Total Pageviews

12 June 2014

Travel to Gua Kidul - Sungai Oya, Yogyakarta, Indonesia

Malam Nisfu Saaban
Maaf dan memaafkan


Hari ini kami decide untuk ambil trip ke Gua Pindul. Kos 650 ribu rupiah untuk trip dari Yogya ke sana dan kos masuk ke Gua Pindul dan Sungai Oya. Perjalanan dari bandar Yogya ke Gua Pindul ni agak jauh hingga 2 jam lamanya. Ramai betul orang kat sini. Kami dijamu dengan air teh halia yang memang sedap sekali..dan berangin. 

Kami diberikan sorang satu tayar atau dikenali sebagai ban di sini. Kami perlu membawa sekali ban tersebut sepanjang perjalanan ke sungai. Masuk ke dalam gua ini yang dikenali sebagai gua tempat bertapa dan masih lagi dianggap suci bagi orang tempatan. Keadaan dalam gua tidak begitu panjang singkat sahaja masa berada di dalam gua. Kemudian kami terpaksa membawa ban itu dan melalui kawasan sawah padi untuk ke Sungai Oya. Di Sungai Oya, kami diberi pilihan untuk duduk di atas ban atau menikmati air sungai sahaja dengan berenang menggunakan jaket pelampung. 

Disini pemandangan menyusur Sungai Oya sangat cantik sekali. Terpaku dengan keindahannya hingga saya malas nak duduk di ban dan memilih untuk berenang menikmati air sungai yang tenang dan jernih sekali. Setibanya di satu tempat yang mempunyai air terjun yang cantik sekali, apalagi massage time menggunakan air terjun tersebut untuk memberi tekanan di bahagian kepala dan belakang badan..perghh memang best. Di situ juga ada pelantar yang agak tinggi untuk para pelancong yang ingin membuat terjunan bebas. Teringat saya pada Tanah Aina Resort yang mempunyai konsep yang sama.










No comments: