Total Pageviews

3 May 2015

Kit Anti Histeria dipasaran

Surat jemputan diterima untuk menghadiri seminar yang bertajuk Seminar Menangani Histeria Semudah ABC bersempena pelancaran kit Anti Histeria yang diadakan pada 30 April 2015 di Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia anjuran Universiti Malaysia Pahang. Sekolah - sekolah di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur dijemput ke seminar ini dan sekolah saya antara yang dijemput untuk menghadiri seminar ini. Peserta terdiri dari guru kaunseling, guru Pendidikan Islam dan PK HEM yang biasanya berurusan secara langsung dengan pesakit histeria. Sekolah saya sendiri diwakili oleh rakan sekerja iaitu Cikgu Rozinani Awang. Pendekatan menangani histeria menggunakan kerohanian dan berbeza dengan kursus yang saya pergi pada tahun lepas di Melaka, pendekatan lebih berunsurkan psikologi. Kit yang digunakan oleh jurulatih juga adalah berbeza dan lebih kepada air, minyak angin dan ada lagi yang saya tidak ingat apa tetapi berbeza dengan kit yang diperkenalkan hari ini. 

Antara intipati seminar ini mengenai kit histeria yang dihasilkan selepas kajian yang dijalankan selama 5 tahun. Kit ini dibuat mengikut kaedah pusat rawatan Al- Manarah, Rawang yang merawat pesakit histeria dan rasukan.Kaedah ini sudah digunakan selama 20 tahun di pusat ini. Kit ini telah dicuba kepada 11 buah sekolah dan semua pesakit histeria berjaya disembuhkan dengan selamat. Terdapat empat bahan dalam kit tersebut iaitu kayu penyepit, cecair lada hitam, cecair asid formik dan air yang sudah dibacakan ayat Al-Quran. Kit ini dijual dengan harga RM8,750 sekotak beserta kursus yang akan diajar kepada pembeli kit tersebut. Kursus meliputi cara menggunakan kit dan apa yang perlu dilakukan untuk mengubati histeria itu. Kit dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Datuk Dr . Asma Ismail. Pembeli boleh mendapatkan dari pengedar yang sah iaitu Ranum Merah Sdn Bhd. Bila bercakap mengenai harganya, saya ingatkan surat khabar tersalah tulis tetapi apabila disahkan oleh Cikgu Rozi , baru saya spontan terkeluar wow..mahalnya nak guna duit apa? huhuhu RM8,750 adalah jauh lebih tinggi dari duit PCG yang diperuntukkan kepada UBK setiap tahun. Mustahil menggunakan duit PCG untuk membeli kit ini apatah lagi harga tersebut bersama pakej kursus menangani histeria. Mungkin penjual mempunyai alasan munasabah yang lebih baik mengapa harga kit ini mencecah  harga RM8, 750 beserta kursus. Orait saya akan cuba dapatkan maklumat lengkap mengenai pelbagai pertanyaan yang berlegar di kepala saya mengenai kit tersebut setelah mendapatkan personalia yang boleh dihubungi untuk memberikan saya kefahaman yang lebih baik. Ini kerana pengetahuan merawat pesakit histeria memang diperlukan oleh guru kaunseling baik dari aspek psikologi mahupun kerohanian. Di sekolah saya sendiri , selain dari guru pendidikan Islam, kaunselor juga adalah antara personalia yang dipanggil sewaktu kecemasan. Berdasarkan panduan menanagani masalah histeria yang dikeluarkan oleh KPM, sememangnya guru kaunseling terlibat secara langsung dalam membantu pesakit histeria.

Air tangan moyang
Keladi asam pedas :)



No comments: