Showing posts with label Yayasan Pendidikan Cheras. Show all posts
Showing posts with label Yayasan Pendidikan Cheras. Show all posts

5 May 2017

Anugerah YPC 2017 : Guru Bestari Dan Anugerah Khas PIBG

Anugerah YPC 2017 : Guru Bestari Dan Anugerah Khas PIBG







Tahniah diucapkan kpd rakan sekerja saya Pn Rozinani Awang krn mendapat anugerah guru bestari Yayasan Pendidikan Cheras bagi SMK Cheras pada tahun ini. Anugerah yg diberikan kpd seorang calon guru di sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras yg memberikan sumbangan juga terhadap program YPC. Anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat JPN tetapi dgn hadiah wang tunai yg lumayan dan hadiah iringan pun lumayan gak tahun ni..iphone tuuuu. Terima kasih kpd para pentadbir krn menganugerahkan kpd geng kaunselor berderet 3 kali anugerah ini yg dijalankan secara dwitahunan. Bermula tahun 2012 saya menerima anugerah ini, diikuti oleh Cikgu Padali tahun 2015 dan Rozinani untuk tahun 2017. So next..? Kami mengharapkan Raudzah untuk tahun 2019 :) huhuhu jika masih rezeki kami.
Cuma saya sangat terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis ini pada kali ini krn tarikh 3 Mei 2017 bertembung dgn program saya menghadiri meyuarat penting di Cyberjaya ;) Dahlah setiap kali majlis penganjuran dijalankan di sebelah malam tetapi tahun ni bertukar format ke sebelah tgh hari pula. kalau tak sudah tentu berpuluh gambar selfie dan photoshoot kami dalam blog ni untuk entri ni haha..

Tahniah kpd AJK PIBG team 2016 - 2017 krn mendapat pengiktirafan PIBG terbaik tempat pertama untuk sekolah sekolah anak angkat YPC. Diharapkan komitmen yg diberikan oleh ibu bapa SMK Cheras akan sentiasa meningkat.

Bagan Lalang
Leadership to be inherit
Well done











5 January 2017

Jamuan Makan Yayasan Pendidikan Cheras Bersama Sekolah Angkat YPC

Jamuan Makan Yayasan Pendidikan Cheras Bersama Sekolah Angkat YPC


Rezeki hari ni setiap tahun mendapat undangan makan tengah hari bersama Yayasan Pendidikan Cheras. Terima kasih YPC. Setiap sekolah angkat YPC menghantar 5 orang ahli sekolah sebagai wakil sekolah untuk menghadiri majlis makan tengah hari ini bersama pengarah pendidikan JPWPKL yang turut hadir . Yang bestnya bab peruntukan kewangan bagi setiap sekolah angkat ialah RM 10,000 tu huhu terus ligat otak memikirkan duit ni nak salur untuk program program sekolah especially suntikan dana untuk program anjuran Unit Bimbingan Kaunseling. Terima kasih Dato Syed Ali Alhabshee. 

Happy tummy 
Memory Mesir with nasi Arab :)






14 January 2016

Terima kasih Yayasan Pendidikan Cheras dan Yayasan Wilayah Persekutuan KL

Terima kasih Yayasan Pendidikan Cheras dan Yayasan Wilayah Persekutuan KL

Hari ini merupakan jamuan awal tahun anjuran YPC untuk sekolah - sekolah angkat YPC dengan dihadiri oleh Pengarah JPWPKL sendiri.

Setiap tahun saya akan diminta oleh pihak sekolah sebagai wakil untuk menghadiri jamuan tersebut. Objektif utama saya bukan semata-mata untuk menghadiri majlis makan dan menikmati makanan. Saya suka menghadiri majlis anjuran YPC ini kerana saya dapat bertemu dengan peluang peluang baru untuk mencari dana bagi menampung perbelanjaan sekolah dalam program yang dijalankan. Selain dari itu, dapat berjumpa dengan guru guru lain dari sekolah sekitar PPW Pudu ini untuk bertukar fikiran mengenai program yang telah dan akan mereka jalankan.

Saya agak bernasib baik kali ini kerana dapat berkenalan dengan pegawai Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain dari saya mendapat borang untuk diagihkan kepada murid saya yang layak di mana pendapatan perkapita keluarga dibawah RM 1,000 untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Wilayah Persekutuan bagi murid yang mempunyai keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A dan aktif kokurikulum dan skim anak angkat Yayasan Wilayah Persekutuan bagi murid yang mendapat 5A dan aktif kokurikulum. Alhamdulillah peluang datang bergolek untuk murid saya. Maklumlah menjadi guru kaunseling kepada sekolah bandar yang majoriti muridnya ialah murid PPR menyebabkan guru kaunseling perlu kreatif dalam mencari wang untuk menjalankan pelbagai projek untuk murid -murid. Selain dari itu Yayasan Wilayah Persekutuan juga bergerak aktif bagi menampung dana untuk program sekolah. So sekarang saya dah ada dua lubuk untuk mencari dana bagi program UBK di sekolah untuk murid-murid iaitu Yayasan Pendidikan Cheras dan sekarang Yayasan Wilayah Persekutuan :)

There's always time for pain
There's always time for healing
Welcome back friend to Zon Pudu



19 September 2015

Bengkel & Taklimat Tutor Online Utusan Malaysia SPM

Bengkel & Taklimat Tutor Online Utusan Malaysia SPM



Hari ini saya selaku guru penyelaras projek tutor online Utusan dengan kerjasama YPC bersama murid yang terlibat dengan projek tutor ini menghadiri taklimat dan bengkel pendaftaran murid ke portal online. Murid terpilih merupakan murid tajaan YPC yang mana pakej dilanggan merupakan RM100 untuk setahun. 

Dataraya tutor boleh diakses di www.tutor.com.my
dan dibangunkan untuk kepelbagaian platform penggunaan sama ada komputer meja, telefon pintar, tablet dan sebagainya -android, IOS atau windows. Program atas talian merupakan edisi naik taraf versi asal tutor.com.my. Setiap bahan yang digunakan murid akan diemaikan kepada guru untuk mengenalpasti tahap kegunaan bahan -bahan ini dalam kalangan murid terpilih. Ia juga membantu memudahkan guru kerana pengguna dibenarkan mengintegrasi, memanipulasi serta membuat simpanan bahan siap, mencetak, mencari bahan tambahan internet, membuat salinan dan sebagainya di atas satu paparan skrin yang sama. 

Bagi murid yang terpilih ini, mereka perlu log in ke http:www.tutor.com.my/ypc dan memasukkan username dan password yang telah diberikan. Saya selaku guru penyelaras akan memantau hasil tugasan berdasarkan pendaftaran murid menggunakan email guru. Murid boleh terus menyemak hasil kerja mereka kerana jawapan sama ada betul atau salah diberikan respon oleh sistem.

Cuti sekolah bermula
Selamat bercuti warga sekolah :)


14 September 2015

Pelancaran Dataraya Tutor - Utusan Malaysia

Pelancaran Dataraya Tutor - Utusan Malaysia

Taklimat Dari Dr Ismail Zain
Pagi ini saya ke SMK Convent Jalan Peel untuk majlis pelancaran Dataraya Tutor Utusan Malaysia mengenai projek usahasama dengan Yayasan Pendidikan Cheras. Bacaan IPU jerebu hari ini sudah ingin mencecah 150 tapi saya sendiri sudah mula memakai mask hari ini kerana cuaca bertambah teruk. Saya terlibat sebagai penyelaras projek Dataraya Tutor untuk peringkat sekolah saya. Seramai 40 orang murid yang terlibat dengan projek ini dan saya mengambil seramai 40 murid sasaran permata Juara untuk menyertai aktiviti ini yang merupakan akases percuma dengan pemberian password dan username. Dataraya tutor boleh diakses diwww.tutor.com.my
dan dibangunkan untuk kepelbagaian platform penggunaan sama ada komputer meja, telefon pintar, tablet dan sebagainya -android, IOS atau windows. Program atas talian merupakan edisi naik taraf versi asal tutor.com.my. Setiap bahan yang digunakan murid akan diemaikan kepada guru untuk mengenalpasti tahap kegunaan bahan -bahan ini dalam kalangan murid terpilih. Ia juga membantu memudahkan guru kerana pengguna dibenarkan mengintegrasi, memanipulasi serta membuat simpanan bahan siap, mencetak, mencari bahan tambahan internet, membuat salinan dan sebagainya di atas satu paparan skrin yang sama.


Hi Tea with exstudent
Zahidah..good luck 
New life..new job at France
May Allah ease your life

Makmal portal Dataraya Tutor
En Jamil PK Tadbir SMK Cheras
Pelancaran Data Raya Tutor

7 September 2015

Biasiswa Tun Mahathir - YPC

Biasiswa Tun Mahathir - YPC


Pagi ini slot dari Kolej IT Web - Yayasan Pendidikan Cheras telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah selepas perhimpunan pagi. Kolej YPC adalah kolej yang berhampiran dengan sekolah hanya 5 km sahaja dengan sekolah jauhnya menyebabkan ia merupakan antara pilihan murid sekolah saya untuk menyambung pengajian. Yayasan Pendidikan Cheras merupakan satu organisasi yang tidak asing kepada warga pendidik di kawasan Cheras kerana jasanya dalam membantu meningkatkan bilangan pelajar untuk menyambung pengajian, di samping pelbagai dana untuk tujuan pendidikan. Murid diperkenalkan dengan skim biasiswa 100% dari biasiswa Tun Mahathir jika berminat mengikuti kursus foundation selama setahun sahaja sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dengan biaya pinjaman PTPTN untuk pengajian 3 + 0 iaitu di Malaysia selama 3 tahun  dengan program dengan kerjasama Liverpool John Moores UK atau meneruskan pengajian ke Liverpool John Moores University di UK dengan pembiayaan sendiri.

Yang paling penting sekali, Kolej ini menawarkan tempat untuk murid bagi serendah 3 kredit dalam SPM bagi pengajian Diploma In Creative Multimedia, Diploma in e- business technology dan diploma in business management dan pinjaman PTPTN yang mana ia merupakan laluan alternatif untuk melanjutkan pelajaran.

Salam mohon restu
Countdown UPSR..









 

Telegram Channel