18 August 2014

Relief Pelajar Peralihan

Kembali lagi
Berkasut tumit tinggi
Bila dah tak sakit lagi
Selepas dua bulan tragedi

Pengalaman relief kelas peralihan. Dah lama tak relief sesi petang last 2006 rasanya. Kelas peralihan ialah kelas khas untuk pelajar Cina dan India yg tidak menguasai Bahasa Melayu semasa UPSR. Mengajar mereka memerlukan guru yang agak boleh bercakap dwibahasa dan jika dapat bercakap bahasa Cina adalah bonus kerana pengajaran lebih mudah difahami mereka. Huhu memang agak berisiko membawa pelajar ini ke pusat sumber dan menjalankan aktiviti tanpa perlu bercakap banyak. Aktiviti hari ini mengenali jenis jenis pekerjaan. Jika dapat menyebut dengan betul dan mengeja dengan betul untuk lima jenis pekerjaan adalah satu pencapaian yang baik. Ada yang mampu menjalankan tugasan ini dengan membaca kamus dan merujuk buku di pusat sumber tapi ada yang betul betul tak faham soalan sehingga kena diulang dan diberikan pelbagai contoh.
 

Telegram Channel