang bertugas
pada setiap minggu supaya mencatat kehadiran
pekerja pembersihan , dan pengawal
keselamatan di dalam buku laporan mingguan.
Tindakan : AJK
Keselamatan
4.5 Jawatankuasa Lembaga Disiplin dan Lembaga
Pengawas
4.5.1 Pengetua minta
supaya guru disiplin memaklumkan kepada murid-murid jika nama
mereka
telah dimasukkan ke dalam sistem ‘on-line’ jika bersabit dengan masalah
disiplin.
Tindakan : Guru Disiplin
4.6 Jawatankuasa Kantin
4.6.1 Pn. Che Ma
Rabitah memaklumkan bahawa harga makanan di kantin tidak menentu terutama
nasi lemak
dan menyatakan antara punca murid datang lewat kerana mereka makan di medan
selera dengan
alasan pihak kantin tidak menyediakan sarapan pagi untuk murid-murid .
4.6.2 Pengetua meminta
jawatankuasa kantin memaklumkan kepada
pengusaha kantin supaya
menyediakan
sarapan pagi untuk murid-murid seawal pukul 6.45 pagi. Jika tidak dapat
menyediakan
sarapan pagi, tugas tersebut boleh diserahkan kepada koperasi sekolah.
Perkara ini
perlu dimaklumkan kepada murid-murid dalam perhimpunan.
Tindakan
: AJK Kantin
4.7 Jawatankuasa Pendaftaran Murid
4.7.1 Pengetua
meminta AJK pendaftaran memantau jika terdapat murid yang belum didaftarkan
agar dapat
diambil tindakan segera.
Tindakan : En Mohamad Jamil
4.8 Unit
Bimbingan dan Kaunseling
4.8.1 En. Che Mohamad Padali memaklumkan bahawa
selepas dilaksanakan “ Ops Lewat “
terdapat kesan positif iaitu penurunan jumlah murid yang datang lewat.
Murid-murid yang
bekerja paling ramai yang datang
lewat. Pihak kaunselor diminta untuk memberikan
kaunseling tentang cara mengurus
masa dan diri kepada murid-murid berkenaan.
Tindakan : Guru Kaunseling
5.0 Hal-hal lain
5.1 Pn Zalilah
mencadangkan agar tahun ini dikeluarkan majalah edisi khas sempena Jubli Emas .
Pn Sapura akan meminta pihak PIBG untuk mewajibkan semua keluarga membeli
majalah supaya dapat menampung kos menerbitkan majalah tersebut.
5.2 Pengetua mencadangkan AJK Majalah mengadakan mesyuarat khas untuk
memilih bahan yang sesuai.
Tindakan : AJK
Majalah
5.3 Pn Che Ma Rabitah mencadangkan agar guru bertugas mingguan
ditambah menjadi lima
orang
memandangkan tugas yang diberi telah bertambah dan AJK Kantin diminta
supaya
dikecualikan
daripada tugas mengganti / relief guru
yang tidak hadir.
Tindakan : PK Tadbir Dan Kurikulum
- Penutup
Mesyuarat diakhiri
dengan pesanan daripada Pengetua yang berharap agar guru-guru dapat
menjalankan tugas sepanjang tahun dengan sebaik
mungkin.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
3.40 petang
Disediakan oleh,
( NOR HAIZAD BT. MOHD TAHARIM )
Setiausaha HEM,
SMK Cheras