Total Pageviews

2 March 2015

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya: Hari Kedua

Hello Mac.

Kursus PRS pada hari kedua 1 Mac 2015 bersambung seawal pukul 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Aktiviti pada hari kedua menggunakan modul team building sepenuhnya ciptaan senior PRS. Oleh kerana cuaca yang panas sekarang aktiviti team building dari pukul 8.30 hingga 10.10 pagi sahaja. Terdapat 7 stesen untuk aktiviti ini dan pemenang dinilai berdasarkan kerjasama kumpulan dan kepantasan kumpulan menjalankan aktiviti dengan betul. Aktiviti di setiap checkpoint ada pada gambar-gambar di bawah.

Setiap tahun aktiviti team building adalah aktiviti yang menjadi kemuncak kepada kursus dan sangat disukai oleh ahli PRS sama ada senior atau junior setelah tamat program. Biasanya bila aktiviti team building diadakan , senior senior PRS juga suka berkunjung untuk menolong dan menjadi mini gathering pula. Secara kebetulan pengerusi PRS batch 2012 Azfar Kamarudin tiba-tiba datang menjenguk sewaktu Majlis Penutup baru sahaja akan bermula dan saya terus menjemputnya untuk menjadi VVIP menyampaikan ucapan dan memberikan suntikan motivasi kepada junior. Sebagai role model yang baik kerana mendapat Anugerah Pengetua dan aktif dalam kokurikulum dan cemerlang akademik. Menunggu masa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri maka dia adalah calon yang sesuai untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.







Azfar menyampaikan ucapan
Penyampaian hadiah kepada wakil kumpulan
Penyampaian hadiah kepada wakil kumpulan
Bersalaman selesai program

My exPRS batch 2004..terima kasih jenguk cikgu

No comments: