19 April 2015

Bengkel Euphoria Pembimbing Rakan Sebaya


Bengkel Euphoria "Meneroka Diri Anda Yang Baru" ialah projek di mana memantapkan lagi kemahiran PRS lanjutan dengan menggunakan modul kendiri meneroka kendiri masing-masing agar dapat mengenal pasti kelemahan, kebaikan dan potensi diri. Program dua hari 1 malam bermula pada 17 April 2015 dan berakhir pada 18 April 2015 dengan peserta seramai 23 orang sahaja iaitu PRS Tingkatan 4 dan 5. 

Modul bermula dengan Mandala iaitu satu kumpulan akan berkongsi kertas sugar paper dan melukis mengenai persamaan identiti yang wujud antara ahli kumpulan. Dari persamaan itu maka mereka akan melukis gambar yang melambangkan sesuatu mengenai diri masing-masing. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti dengan penuh khusyuk dan setiap kumpulan perlu membuat pembentangan kumpulan. 

Aktiviti seterusnya membina stress ball menggunakan kekacang dan belon. Aktiviti yang mengasyikkan menggunakan kekacang untuk digunakan bagi menggenggam stress ball itu umpama fungsi stress ball yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan. 

Malam movie time ..with Spelling Bee. Rancangan pendidikan yang menarik hingga peserta tidak berganjak untuk menarik diri. Dan tengah malam...aktiviti tradisi setiap tahun memasak BBQ :) dan bersantai berbual dengan peserta kursus. Maklumlah hanya saya sahaja guru kaunseling yang berpeluang untuk tidur di sekolah maka waktu ini adalah masa terbaik melayan hal - hal yang tidak berkaitan dengan sekolah. 

Esok pagi ialah aktiviti ceramah komunikasi oleh Cikgu Teresa dan Cikgu Darshini. Cikgu Rozi dan Cikgu Raudzah berganti memantau perjalanan bengkel manakala saya sibuk di dewan selaku event manager untuk pertandingan nasyid Zon Pudu. Aktiviti kemudiannya disambung dengan aktiviti dance therapy yang membuatkan peserta bergelak sakan.  Aktiviti kelompok dijalankan dalam dua kelompok sahaja dan membuat penerokaan kendiri melalui lukisan yang dilukis oleh mereka. 

Aktiviti wajib tonjolkan bakat anda dijalankan bagi melatih keberanian bercakap di hadapan orang ramai sebelum bersambung dengan persembahan setiap kumpulan. Majlis penutup dijalankan pada pukul 3.30 petang dengan dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Encik Azhan. Sempat saya turut serta dalam majlis penutup memandangkan saya baru selesai dengan majlis penutup pertandingan nasyid pada pukul 3.00 petang. Terima kasih kepada Cikgu Teresa dan Cikgu Darshini guru praktikal Master Kaunseling dari Universiti Malaya yang menganjurkan bengkel ini. Maklumlah program UBK sekolah ini sahaja dah banyak ditambah lagi dengan projek pelajar praktikal memang tak cukup tangan dan kaki untuk membantu mereka. Sebagai penyelia industri projek kaunseling mereka, saya hanya sekadar memantau dan memberikan bimbingan sebelum program tentang bagaimana menjalankan program di sekolah menggunakan kemudahan dan menjalankan projek di sekolah.

Bermalasan di hari minggu :)
Ahaks 

Mandala
Lukisan Diri
Dance Therapy
                                     

LDK Kelompok
Mandala
Aktiviti Kelompok 2
Majlis Penutup
Terima kasih YDP PIBG
 

Telegram Channel