Total Pageviews

13 March 2015

Projek CaKnA Mac

Hari ini koperasi dah menyiapkan empat beg yang dipenuhi dengan beras, minyak, barangan dapur untuk saya bawa  ke rumah pelajar. Pembelian hasil zakat dari guru guru yang prihatin di bawah AJK Kebajikan sekolah yang efisien mengenal pasti pelajar yang memerlukan perhatian khusus. Saya punch out pukul 4.00 petang hari ini dan keluar ke PPR Desa Tasik bersama seorang pelajar. Pelajar yang cantik tetapi sentiasa pucat di sekolah. Seorang yang sangat lemah lembut dan berbicara sewaktu sesi kaunseling dengan penuh sopan dan redha dengan nasib keluarganya. Memandangkan kisahnya telah dapat dikesan oleh AJK Kebajikan Sekolah, maka pelajar ini diberi bantuan makanan dan kos pengangkutan ke sekolah. Ia dapat menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah tanpa memberi alasan tiada duit untuk ke sekolah. Alhamdulillah kehadirannya ke sekolah semakin baik 

Masalah keluarga yang sarat seawal ibu bapanya berkahwin  hingga sekarang. Ibu yang dahulunya bekerja tetapi kini tidak bekerja kerana masalah kesihatan silih berganti hingga tidak mampu untuk bekerja. Manakala ayah pula  terpaksa berpisah dengan keluarga untuk sementara menyebabkan ibarat jatuh ditimpa tangga. Bertentang mata dengan ibunya, yang mana personaliti tidak ubah seperti pelajar ini cara bertutur yang sopan sambil melayan kisah silamnya yang menyumbang kepada masalah keluarganya kini. Walaubagaimanapun saya cuba meminta agar ibu muda ini bertahan memandangkan fizikalnya yang tidak begitu sihat dan emosinya juga turut terganggu berdasarkan cerita si anak. Ibu mengaku bahawa anak- anak yang sentiasa menyedarkannya agar kuat untuk melalui episod duka keluarga ini. Ibu redha dengan perjalanan hidup suaminya dan memuji sikap suami terhadap keluarga dan anak anak malah kepada dirinya walaupun perjalanan hidup sosial suaminya tidak begitu sihat. 

Saya mengingatkan ibunya bahawa bantuan makanan dan kos pengangkutan yang diberi kepada anak berdasarkan kepada masalah kewangan keluarga dan anaknya pula tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah. Selagi anak menunjukkan minat untuk ke sekolah selagi itu pihak sekolah akan cuba membantu. Keluarga ini juga mendapat bantuan Baitulmal sebanyak RM 300 sebulan dan rumah pula tidak disewa kerana ditanggung sewa bulanan oleh Baitulmal. Keadaan rumah yang mempunyai perabot yang ala kadar sahaja menjadi petunjuk betapa ringkasnya hidup keluarga ini. Sebelum berpisah, ibu mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana membantu keluarga dan anaknya. Saya berharap pelajar ini belajar bersungguh - sungguh bak kata pelajar ini sendiri dia belajar bukan untuk dirinya tetapi untuk kedua ibu bapanya. 


Selamat bercuti warga sekolah :)

3 comments:

Unknown said...

Spm 4kredit.tetapi math ngn sains gagal.college mana yg perlu sye msok.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Refer entri blog cikgu bertajuk 'spm 3 kredit dan gagal. Institusi untuk dituju.'

Anonymous said...

Saya dapat 2 credit ( bi dan moral) 3 D (sej bm maths) 1 E (physics).... blh saya memohon pra diploma politeknik