11 February 2015

Mesyuarat Disiplin 2/15: Peranan Guru Kaunseling Menangani Ponteng Dan Lewat


Never ask for things
To be easier
Always ask yourself
To be better

Mesyuarat Disiplin mengenai pelbagai isu dan peraturan sekolah. Sebagai guru kaunseling saya membentangkan mengenai projek pembangunan sahsiah dan disiplin murid fokus menangani ponteng sekolah manakala Padali membentangkan mengenai projek menangani  lewat ke sekolah. 

Program ZOOM
1) Zoom Pelajar - Projek Hati Ke Hati

Analisa program Hati Ke Hati yang mana kami jalankan pada 5 Februari.


PROGRAM HATI KE HATI
Tarikh : 15 Januari 2015

Analisa punca utama tidak hadir sekolah bagi 50 orang responden yang menerima surat 

buang sekolah, amaran tiga dan amaran kedua pada tahun 2014.

BIL
ISU
BILANGAN
1
Masalah kesihatan
0
2
Masalah keluarga
5
3
Masalah kewangan
2
4
Pengaruh kawan untuk pergi ke tempat lain
20
5
Bosan/ tidak minat belajar
15
6
Masalah dengan guru
0
7
Masalah pelajaran : tidak faham / tidak siap kerja sekolah
5
8
Masalah dengan kawan
2
9
Masalah pengangkutan
0
10

Hal – hal lain : Sila nyatakan
0



2) ZOOM Kelas
   Analisa data kehadiran setiap kelas. Bagi bulan Januari kelas yang terlibat yang mempuyai kehadiran penuh    100 peratus ialah 4V1 bagi sesi pagi. Kelas Peralihan 2 dan 1M ialah kelas sesi petang yang mempunyai 
    kehadiran penuh. Kelas ting 5 mempunyai kehadiran yang baik iaitu paling rendah 5K5 dengan 92% 
    kehadiran bagi Januari. Kelas yang akan dibantu bagi sesi pagi ialah 3B dengan 85% kehadiran sahaja 
    dan 11 orang ponteng. Kelas yang mempunyai 100% kehadiran baik ke sekolah akan menerima sijil 
    penghargaan dan wang tunai RM 30 yang akan dikumpulkan hingga akhir tahun. Kelas yang berpotensi 
   kerana mempunyai perubahan peningkatan kehadiran akan diberikan sijil harapan pada setiap tiga bulan 
   berturut mempunyai peningkatan.

3) ZOOM IBU BAPA - Projek Talian Kasih
    17 pelajar sesi pagi yang menerima surat amaran sepanjang Januari. Guru kaunseling membantu dengan 
    membuat lawatan ke rumah bagi kes ibu bapa yang tidak dapat dihubungi dengan telefon.






 

Telegram Channel