5 March 2015

Analisa SPM 2014 SMK Cheras

Panas terik baru berlalu
Hujan lebat bertalu-talu
Ribut kuat menumpang lalu
Semoga cepat masa berlalu

Mesyuarat Post Mortem SPM dan Program Peningkatan Akademik dijalankan pada pukul 1.45 hingga 3.45 petang tadi. Hari ini mengerjakan data dan analisa TOV dan ETR pelajar projek permata 2014 dan merangka penambahbaikan dan aktiviti untuk tahun 2015. 

Analisa SPM yang tidak boleh dibanggakan bak kata boss merundum bukan setakat turun sahaja. Gred purata sekolah pada tahun 2013 ialah 5.31 dan 2014 ialah 5.37 jatuh sebanyak 0.06 %. Peratus yang layak mendapat sijil SPM kerana lulus BM dan Sejarah ialah 233 orang tetapi 77.67% sahaja berbanding 2013 iaitu 218 orang dengan peratus 84.82%. Ini kerana Bahasa Melayu peratus lulus pada 2013 ialah 89.49% manakala pada tahun ini 87% sahaja. Sejarah pula dari 85.60% pada tahun 2013 jatuh pada 80.07%. Dengan melihat analisa dari dua mata pelajaran wajib lulus ini sahaja kita boleh mengagak kelulusan GP sekolah juga akan merundum. 

Pelajar yang mendapat straight A juga walaupun 3 orang iaitu sama bilangan seperti tahun lepas tetapi peratus tahun 2013 iaitu 1.17% kerana bilangan pelajar SPM yang lebih sedikit berbanding pelajar SPM tahun 2014 iaitu 1% sahaja.. Peratus pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya gred E dalam semua mata pelajaran bagi 2013 ialah 56.81% untuk 146 orang manakala tahun 2014 iaitu 207 orang dengan 69%. 

20 pelajar mendapat lebih 6A dan dikategorikan pelajar cemerlang.

Analisa untuk pelajar cemerlang PERMATA dibentangkan dan saya juga mengedarkan senarai nama permata 2015. Analisa seperti di bawah tetapi nama pelajar terpaksa saya kodkan untuk entri blog maklumlah ada yang tidak suka bila keputusan peperiksaan mereka diketahui orang ramai. Orait starategi pertama Unit Bimbingan Dan Kaunseling ialah perjumpaan pelajar ting 5 dengan pentadbir sekolah.

ANALISA PELAJAR PERMATA SPM 2014
BIL

TING
TOV
ETR
Percubaan
SPM
1
001
5s1
10A
10A
10A
10A
2
002
5s1
6A 3B 1C
9A
7A 2B 1C
10A
3
003
5s3
8A 2B
10A
7A 2C
9A
4
004
5k2
5A 2B 2C 1G
10A
5A 4B 1C
9A 1C
5
005
5S1
8A 1B
10A
8A 1B
8A 1B
6
006
5S1
4A 2B 2C 1E
6A
7A 1B 1C
8A 1B
7
007
5S1
7A 3B
10A
8A 2B
8A 2B
8
008
5S1
5A 4B
10A
5A 4B
7A 2B
9
009
5S1
3A 3B 4C
6A
7A 3B
7A 3B
10
010
5S2
5A 2C 1D 1E
6A
7A 1B 2C
7A 3B
11
011
5K2
5A 2B 1D 1G
6A
6A 2B 1C
7A 1B 1C
12
012
5K2
5A 2B 1C 1G
6A
6A 2B 1C
7A 1B 1C
13
013
5S1
 4A 2B 2C 2D
6A
1C 2D 2E 5G
6A 4B
14
014
5S1
1A 5B 2C 1D
6A
4A 3B 1C 1D
6A 2B 1C
15
015
5S3
3A 6B
6A
4A 3B 2C
6A 1B 2C
16
016
5S3
4A 1B 1C 1D 1E 1G
6A
5A 1B 1C 2D
6A 1B 2C
17
017
5K2
1A 1B 3C 1D 2E 1G
6A
5A 3B 1G
6A 1B 2C
18
018
5K1
6A 2B 1C 1G
6A
8A 1B 1E
6A 2B 2C
19
019
5K2
2A 2B 4C 1G
6A
3A 2B 4C 1G
6A 2B 2C
20
021
5K2
5A 2B2C 1D
6A
5A 2B 3C
6A 4B





 

Telegram Channel