Total Pageviews

10 April 2015

Majlis Penutup Program Perkongsian Pintar Ting 5 SMKC dan SMAWPKL

Berakhir seminggu pelajar berkampung di SMAWPKL . Kelihatan keletihan di wajah masing - masing tetapi terpancar keseronokan dan kepuasan berada di sini walaupun seminggu. Terima kasih diucapkan kepada para pentadbir di sini yang masih melayan para pelajar Cherasian dan para pelajar di sini yang menerima para pelajar luar di sekolah mereka. Saya percaya mereka biasa menerima tetamu yang datang silih berganti ke mari. Dengan program yang bertimpa - timpa, mereka tetap melayan tetamu luar dengan mesra. Pembuka majlis penutup dengan ucapan dari saya disusuli PK HEM dan majlis penyampaian hadiah dan cenderamata kepada semua peserta Cheras dari PK Tadbir Dan Kurikulum SM Agama WPKL. Slot bertukar cenderamata antara sekolah dan akhir sekali slot sesi fotografi. Masing masing begitu teruja bergambar bersama - sama dan walaupun setelah tamat majlis penutup, mereka sempat memberikan cenderamata kepada para pelajar Cherasian dan masih bersalaman dan berpelukan. Kelihatan terjalin ukhwah di antara mereka. Tidak sempat berbual dengan lebih lanjut memandagkan ibu bapa masing - masing mula datang menjemput para peserta. Minggu hadapan saya mempunyai kesempatan untuk bersama mereka dan berkongsi pengalaman mereka di sana.

Yeah...yeah
Mak abah in the house 
For a long stay 


No comments: