Saya nak kongsikan di sini draf kertas kerja untuk program bersama Yayasan Pendidikan Cheras.Tiga sekolah yang terlibat merupakan sekolah menengah harian biasa yang merupakan sekolah angkat bagi YPC. So pakej dua dalam satu, saya merangka program untuk sekolah dan dalam masa yang sama untuk program Pendidikan YPC menggunakan kemudahan pembiayaan tajaan Yayasan Pendidikan Cheras yang sangat aktif dalam membiayai program pendidikan di Pudu.
1.0 PENDAHULUAN
Institut Latihan
Perindustrian merupakan institusi yang menawarkan kursus kepada golongan
lepasan sekolah dalam bidang kemahiran dan vokasional yang menawarkan kursus peringkat sijil teknologi.
Pemohon perlu lulus SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu sahaja untuk kursus
sijil teknologi binaan berasaskan kayu / paip dan sanitari/ pemasangan paip
minyak dan gas/automotif. Manakala sijil teknologi CADD Mekanikal dan sijil
teknologi Elektronik Industri memerlukan kelulusan SPM dengan subjek Bahasa
Melayu, Matematik/Matematik tambahan dan Subjek Sains. Memandangkan SMK Cheras,
SMK Perempuan Pudu dan SMK Convent Jalan Peel merupakan sekolah harian biasa
yang saban tahun mempunyai pelajar – pelajar yang mempunyai kelulusan yang
minimum dan tidak dapat menyambung pengajian ke universiti mahu pun kolej dalam
bidang bukan kemahiran, maka Institut Latihan Perindustrian merupakan
alternatif bagi mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran selepas SPM.
Berfokuskan dengan kemahiran bagi pelajar yang tidak berminat dengan kursus
berbentuk teoritikal dan ilmiah dalam bidang akademik.
2.0 OBJEKTIF
1)
Agar dapat mengetahui mengenai kursus
yang ditawarkan oleh
Institut Latihan Perindustrian
2) Agar dapat memberi
peluang kepada pelajar meneroka peluang-peluang yang
ada selepas
SPM dengan kelayakan akademik yang diperlukan.
3) Agar dapat melihat dengan
lebih dekat
kemudahan yang terdapat di ILP
3.0 TARIKH
29 Julai 2015
4.0 SASARAN
120 pelajar dari SMK Cheras,
SMK Perempuan Pudu dan SMK Convent Jalan Peel
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Datuk Syed Ali Alhabshee
(Pengerusi
Yayasan Pendidikan Cheras)
Naib Pengerusi : Tuan
Haji Jamaluddin Bin Abdullah
(Pengerusi
Biro Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras)
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
(AJK Biro
Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras)
AJK Pengangkutan: Encik
Che Mohamad Padali Bin Che Mat (SMK Cheras)
AJK Fotografi & Dokumentasi : Puan Rosmaria dan Pn Nor
Azalaila
(SMK Perempuan Pudu)
AJK Penilaian : Puan
Hasni Haryati Bt Hashim (SMK Convent
Jalan Peel)
AJK Cenderamata : Puan Wan Norana Bt Wan Mat (SMK Convent Jalan Peel)
6.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sumber
Kewangan:
Yayasan
Pendidikan Cheras = RM 1,390
Perbelanjaan
:
Pengangkutan:
RM 430 x 3 bas = RM
1, 290
Cenderamata : = RM
100
7.0 PENUTUP
Diharapkan
agar program ini berjalan lancar dengan kerjasama dari Yayasan Pendidikan
Cheras dan 3 buah sekolah angkat di Zon Pudu. Semoga program ini mencapai
objektif yang diharapkan.
Happy birthday Rozinani
My dear collague cum bff
May Allah ease your journey
Today and everyday