Total Pageviews

6 March 2015

Pemantapan Disiplin Fasa 3: Hati Ke Hati

Welcome
Trainee from UM

Program Pembangunan Sahsiah Disiplin Murid Fasa 3 untuk pelajar ponteng sekolah. ASP Ezanee iaitu pegawai polis perhubungan sekolah telah dijemput hadir untuk program ini memberikan taklimat dan sesi kesedaran kepada pelajar terlibat. Antara pelajar yang dipanggil ke dewan ialah pelajar kes rayuan semula, pelajar menerima surat amaran tidak hadir je sekolah dan pelajar yang mempunyai masalah salah laku. Setelah tamat sesi ceramah, kami pun mengambil alih slot Hati Ke Hati dalam bentuk kelompok untuk mengenal pasti punca pelajar tidak hadir. Pelajar yang terlibat dengan masalah tidak hadir ke sekolah sahaja yang mengikuti slot seterusnya bersama kami.  Kebetulan hari ini saya menerima praktikal kaunseling dari UM seramai 2 orang. So mudahla menjalankan aktiviti dengan tenaga kerja yang ramai.  Bagi pelajar yang memerlukan tindakan susulan lanjut untuk sesi kaunseling individu, pertemuan seterusnya diaturkan.

Antara punca pelajar tidak hadir ke sekolah atau ponteng sekolah bulan Februari:
1) Cuti perayaan Tahun Baru Cina. Pelajar menyambung cuti seminggu lagi selepas cuti seminggu Tahun Baru Cina
2) Pelajar yang terlibat dengan aktiviti sukan di luar tidak memaklumkan kepada guru kelas
3) Pelajar yg terlibat dengan sukan dan mengalami kecederaan tidak pergi ke klinik atau.hospital untuk mendapatkan rawatan dan tidak mempunyai cuti sakit dari pegawai perubatan dan hanya berehat di rumah tetapi ibu bapa tidak menghubungi sekolah.
4) Pelajar mempunyai masalah keluarga
5) Pelajar yang tidak berminat untuk bersekolah tetapi dipaksa oleh keluarga.
6) Pelajar ponteng di cyber cafe
7) Pelajar baru bersekolah di sini tetapi tidak suka dengan sekolah ini dan ingin berpindah ke sekolah lama.
8) Pelajar yang bekerja malam dan penat untuk  sekolah di sebelah pagi
9) Pelajar yang sudah bekerja dan tidak minat untuk belajar lagi.

No comments: