2 January 2015

Mesyuarat Kokurikulum 1/2015: Tugas Kaunselor Dalam Kokurikulum

Orientasi Darjah Satu
Good luck Farhan


Tahun 2015 ini bidang tugas saya di bawah kokurikulum ialah:
1) Guru penasihat Kelab Kerjaya
2) Guru penasihat PRS
3) AJK RIMUP Kokurikulum
4) Guru penasihat rumah sukan Perdana
5) Guru rondaan di tembok sekolah sewaktu aktiviti badan beruniform


Di bawah Penolong Kanan Kokurikulum yang baru, beliau telah merangka pelbagai program yang diperlukan untuk mengaktifkan persatuan dan kelab. Antaranya ialah aktiviti kerja amal di dalam sekolah, projek inovasi, projek kemasyarakatan, pertandingan dalam kelab, pertandingan antara kelab dan tarikh tarikh yang sepatutnya perjumpaan dijalankan. Kena rangka perancangan strategik yang baru untuk kelab kerjaya tahun ini. Sasaran untuk menarik pelajar ting 1C dan 2C yang akan dinaikkan ke sesi pagi untuk meramaikan ahli kelab kerjaya. Stail sekolah ini, jika pelajar telah mendaftar kelab dan persatuan pada ting 1 kebiasaanya hingga tamat ting 3 mereka akan kekal dengan kelab tersebut. Ting 4 barulah ada perubahan kerana biasanya mereka akan menjadi ahli untuk kelab mata pelajaran elektif seperti Kelab MPV, Kelab Perdagangan dan sebagainya. Pelbagai penghargaan dan anugerah akan disampaikan ketika Majlis Anugerah Kokurikulum untuk persatuan yang aktif, guru penasihat yang cemerlang, 

Program RIMUP sekolah diletakkan di bawah Kokurikulum tapi dua tahun lepas di bawah HEM. Yang menariknya walau diletakkan di mana penolong kanan sekali pun, kaunselor tetap menjadi AJK RIMUP. Memandangkan projek guru penyayang saya selaku setiausaha, saya cuba mengadakan dan menyelit aktiviti RIMUP dalam aktiviti guru penyayang.

Jawatan menarik tahun ni bila kena bertugas di tembok sekolah sewaktu aktiviti kokurikulum badan beruniform iaitu waktu yang paling budak suka mengelat dari menyertai aktiviti kokurikulum. Tahun 2014 sewaktu bertugas rondaan dewan dan blok belakang tembok untuk aktiviti kelab/persatuan pun dah havoc! 
 

Telegram Channel