KERTAS KERJA
PROGRAM RAIKAN
HARI LAHIR
SMK SERI
BINTANG SELATAN
1.0
Pengenalan
Program Sekolah
Penyayang merupakan program merealisasikan dasar Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melaksanakan program sekolah penyayang bagi membentuk sekolah
yang menyeronokkan bagi murid-murid hadir ke sekolah dan belajar dalam suasana
yang kondusif. Ia merangkumi mengalu-alukan kehadiran murid, program
mentor mantee, menghargai murid dengan sambutan hari jadi dan sambutan
perayaan. Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengambil inisiatif menyambut sambutan
hari jadi dengan murid setiap bulan. Memandangkan bilangan murid sekolah ini
yang hampir 968 orang, maka penghargaan sesama murid di dalam kelas dengan
inisiatif guru kelas atau rakan sekelas ada juga dijalankan. Di pihak Unit
Bimbingan Dan Kaunseling akan meraikan murid -murid dengan cara mengedarkan
alat tulis kepada murid. Walaupun sambutan yang ringkas, namun objektif
program ini dapat meninggalkan impak yang besar kepada yang diraikan.
2.0 Matlamat
Membudayakan aktiviti
menghargai hari lahir dan meningkatkan penghargaan
kendiri murid.
3.0 Tarikh/ Masa/ Tempat
2 Mei 2022
4.0 Sasaran
Semua murid SMK Seri Bintang Selatan (tulis jumlah murid berdasarkan pengagihan bulan tersebut)
5.0 Objektif
1)
Menghargai murid
melalui ucapan selamat hari jadi kepada murid- murid dan guru-guru
2) Meraikan murid –murid dengan kek cawan sebagai tanda ingatan.
6.0 KPI
Output |
Menjalankan aktiviti
yang dapat menunjukkan bahawa hari lahir adalah hari yang bermakna untuk
diingati |
Outcome |
Membudayakan amalan
sekolah penyayang dengan aktiviti menghargai sesama murid dan warga sekolah |
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil |
Perkara |
Kuantiti |
Jumlah |
Sumber |
1. |
Kek
cawan |
150
x RM 1.50 |
RM 300.00 |
PCG
Kaunseling |
2 |
Buku
nota |
Tajaan |
Tajaan |
IPTS/
Agensi |
8.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan
Aziah Bt Amir (Pengetua)
Timbalan
Pengerusi : Puan Hamimah Bt Shamsuddin (PK HEM)
Setiausaha : Puan
Nurhaiza Binti Che Mat
AJK Poster : Puan Loh Chin
Ying
AJK Agihan : Puan Norfaizah
Bt Mohamad
9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
9.1 URUS SETIA
Unit
Bimbingan Dan Kaunseling
9.2 TENTATIF PROGRAM
Setiap akhir bulan pengagihan dijalankan/ pada waktu rehat/ di
kelas
Bil |
Tarikh Edar Poster |
Tarikh Agihan Cenderamata |
1 |
1 APRIL 2022 |
28 APRIL 2022 |
2 |
2 MEI 2022 |
26 MEI 2022 |
10.0 PENGURUSAN RISIKO
Risiko |
Punca |
Penyelesaian |
Tanggungjawab |
Cenderamata tidak dapat dijalankan |
Murid tidak hadir sewaktu agihan
cenderamata dijalankan |
Murid akan diminta hadir ke bilik kaunseling untuk menuntut
cenderamata |
Guru kaunseling |
11.0 PENILAIAN PROGRAM
Borang Maklum Balas Penilaian AJK, guru dan murid.
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar program RAI ini dapat mencapai
objektif yang disasarkan dan seterusnya menjadi budaya saling mengingati hari
lahir di sekolah kepada murid malah kepada guru.
Disediakan
oleh,
(Nurhaiza
Binti Che Mat)
Setiausaha
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
First project ...happy birthday ;)