Total Pageviews

8 August 2014

Format Sijil Pelajar Ke Luar Negeri

Bye S3

Hari ini ex student PRS datang untuk meminta bantuan mengenai sijil sijil sekolah yang perlu diterjemahkan. Mungkin di sekolah ini kes kes pelajar yang mendapat peluang ke oversea direct lepas sekolah selepas melalui program asasi ke luar negeri selama setahun adalah kes terpencil maklumla yg berjaya ke oversea dari sekolah ini biasanya melalui matrikulasi, STPM atau A Level dari kolej swasta. Jadi apabila pelajar menunjukkan contoh contoh sijil sekolah sama ada akademik mahu pun kokurikulum dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dari MARA atau sekolah berasrama penuh memang takdalah di sekolah ini.  Format sijil khas dalam Bahasa Inggeris dengan signature pengetua pun memang tidak ada. Maka menarik juga ye bolehla difikirkan format tersebut untuk kemudahan pelajar cemerlang untuk memohon universiti luar negeri. Walaupun ada agensi yang menawarkan alih bahasa tapi tandatangan pentadbir sekolah masih lagi tulen jika dibuat sendiri oleh pihak sekolah. Begitu juga dengan cop pengesahan yang mengatakan sijil potostat itu adalah benar seperti salinan asal yang ditunjukkan. Cop pengesahan itu juga kami tidak ada dalam Bahasa Inggeris. Harga bagi setiap sijil yg ingin dialihbahasa juga agak mahal bagi pelajar yang kurang mampu. Orait cadangan tu, saya akan pertimbangkan untuk dilontar dalam mesyuarat kurikulum nanti.

No comments: