Saya ingin berkongsi kertas kerja program profesionalisme yang kami rancang adakan di Sabah. Kertas kerja asal telah di draf oleh penyelaras projek dan saya murnikan hampir 50 peratus untuk menjadikannya ilmiah untuk program profesionalisme dan sebagai projek LADAP Guru Kaunseling. Tunggu untuk kelulusan sahaja dari pihak PPW dan barulah boleh untuk booking tiket :). Nostalgia kali terakhir ke Sabah pada tahun 2001 dengan geng GBK Zon Pudu juga.
1.0 PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan,
banyak pengalaman’, maka Jawatankuasa Guru Bimbingan &
Kaunseling Sekolah Menengah Wilayah Pudu Kuala Lumpur telah bercadang untuk
mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah. Program lawatan sambil belajar
merupakan program tahunan dalam takwim
aktiviti Zon Pudu setiap tahun. Program yang amat baik sebagai landasan untuk
memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada guru-guru Bimbingan
& Kaunseling. Selain dari merasai sendiri budaya, pemakanan dan sosialisasi
negeri lain, aktiviti yang padat juga memberi peluang kepada guru kaunseling
untuk menjalankan aktiviti penanda aras di sekolah yang terpilih agar dapat
berkongsi pengalaman sekolah di luar Kuala Lumpur menjalankan aktiviti
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Aktiviti lawatan ke rumah orang tua juga
diharapkan dapat memberikan panduan kepada guru kaunseling dalam menjalankan
aktiviti Dasar Warga Emas di sekolah masing – masing. Tempat –tempat lawatan
sambil belajar juga dirancang dengan penuh ilmiah agar dapat memberikan
pengalaman secara langsung kepada guru kaunseling dan membuka mata terhadap
negeri lain dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian dalam meningkatkan
ekonomi hidup dan negeri Sabah. Diharapkan juga agar pengalaman yang dikutip
dari program sepanjang 4 hari ini berjalan dengan penuh kekeluargaan agar dapat
mengeratkan lagi hubungan rakan sekerja dalam menjalankan tugas sebagai guru
kaunseling. Melalui hubungan yang baik,
maka wujud kerjasama untuk berkongsi amalan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah masing-masing dan bertukar-tukar pendapat dan program
dengan penuh profesionalisme.
2.0
RASIONAL
Program yang dirancang dapat meningkatkan
pengetahuan guru kaunseling dalam amalan perkhidmatan kaunseling di luar Kuala
Lumpur, meningkatkan pengalaman dalam aktiviti lawatan ke tempat menarik di
Sabah agar dapat berkongsi pengalaman dengan warga Semenanjung Malaysia.
3.0
OBJEKTIF
3.1 Sebagai
ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan dalam kalangan
warga Guru Bimbingan & Kaunseling
3.2 Meningkatkan
kemahiran guru-guru Bimbingan & Kaunseling untuk mengendalikan program dan
aktiviti yang melibatkan pihak luar, mengikut prosedur yang teratur dan
betul.
3.3 Memberikan
pengalaman secara langsung kepada guru kaunseling mengenai budaya masyarakat di
Sabah dan tempat-tempat untuk menarik dalam lawatan sambil belajar.
4.0 CADANGAN DESTINASI
Sabah,
Malaysia
5.0 TENTATIF PELAKSANAAN LAWATAN
Cadangan Tarikh :
19- 22 Ogos 2015 (Rabu - Sabtu)
Tempat Lawatan : Sabah,
Malaysia
6.0 KUMPULAN
SASARAN
Program ini disasarkan kepada guru-guru Bimbingan & Kaunseling
Sekolah-sekolah
Menengah Wilayah
Pudu, Kuala Lumpur
7.0 AHLI
JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa
Induk
Pengerusi : Pengarah
Pelajaran , JPWP Kuala Lumpur
Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah
Bangsar/Pudu
Setiausaha : En
Rohaidatul Akmal bin Rosedi
Pegawai Pendidikan PPWBP
Naib Setiausaha: Puan Nurhaiza Che Mat
Pengerusi Guru Kaunseling PPW Pudu
Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras : Pn
Noraslina Bt Mohd Zainin (SMK Seri Mulia)
Setiausaha : Pn Noor Asikin Bt Abu Bakar (SMK
Dato’ Onn)
Pen Setiausaha : Pn Liew Siew Fong(SMK Taman Connaught)
Bendahari : Pn Nik Ismayati Bt Nik Yusof
(SMK Bandar Tun Razak)
Pen Bendahari : Pn Sharifah Shahida Bt Tuan Othman
Aziz (SMK Bandar Tun Razak)
Pengacara Majlis : Pn Siti Salwa Bt Mohd Arshad (SMK Alam
Damai)
Pendafaran Guru : Pn Fadzila Bt Mohd Yunos (SMK Seri Mulia)
Dokumentasi : Pn Chen Boon Yee (SMK
Seri Mutiara)
Pn Rashidah Bt Ramdan (SMK Seri
Mutiara)
Makanan : Pn Nur Aishah Bt Jamaludin
(SM Teknik KL)
Pn Fazilah
Bt Hashim (SM Teknik KL)
Siaraya dan : En
Wan Mohd Agil Btn Mat Yamin (SMK ALAM Damai)
Pengangkutan : En Chua Kim Ton (SMK Taman Connaught)
Cik
Tan Li Li (SMK Dato’ Onn)
Cenderamata
: Pn
Loo Siew Lan (SMK Taman Connaught)
En Yap Yoke
Fai (SMK Taman Connaught)
8.0 TENTATIF
PROGRAM
HARI PERTAMA (RABU- 19 OGOS 2015)
7.00 Pagi : Berkumpul Di KLIA
09.30 Pagi : Menaiki Penerbangan Ke Kota Kinabalu
11.30 Pagi : Tiba Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
12.00 Tgh : Bertolak Ke
Kundasang Sabah
3.00 Ptg : Makan Tengahari Dan Daftar Masuk Hotel
6.30 petang: Makan Malam
7.30 malam : Taklimat program
Aktiviti
PERASA dan pembahagian kumpulan
HARI KEDUA (KHAMIS –20 OGOS 2015)
7.30 pagi : Sarapan Pagi
& Melawat Tempat Menarik Di Sekitar
Kundasang (Poring Hot Spring, Kinabalu Park Tour,
Ladang
Tenusu )
2.00 ptg : Makan Tengahari & Solat Zohor Di Hotel
3.00 ptg : Mesyuarat J/K Guru Bimbingan & Kaunseling Bil 8/2015
6.30 ptg : Makan
Malam
7.30 mlm : Bengkel
(Perkongsian Amalan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan
Dan Kaunseling Sekolah
Menengah)
10.00 mlm : Minum malam
HARI KETIGA (JUMAAT – 21 0GOS 2015)
7.00 Pagi : Sarapan Pagi & Daftar Keluar Hotel
8.30 Pagi : Bertolak Ke Kota Kinabalu
10.30 Pagi : Lawatan
Penandaarasan Jawatankuasa Zon
Pudu Ke SMK , Kota Kinabalu,
12.30 T/h : Lawatan Ke Rumah Kebajikan Orang Tua,
Kota Kinabalu
1.30 t/hari : Makan tengah
hari
Lawatan Ke
Rumah Terbalik
3.00 Ptg : Daftar Masuk Hotel
8.00 Malam: Majlis Makan Malam
Aktiviti
Team Building
10.00 Malam : Bersurai
Hari Keempat (Sabtu – 22 Ogos 2015)
7.00 pagi : Checkout Hotel
8.00 Pagi : Melawat Ke
Pulau-Pulau Yang Terdapat Di Sekitar Kota Kinabalu
6.30 petang : Bertolak
Ke Lapangan
9.0 ANGGARAN KEWANGAN
Yuran : RM 600 x
20 orang = RM 12,000
YPC : = RM
3,000
Jumlah: = RM 15,000
Perbelanjaan
Tiket
Kapal Terbang: RM 250 X 20 orang = RM
5,000
Van
di Sabah : RM 300 x 3 unit = RM
900
Hotel :
RM 250 x 10 unit x 3 hari =
RM 7,500
Makanan : RM 20 x 20 orang x 4 hari =
RM 1,600
Jumlah : = RM 15,000
10.0 PENUTUP
Dengan terlaksananya Program
Profesionalisme ini diharapkan dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan Warga Guru Bimbingan Dan Kaunseling Zon Pudu, di samping
dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif Jawatankuasa Guru
Bimbingan Dan Kaunseling Wilayah Pudu.
Salam Maghrib
Selamat berbuka puasa ;)