17 April 2015

Persiapan Pertandingan Kerjaya Zon Pudu

Persiapan karnival semakin rancak dan hari ini mesyuarat di Sekolah Aminuddin Baki untuk persiapan terakhir. Tamat je slot motivasi di sekolah saya bergegas ke SAB untuk mempengerusikan mesyuarat. Yang menariknya guru kaunseling sekolah ini iaitu Encik Rofie akan naik pangkat ke JPWPKL sebagai pegawai di JPWP yg memegang portfolio sebagai pegawai kaunseling unit hem. Ini bermakna aktiviti karnival ini adalah yang terakhir projeknya sebagai guru kaunseling. Tahun ini kami hanya mengadakan tiga jenis pertandingan beserta ceramah. Pameran IPTS juga tidak diadakan.
Selesai mesyuarat, konsultan dijemput khas mengenai kuasa minda iaitu Coach Rozi telah menyampaikan ilmu mengenai kuasa minda. Pakej pelajar dan guru diperkenalkan untuk jemputan ke sekolah
Tapi sebelum itu sempat pula Coach Rozi menunjukkan demo kuasa minda.

Thank you Norsha Event
Sponsor our meal

 

Telegram Channel