15 April 2015

Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Minda Sihat

Bengkel di Putrajaya. Entah kenapa pergi sesat balik pun sesat. April yang hectic mula menampakkan kesan fokus yang kurang tumpuan sewaktu memandu. Bengkel hari ini hanya melibatkan 10 orang guru kaunseling dari 10 buah sekolah dari 3 buah negeri yang menjalankan program Minda Sihat. Memandangkan di Kuala Lumpur, sekolah saya merupakan sekolah yang aktif dalam program Minda Sihat maka saya dihubungi oleh pegawai JPN untuk mewakili Kuala Lumpur. 

Objektif program hari ini semata - mata untuk penulisan jurnal program Minda Sihat. Membantu  Bahagian Pengurusan Sekolah Harian untuk menyebarkan impak positif dalam perlaksanaan program Minda Sihat. Taklimat dari En Pilus mengenai kajian impak ini menggunakan data yang dibekalkan.Pada mulanya kami berkongsi mengenai pengalaman mengendalikan Program Minda Sihat di sekolah masing- masing. Kami juga ditunjukkan perubahan format penghantaran data yang berbeza antara 2014 dan 2013. Kemudian kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Saya satu kumpulan bersama Zeti Aida menulis untuk perbincangan artikel dan terus menaip. Sesi pembentangan pada pukul 2.00 petang dan kami terus menyemak isi untuk setiap subtajuk. Hasilnya pada pukul 4.30 petang barulah siap artikel jurnal ini dengan pelbagai perkara yang perlu diedit. Pengalaman yang baik dan terima kasih KPM kerana memberikan saya peluang merasai pengalaman yang berharga ini. Tunggu..dah siap untuk diterbitkan saya akan share diblog.

When dreams come true
The power of dreams :)


Puan Zeti Aida (SMK Bangsar) WPKL
Pn Katinah (SMK Seri Pantai) WPKL dan
Puan Hayati ( SMK Putrajaya Persint 11(1)
Pn Rugayah (SMK Tun Syed Zahiruddin) dan
 Pn Roslina ( SMK Dato Abdul Rahman Yaakob)
Melaka
En Azli(SMK SS 17, Subang) dan En Jaffny (SMK Seafield)
Selangor
Puan Hafizah ( SMK Puterajaya Persint 14 (1)

En Pilus pegawai BPSH
 

Telegram Channel