Good bye miserable February
Habis sahaja Mesyuarat Agong PIBG, saya terus menguruskan kursus PRS di sekolah. Kursus PRS bermula seawal pukul 7.30 pagi. Tahun ini tiada aktiviti bermalam di sekolah. Program hari Sabtu dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang sahaja dan bersambung pada hari Ahad pula.
Kursus tahap bongsu dikendalikan sepenuhnya oleh ahli PRS Ting 5 manakala kursus tahap muda dan sulung dikendalikan oleh guru praktikal kaunseling. Saya telah menjalankan latihan fasilitator selepas waktu persekolahan pada hari Khamis dan Jumaat lalu. Mesyuarat demi mesyuarat dijalankan sejak dua minggu lepas lagi. Memandangkan ini projek PRS Tingkatan 5 mereka menguruskan hampir segala-galanya dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari saya jika bermasalah atau kemusykilan. Zaman IT dihujung jari..bersambung mesyuarat di whatsapp adalah perkara biasa.
Sesi ice breaking dan LDK dijalankan dalam kumpulan. Seramai 65 peserta kursus yang terlibat. Kami menggunakan modul perlaksanaan Pembimbing Rakan Sebaya dari KPM. 3 kumpulan untuk tahap bongsu, 2 kumpulan tahap muda dan 1 kumpulan tahap sulung.
 |
Baju kuning peserta tahap bongsu |
 |
Full set ..peserta dan fasilitator |
 |
Peserta tahap muda dan sulung |
 |
Pendaftaran |
 |
Aktiviti taklimat |
 |
Ice breaking |
 |
Barisan fasilitator |