Total Pageviews

4 May 2015

International College Of Automotive (ICAM) Bagi Lepasan SPM

Saya berpeluang menjejakkan kaki ke kampus ICAM di Pekan, Pahang sepanjang 27 - 30 April 2015. Kampus yang sangat besar seluas 42 ekar dan kemudahan asrama yang selesa terletak di Kompleks Automotif DRB-HICOM Pekan, Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, kawasan taman automotif kerana kawasan ini dimonopoli oleh syarikat dan kilang automotif seperti Mercedes, Volkwagen, Isuzu, DEFTECH kilang pemasangan kereta kebal dan lain-lain lagi. ICAM merupakan ahli DRB-HICOM.

Klik disini www.icam.edu.my

Teknologi yang canggih di bawah DRB HICOM dengan pengajaran robotik, Computer Aided 3D Interactive Lab, CAVIS: Computerised Automated Vehicle Inspection System Lab.

Permohonan dibuka sekarang secara dalam talian bagi yang berminat dengan automotif. Bagi yang berminat untuk mengikuti program ini, keutamaan diberikan kepada yang memperolehi 5 kredit. Bagi program kejuruteraan, kredit diperlukan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris dan satu subjek lain dalam bidang sains serta satu subjek yang lain. Manakala kursus perniagaan memerlukan kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan dua subjek yang lain.

Antara kursus dalam bidang teknologi kejuruteraan ialah
Foundation Engineering
Diploma In Automotive Managemant System
Diploma In Vehicle Assembly Management
Diploma In Automotive Service Technology
B. Eng (Hons) In Manufactoring System Engineering
Bachelor (Hons) Of Industrial Technology Management

Business & Mangement
Diploma In Automotive Parts Management
Diploma In Automotive Retail Management
Diploma In Procument Management
Diploma In Enterprising Resource Planning
Diploma In Occupational Safety and Healthy
Bachelor Of Business Administration(Hons) Marketing Management

Walaupun kolej swasta, ia menawarkan bantuan kewangan seperti biasiswa mengikut terma dan syarat iaitu
Biasiswa DRB-HICOM
Pinjaman DRB - HICOM
PTPTN
MARA

kolej ini diiktiraf oleh badan terkemuka UK seperti Business and Technology Council 
( BTEC) dan merupakan ahli Chartered Institute Of Logistics and Transportation (CILT). Program yg diiktiraf oleh BTEC akan menerima dua diploma iaitu satu dari ICAM dan satu lagi dari BTEC. Diploma BTEC membolehkan graduan mendaftar di level 5 atau tahun kedua dimana mana universiti yg mengiktiraf kelayakan tersebut di UK, Australia dan New Zealand.

Selamat meredah jem 
Perak - KL
Di pagi hari Wesak.

1 comment:

Anonymous said...

Hey! This is kind of off topic but I need some help from an established blog.
Is it tough to set up your own blog? I'm not very techincal but
I can figure things out pretty quick. I'm thinking about making
my own but I'm not sure where to begin. Do you have any ideas or suggestions?

Thanks