Farhan as a candy boy
Farzana as a flower girl
Farietz hold 'bunga manggar'
Yeah..My kids enjoy the day :)
Farzana as a flower girl
Farietz hold 'bunga manggar'
Yeah..My kids enjoy the day :)
KERTAS
KERJA
PROGRAM
KOLABORASI PERMATA SMK CHERAS – SM SAINS ALAM SHAH
1.0
PENGENALAN
Projek Kolaborasi Permata merupakan
projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Sains Alam Shah bagi
melonjakkan kecemerlangan dalam SPM. Projek ini melibatkan 15 orang pelajar
Tingkatan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan menjalinkan
kerjasama akademik dengan pelajar SMK Cheras.
Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang
SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama yang terjalin dengan
mempelajari pengajaran dari guru –guru SM Sains Alam Shah dan teknik yang
digunakan oleh pelajar SM Sains Alam Shah yang terkenal dengan kecemerlangan
akademik mereka. Pentadbiran sekolah
berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan
gred akademik pelajar yang lebih cemerlang dan seterusnya dapat membantu
meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman
pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini
dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras
bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.
2.0 OBJEKTIF
1) Agar
pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan
sebaya
2) Agar
pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang
sesuai
3) Agar
pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata
pelajaran
3.0 TARIKH
13 - 17 Oktober 2014
4.0 SASARAN
10 orang pelajar SMK Cheras Tingkatan Lima
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi : En Jamil Bin Abdul Samad
Penyelaras : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perhubungan : En Che Mohamad Padali B Che Mat
AJK Dokumentasi : Pn Rozinani Awang
AJK Kebajikan : Pn Raudah Bt Ab. Rahman
6.0 AKTIVITI PROGRAM
Pelajar akan dibahagikan
kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar juga akan
bergaul dengan pelajar di dalam kelas yang
ditempatkan
dan belajar bersama-sama
pelajar di dalam kelas tersebut. Pelajar akan mengikuti
semua aktiviti yang
dijalankan untuk pelajar di dalam kelas tersebut atau mata pelajaran
yang ditetapkan dari seawal
waktu persekolahan pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang
setiap hari.
7.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber
Kewangan
PIBG RM 10
x 10 orang x
5 hari RM 500
Perbelanjaan
Yuran makan = RM 10 x 10 orang x 5 hari =RM 500
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar projek ini mencapai
objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan
kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke
tahun tahun seterusnya.
Disediakan
oleh, Diluluskan
oleh,
( Nurhaiza Bt Che Mat)